Monthly Archives: December 2008

KAHWIN…..KAHWIN….KAHWIN

header+ MAJLIS+IMPIAN KAHWIN.....KAHWIN....KAHWIN
Maka di bulan disember ini banyak majlis perkahwinan yang berlaku.Dan kebetulan pada hari ini adik saya menjalani hari-hari yang die lama nantikan…..majlis akad nikah.Besok….ahad – kenduri kahwin di pihak perempuan laa….perancangan di peringkat awal yang memerlukan saya jadi pengapit di batalkan sebab :-

- komitmen saya dengan kerja ( tak banyak preparation yang boleh di buat )
- peranan diambil alih member adik saya

Ini majlis adik saya….so segala aktiviti dan perancangan biarlah dia yang tentukan…..saya ok jee…

product+ KAD+KAHWIN KAHWIN.....KAHWIN....KAHWIN
Sekarang nie dah banyak website yang menggunakan tema perkahwinan untuk dijadikan produk perniagaan.Suatu perkembangan yang bagus dalam dunia bisnes internet….So untuk time saya kahwin nanti memang saya nak cuba buat design kad kahwin sendiri….nampak macam menarik jee…
HEADER+ +KAD+KAHWIN KAHWIN.....KAHWIN....KAHWIN
Persediaan dari segi kewangan amatlah perlu…..knowledge atau ilmu tentang pengurusan duit perlu diketahui dan dipelajari agar pengendalian terhadap urusan pembelian dan jualan barang-barang yang berkaitan dapat dikawal dengan baik….

nurinmakeover brochure KAHWIN.....KAHWIN....KAHWIN

Antara perancangan saya nanti….bakal isteri saya nanti…..A.Y.A.N.G akan pelajari benda macam nie….kalau die berminat laa….InsyaAllah…saya yang akan tanggung kos pembelajaran.Rasa lebih suka keluarkan duit untuk mempelajari ilmu yang baru….janji kita ade minat dan passion yang kuat supaya perkara kita tu nanti akan timbul rasa seronok dan gembira….Dibuat tanpa paksaan dan akan wujud kesungguhan di situ….

Okeylah kejap lagi saya nanti SUNGAI BESAR dalam misi escort adik saya pergi menjalani proses akad nikad + malam berinai + ( saya abiskan masa….makan…makan…makan…) :

Laporan terkini akan saya update nanti……

p/s : seronok dapat hadiah dari A.Y.A.N.G ……

moz screenshot KAHWIN.....KAHWIN....KAHWIN

Dah Tahu Dah……!!!!!

Hmmm…..akhirnya saya dah tahu apa sebab kenapa blog yang kononnya tak dapat retreive di internet.Rupa-rupanya saya yang salah taip address.Kira macam salah alamat la nie….Aduhai..dekat seminggu yang berterusan saya mencari-cari apalah sebabnya…. icon smile Dah Tahu Dah......!!!!!

Kiranya dah dapat petunjuk la nie…mengikut kefahaman sendiri bile dah ada blog dot com sendiri secara automatiknya search dapat cari blog dot com kita nie.Nampaknya sangkaan saya tu memang tak betul langsung.Sebab saya compare dengan blogspot yang saya create nie ….tak berapa lama saya buat dah boleh cari kat search engine.Tapi silap saya jugak sebab pergi bertanya di peringkat awal timbulnya kemusykilan itu.

So sekarang bile dah jumpe nie….senang la hati sikit.Takdelah nak fikir lagi persoalan kenapa blog saya ” hilang ” di internet.Cuma saya kena buat keputusan apakah jenis content atau isi kandungan yang perlu di update dan dimuatkan dalam blog saya tu.Biasanya IM 2x suruh kita tulis yang merangkumi bidang kepakaran kita.Senang untuk diolah dan disampaikan penceritaannya.Berbanding kalau kita buat topik yang hebat dan menarik…tetapi kita takde knowledge tentang perkara tersebut.

Jadi kenalah saya buat draf/plan untuk merangka kerja-kerja penghasilan blog dot com saya nanti.Kekangan masa setiap hari dengan komitmen kerja seharian sedikit membataskan saya untuk update blog nie…akan tetapi itu sume tidak boleh di jadikan alasan.

Semalam sempat jugak saya tengok rancangan kat ASTRO : Istimewa Bersama Dato’ Fadzilah Kamsah.Dalam program tu die temuramah Datin Paduka Sharifah Mazlina – alah yang pergi KUTUB UTARA dan KUTUB SELATAN tu.Sedikit sebanyak pengajaran yang saya dapat ambil dalam program bualbicara tu ialah persediaan yang dilakukan oleh Sharifah Mazlina untuk program tersebut memakan masa 2 tahun !!!!Di mana dia peruntukan setiap hari 5 jam untuk melakukan senaman di gim bagi membina otot dan ketahanan diri.

Moral of the story di sini ialah : dalam menempuh kejayaan yang kita hendak bina…keperluan untuk mendapatkan ilmu dan komitmen serta disiplin yang tinggi amatlah diperlukan.Secara tidak langsung memberi isyarat kepada saya….istiqamah yang jitu perlu ditanamkan dalam jiwa saya sekiranya ingin berjaya dalam dunia internet nie….

p/s : Suka dengan slogan Sharifah Mazlina

/// Betulkan yang biasa…..Biasakan yang betul ///

Aduh …..Sakit Kepala….

Seminggu due nie memang jenuh laa…..impian nak dapatkan blog dot com sendiri dah tercapai.Pakej video puan lisa pun saya dah dapatkan.Cume yang still berserabut kepala sehingga kini saya masih tak dapat setup lagi blog saya.

Entah apa la yang tak kena dengan saya atau mungkin ada lagi setting teknikal yang masih lagi belum saya update.Mula-mula saya ingatkan nak buat sendiri….dengan kaedah tril n error.Nampaknya setelah seminggu menggunakan kaedah cuba jaya masih lagi tidak berhasil.

Tak jumpe gak jalan untuk menguploadkan blog saya yang betul…Hmmm….di sini wujud saya satu moral of the story….Kalau dua tiga kali kita cuba settlekan sesuatu masalah…tapi tak jumpe lagi jalan penyelesaian maka cepat-cepatlah pegi jumpe org berkenaan yang arif….Kalau kita biarkan mungkin melarat lagi masalah yang timbul….so do not waste our time….ACTION NOW….

Buat masa nie….jika ade luahan hati dan cetusan idea maka….di sinilah tempat yang saya akan lontarkan….Harap-harap saya akan diberi banyak masa untuk luangkan masa update blog saya nie….

p/s : Tengah study sungguh-sungguh untuk menguasai CJ.COM ….sebelum ke level PAKEJ YOUTUBE.COM