Hari nie saya kerja petang….maknanya ada masa lagi nak layan internet kat umah.Yang dahsyatnya…bangun awal pagi…sesudah habis solat subuh terus je bukak PC mengadap internet laa…apa lagi.
Dalam time pagi tu….saya BERJAYA beli dua ebook sebagai rujukan tambahan dalam mendalami ilmu internet nie.Pertama saya beli ebook KUASA LELONG di EBAY oleh NORIZAM SHAH.Sebenarnya ebook seumpama ini ada jugak tawaran dari GARY ERUWAN dan SIFU LAN tapi mungkin timing SI RAZIF dari forum yang offer tambahan di atas pembelian ebook tu…lagipun ada gak refer yang lain ….tapi takda bonus extra.Kira rezeki dia la tu….
Then bila sambil layan forum….nampak lak ebook RAHSIA BLOGGER dan KUASABLOG ….seperti mana yang saya pelajari di seminar SAIFULSHAM…permulaan dalam menjebakkan diri dalam dunia internet ialah kewujudan blog.Saya nei yang tak sampai sebulan lagi menjerumuskan diri dalam blogging merasakan ebook tersebut semacam satu keperluan…Tak nak fikir panjang…dan risau harganya naik secara tiba-tiba terus saya sambar
Tak lama lepas tu dapatlah link SEO dan EBAY….Review lah serba sedikit…sedar tak sedar dah tengahari…masa untuk pegi opis……KITA kerja dulu…..
Kalau nak diikutkan pelan tindakan saya kena hantar post sekurang-kurangnya 3 post bagi setiap forum yang saya lawati….nampaknya masa habis dengan update info terbaru jeee…mulai hari nie…saya kena layan forum hari-hari dan kemaskini blog setiap hari….Penggunaan blogspot nie adalah untuk pembangunan keselesaan gaya penulisan
Daily Archives: November 18, 2008
Hari Ketujuh
Hari ini saya begitu bersemangat nak balik umah.Ye lah time saya balik je datang layan internet dengan kadar maksima.Bayar bil tiap-tiap bulan….kalau tak digunakan dengan rugi la kan.So sesudah solat subuh saya dah gerak dari umah…dalam pukul 6 pagi.Sampai je kajang…area taman umah saya…terus beli sarapan pagi dan suratkhabar
Tiba je kat umah terus on kan pc….layan terus internet tanpa membuang masa lagi pegi kat forum-forum favourite saya untuk latest news.Tengok tajuk-tajuk yang menarik hati..then post reply…kebetulan jumpe post-post yang ade freebie…download dengan suka hati.
Dalam pukul 2…layan NONA…topik mengenai wanita yang mengahwini lelaki yang lebih muda…artis yang diberikan contoh DEJA MOSS n husband…dan KALAM (pelakon kot) n wife.Pada saya contoh yang ok jee….sebab diorang kawin dengan masing-masing bujang.Kurang thrill skit.Kalau dipanggil AZIZAH ARIFFIN ke ….SHEILA MAJID ke…baru la power sebab masing-masing kawin dengan lelaki yang lebih muda dan dah ada anak pun.Baru lah dapat nilai lelaki tu lebih nampak tanggungjawab dan matang….pada pendapat saya laa….Bunyinya macam merujuk pada diri sendiri la pulak…:)
Dalam layan-layan forum-forum tu…pegi kat signature2 yang dilinkkan ke website ahli-ahli forum…dot com mahu pun blog2….best jugak.Dapat kenal blogger-blogger baru yang memang menarik pengisian blog diorang…dan kebanyakannya ada menawarkan download benda-benda percuma.Siap ada RSS FEED lagi…yang nampaknya dah jadi kewajipan benda tu dimuatkan dalam blog IM sekarang nie.Takpelah one fine day saya MESTI blog yang bercirikan yang sedemikian.
Malam menjelma….macam malas nak makan nasi untuk makan malam….kepala nie terfikir nak makan burger jee….pastu start motor terus pegi beli burger…..”bro..burger ayam enam bungkus…”siappp….!!!”.Tapau sumer burger tu untuk makan sekeluarga…
Then tibalah masa untuk rehatkan diri setelah sehari suntuk mengadap PC dan surfing internet.Layan internet dan dapatkan info memang mengasikkan….