Monthly Archives: November 2008
Hari Keempat
Hari ini….adalah hari yang kurang efisien bagi diri saya.Dari pagi sampai ke petang takde langsung perkara yang saya buat berkaitan dengan dunia internet.
Hanya sekadar tengok dan baca email jee…..memang tak sempat betul la pada hari nie.Risau jugak hati nie bila momentum tiba-tiba jadi slow nie. Sesuatu yang saya nak elak sangat dari terjadi dalam program 30 hari pelan tindakan saya nie .
Hingga larut malam…..ilham yang bernas masih belum muncul…..lantas mata
nie rasa macam tido jee zzzzzzzzz
Hari Ketiga
Hari ini….sepanjang pagi kesibukan kerja membantutkan saya untuk buat apa2 jenis research mengenai info produk minisite yang saya nak sediakan.
Makna kata sememangnya di waktu siang hari saya tiada peluang langsung…keep on kerja…kerja…kerja….
Cuma yang bestnya bile tiba waktu malamnya…..untuk hilangkan mengantuk saya pekena kopi RED GUARA.Waah…..bestnya….terang mata saya….dan dalam masa yang sama datang pulak idea untuk tajuk-tajuk yang saya boleh buat ebook
Tanpa melengahkan masa….saya praktikkan apa yang saya baca dari buku karya IRFAN KHAIRI….nota jutawan nota motivasi.Iaitu setiap kali kita mendapat idea yang terlintas…..maka WAJIBlah untuk kita catatkan ia di nota.
Maklumlah ilham yang baik hanya datang sekali sahaja…..dan malam tadimenderu-deru tajuk bernas….best betul je rasanya….sedar-sedar dah pukul 12 tengah malam….
Nampaknya ada potensi untuk saya usaha dan fikirkan cara-cara untuk bisnes internet berasaskan produk dan digital….untuk produk barangnyadah ada dah…sekadar memperkayakan dan menjadikan minisite tersebut mempunyai ciri surat jualan yang menarik
Untuk idea-idea ebook boleh rasanya topik-topik besar akan muncul setiap hari.Akan dikembangkan dengan isi-isi penting untuk dikembangkanpenceritaannya.Moga hari-hari mendatang akan dipermudahkan lagi jalan ke arah dunia internet…..
Hari Kedua
Hari ini saya kena kenalpasti forum2 dan blog2 yang berkaitan dengan bidang yang hendak saya ceburi….
Setakat ini saya dah kenalpasti 5 forum2 yang berkaitan….cume lepas nie kena cari blog yang berpotensi untuk saya terlibat saya dalam memberi komen2 yang konsisten terhadap artikel yang di update
Sepatutnya mengikut pelan tindakan yang termaktub saya perlu study dan mahirkan diri dengan video tutorial tentang cpanel.Akan tetapi disebabkan minggu nie lebih tertumpu kepada komitmen kerja nampaknya kenalah saya postpone kepada hari ahad nie.
Tak banyak aktiviti yang berkaitan yang dapat dibuat….Cuma saya kena kekalkan feel yang positif untuk pelan tindakan ini….
Pelan Tindakan 30 Hari
- Mulai hari ini maka bermula proses merealisasikan Pelan Tindakan 30 Hari yang harus saya lakukan.Kali ini saya mesti sentiasa fokuskan pemikiran dan tindak tanduk saya dalam menjayakan pelan ini.
- Setelah CUBAAN PERTAMA tidak memperoleh apa yang diinginkan lantaran itu muncullah PELAN TINDAKAN ini.Segala perkara yang berkaitan telah sedia ada sekadar untuk dilaksanakan sahaja.
- Pelan yang semacam ini sememangnya perlu pada diri saya supaya tidak tersasar sekiranya melencong di tepi jalan….hehehe…kini perkara yang mesti dilakukan seharian ialah PRAKTIKAL…bak kata “NIKE” —JUST DO IT–
Hari PERTAMA….
- Sesi Brainstorming – Keluarkan apa sahaja idea yang terlintas di fikiran dan terus draft di kertas A4.Tak kira samada ia logik atau tidak…relevan atau tidak yang penting kita beri kebebasan untuk diri kita menyuarakan pendapat dan idea.
- Berdasarkan kepada pengalaman….perkara ini jarang berlaku dalam sektor MAKAN GAJI….Di mana pendapat-pendapat yang lari dari SKEMA PERMARKAHAN akan dicantas awal-awal lagi.Pada pandangan saya yang rabun ni….ia hanya merencatkan potensi individu dalam mengeluarkan idea KREATIF.
- Semoga tragedi yang seperti itu akan berubah sebagaimana orang kulit putih di Amerika Syarikat menerima Barrack Obama sebagai Presiden…
- Setelah segala idea-idea dipaparkan di kertas A4 ….ringanlah sedikit kepala ni.Lega rasanya….