Monthly Archives: November 2008

Hari KeSepuluh

Minggu nie turn saya keje petang….bangun pagi relaks la sikit sebab tak perlu kelam kabut.Lagipun kalau time keje petang nie bile balik sampai ke umah…bukannya boleh terus tido.Kena bersih kan badan dulu….cuci muka dan tak miss mesti basahkan kaki….lebih kurang macam  amalan orang orang tua…Then layan tv kejap sebelum mata boleh tido…

ok…pagi dalam pukul  9.30 gitu saya dah pegi kedai runcit…memang niat di hati nak cari megi goreng…yang mendapat carta pertama ialah MEE SEDAP.Bila difikir-fikirkan betapa industri pembuatan mee segara telah berkembang dengan jayanya.Sekarang pelbagai produk berasaskan mee yang berada dipasaran.
Betul kata IRFAN KHAIRI …dalam penghasilan sesuatu barangan menjadi suatu kelebihan yang besar sekiranya kita menjadi produk yang PERTAMA.Produk kita muncul mula mula di pasaran bagi kategorinya….sebagai contoh kalau sebut pasal mee segara …kita ingat MAGGI…Kalau ubat gigi….COLGATE.Dengan kata lain menjadi yang PERTAMA memang impak yang hebat dalam fikiran setiap pelanggan/manusia.
Lepas tu bile tengok kat ASTRO AWANI….kalau tak silap dalam rancangan WW yang si DANG SURIA  jadi hos menemubual seorang usahawan muda yang mengusahakan sebuah kedai pastri yang memberi fokus kepada cup cake….macam teknik niche jeee…fokus…better.Rasanya kalau menjual kek dan roti memang banyak dah dibuat orang kat luar sana.Yang menariknya founder kedai tu yang ada latar belakang pendidikan dalam bidang grafik telah menggunakan ilmu dalam merekacipta produk untuk design terbaru cup cake -produk mereka.Sure seronok rasanya bile dapat aplikasi ilmu yang kita belajar untuk kegunaan harian….saya memang suka dengan kategori grafik nie….sebab mereka nie sentiasa kena fikir yang kreatif dan inovatif….tak lupa jugak dalam bidang pengiklanan.
Tiba-tiba dalam perjalanan saya nak pegi keje teringat pula tentang angka seperti 7 dan 30.Otak saya mentafsirkan….ia merujuk kepada sebuah idea tentang nak buat ebook.Apa yang bermain di fikiran ialah == 7 hari mencari harta ==30 hari mencari cinta dan “How to lose a man in 10 day “.Nampaknya headlines yang menggabungkan nombor dan alphabet memang ‘catchy’ sekali.
Time tu hari rasa seronok jee sebab datangnya idea tanpa perlu diperah…
+++ Sambil-sambil layan email saya explore @ godek-godek la skit camner nak tambah gadget dekat blog ni.Alahai….baru ternampak nak add dan edit kat maner….hehehehe…kelakar betul.Mungkin saya lebih senang cara ‘try and error’ atau dalam bahasa melayunya ialah kaedah cuba jaya….sound funny…
Ternampak pulak produk yang berasaskan blog…yang saya rasakan ianya amat perlu kepada orang yang baru nak berkecimpung dalam dunia blogging nie.–kuasablog–rahsiablogger–rahsiajutawanblog–pakejkitblogger– adalah antara dalam pencarian yang ditemui dan diharap dapatlah membantu saya dalam dunia BLOG.

Hari Kesembilan

Antara cara-cara yang baik untuk mendapatkan ilmu ialah melalui pembacaan…ia merangkumi media cetak dan elektronik.Buku,ebook dan laporan khas atau report percuma harus didapatkan supaya material yang sebegini dapat membantu dalam perkembangan pengetahuan yang kita mahukan.Akan tetapi keperluan untuk membaca bahan ilmiah dalam medium bahasa inggeris sangat membantu dalam proses untuk mendapatkan idea yang terbaru dan terkini…

Amalan pembacaan yang berterusan amatlah perlu agar kemahiran kita akan sentiasa berkembang maju.Jika kita terlampau obses dengan membeli ebook secara online namun mendapatkan buku secara offline pun masih lagi praktikal sebenarnya.Sebenarnya ia merupakan satu pilihan yang baik untuk mengisi masa lapang.Tambahan pula suasana di kedai buku memang berbeza berbanding jika kita beli ebook di internet….Sesekali kena ambil angin jugak…

Kalau nak ikutkan pelan tindakan saya …hari nie dah kena draf dan decide ape yang nak jual kat internet.Tak kira produk fizikal mahupun digital….idea mesti dibuat tapi sampai arinie saya masih tak decide nak jual ape….terfikir dalam kepala nie … nak cari barang-barang terpakai untuk dijual kat lelong.com.my…ebook pasal EBAY dah beli…bile barang dah ada sure saya akan praktikkan

Buat masa nie saya lebih suka lanjutkan aktiviti dengan proses mastering blogging….ambil tahu pasal ilmu grafik…borang opt in…autoresponder…barulah nak mulakan jualan di internet.

Tiba-tiba teringat je camner citer si lisahilmi.com …evolusi die dalam nak jadi internet marketer.Cite2 dan email yang diforwardkan kepada saya memang berkualiti.Saya akan beli produk die one fine day…

Saya kena tabah dan kuatkan semangat bile mengetahui kisah IRFAN KHAIRI bahawa kebanyakan bisnes internet gagal pada tahun pertama….tapi bile refer pada AMMAR ZAHAR.Jeles sungguh saya tengok kat die….momentum yang ada pada memang mengkagumkan….laju betul sales product die.Rasa nak jadikan die tu MENTOR saya jeee

Hari Kelapan

Hari nie saya kerja petang….maknanya ada masa lagi nak layan internet kat umah.Yang dahsyatnya…bangun awal pagi…sesudah habis solat subuh terus je bukak PC mengadap internet laa…apa lagi.

Dalam time pagi tu….saya BERJAYA beli dua ebook sebagai rujukan tambahan dalam mendalami ilmu internet nie.Pertama saya beli ebook KUASA LELONG di EBAY oleh NORIZAM SHAH.Sebenarnya ebook seumpama ini ada jugak tawaran dari GARY ERUWAN dan SIFU LAN tapi mungkin timing SI RAZIF dari forum yang offer tambahan di atas pembelian ebook tu…lagipun ada gak refer yang lain ….tapi takda bonus extra.Kira rezeki dia la tu….

Then bila sambil layan forum….nampak lak ebook RAHSIA BLOGGER dan KUASABLOG ….seperti mana yang saya pelajari di seminar SAIFULSHAM…permulaan dalam menjebakkan diri dalam dunia internet ialah kewujudan blog.Saya nei yang tak sampai sebulan lagi menjerumuskan diri dalam blogging merasakan ebook tersebut semacam satu keperluan…Tak nak fikir panjang…dan risau harganya naik secara tiba-tiba terus saya sambar


Tak lama lepas tu dapatlah link SEO dan EBAY….Review lah serba sedikit…sedar tak sedar dah tengahari…masa untuk pegi opis……KITA kerja dulu…..

Kalau nak diikutkan pelan tindakan saya kena hantar post sekurang-kurangnya 3 post bagi setiap forum yang saya lawati….nampaknya masa habis dengan update info terbaru jeee…mulai hari nie…saya kena layan forum hari-hari dan kemaskini blog setiap hari….Penggunaan blogspot nie adalah untuk pembangunan keselesaan gaya penulisan

Hari Ketujuh

Hari ini saya begitu bersemangat nak balik umah.Ye lah time saya balik je datang layan internet dengan kadar maksima.Bayar bil tiap-tiap bulan….kalau tak digunakan dengan rugi la kan.So sesudah solat subuh saya dah gerak dari umah…dalam pukul 6 pagi.Sampai je kajang…area taman umah saya…terus beli sarapan pagi dan suratkhabar

Tiba je kat umah terus on kan pc….layan terus internet tanpa membuang masa lagi pegi kat forum-forum favourite saya untuk latest news.Tengok tajuk-tajuk yang menarik hati..then post reply…kebetulan jumpe post-post yang ade freebie…download dengan suka hati.

Dalam pukul 2…layan NONA…topik mengenai wanita yang mengahwini lelaki yang lebih muda…artis yang diberikan contoh DEJA MOSS n husband…dan KALAM (pelakon kot) n wife.Pada saya contoh yang ok jee….sebab diorang kawin dengan masing-masing bujang.Kurang thrill skit.Kalau dipanggil AZIZAH ARIFFIN ke ….SHEILA MAJID ke…baru la power sebab masing-masing kawin dengan lelaki yang lebih muda dan dah ada anak pun.Baru lah dapat nilai lelaki tu lebih nampak tanggungjawab dan matang….pada pendapat saya laa….Bunyinya macam merujuk pada diri sendiri la pulak…:)

Dalam layan-layan forum-forum tu…pegi kat signature2 yang dilinkkan ke website ahli-ahli forum…dot com mahu pun blog2….best jugak.Dapat kenal blogger-blogger baru yang memang menarik pengisian blog diorang…dan kebanyakannya ada menawarkan download benda-benda percuma.Siap ada RSS FEED lagi…yang nampaknya dah jadi kewajipan benda tu dimuatkan dalam blog IM sekarang nie.Takpelah one fine day saya MESTI blog yang bercirikan yang sedemikian.

Malam menjelma….macam malas nak makan nasi untuk makan malam….kepala nie terfikir nak makan burger jee….pastu start motor terus pegi beli burger…..”bro..burger ayam enam bungkus…”siappp….!!!”.Tapau sumer burger tu untuk makan sekeluarga…

Then tibalah masa untuk rehatkan diri setelah sehari suntuk mengadap PC dan surfing internet.Layan internet dan dapatkan info memang mengasikkan….

Hari Keenam

Setalah dua hari saya han hantar email pertanyaan kepada Ammar Zahar barulah dia berkesempatan untuk membalas pertanyaan yang saya berikan.Mungkin sibuk membalas email lain yang datang tanpa henti.


Nampaknya idea untuk buat ebook dengan penghasilan melalui gabungan koleksi-koleksi tentang sesuatu tajuk diterima beliau dalam menjawab persoalan saya.So dah dapat green light nie kenalah saya mulakan proses kompilasi tersebut

Seperti biasa dari pagi hingga pukul 1 petang saya sibuk dengan pekerjaan yang membuatkan saya tidak berkesempatan surf internet.NON STOP ACTION…..letih kepala otak ni

Bila petang ingatkan nak cari buku motivasi yang best kat Nilai malangnya takda satupun buku yang best untuk dibeli.Pulang dengan hampa…..

Cuma lepas tu je sempat surt internet lalu beri dua tiga post reply kat forum bicara jutawan.Target kena layan 3 blog dan 5 forum setiap hari….suatu sasaran yang mesti dicapai.

Bila malam tiba layan SEHATI BERDANSA sambil minum RED GUARA CAFE relak je rasanya badan dan kepala nie….