Monthly Archives: February 2009

Gerak usahawan 2009 – sepang

Hmmm….. akhirnya berkesempatan juga saya untuk menceritakan pengalaman saya menjenguk @ singgah sebentar Pameran Gerak Usahawaan 2009 yang diadakan pada sabtu dan ahad lepas.Kelewatan adalah disebabkan masalah teknikal yang berlaku pada gambar yang saya ambil….:( Tapi ianya telah berjaya diselesaikan….

banner Gerak usahawan 2009   sepang
Setibanya saya di tapak pameran kelihatan banting ( banner ) sebegini di sepanjang jalan di padang bola sepak pekan salak , sepang.Nampak meriah juga kerana pada hari itu ramai orang yang datang mengunjungi ke pameran tersebut.

Saya yang kebetulan dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja ( shif petang ) pun turut tertarik dengan aktiviti yang diadakan.Jadi saya singgah sebentar untuk melihat apa yang ada di pameran tersebut.

header Gerak usahawan 2009   sepangKEUSAHAWAN KERJAYA PILIHAN ” merupakan tema bagi pameran tersebut.Ia adalah anjuran KEMENTERIAN PEMBANGUNGAN USAHAWAN DAN KOPERASI.Ramai usahawan yang melibatkan diri dalam pameran ini meliputi bidang pencetakan , makanan , kecantikan dan seni kraftangan.

zull+design Gerak usahawan 2009   sepangIni adalah booth yang pertama sekali saya lawati……Ia mempamerkan serba sedikit peralatan yang unik dan menarik ciptaan Encik Zul – perintis dalam bidang rekacipta.

menu+johor Gerak usahawan 2009   sepangDi gerai ini pula saya dan pengunjung yang lain dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisi johor.Dan mee bandung muar semestinya kegemaran saya…..yang bestnye ada sampel makanan percuma….alas jugalah perut saya….

flashstamp Gerak usahawan 2009   sepangBooth rubber stamp menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan tersebut.Dengan modal yang berpatutan kita boleh mulakan bisnes rubber stamp dengan mendapat keuntungan sehingga 150% – 300%.Untuk maklumat lanjut sila KLIK disini

design Gerak usahawan 2009   sepang
Booth yang berkaitan percetakan dan senireka grafik antara yang paling diminati oleh pengunjung yang hadir…..

belia+niaga Gerak usahawan 2009   sepangBagi usahawan-usahawan baru ada berita baik untuk anda.Kini telah terbit digest keusahawan dalam bahasa Melayu di mana ia menjadi satu lagi sumber alternatif bagi anda untuk mempromosi dan memperkenalkan produk mahupun perniagaan anda.Layari laman web INI untuk mendapatkan keterangan lanjut. – belianiaga.com -

Namun hanya itu sahaja booth yang sempat saya kunjungi disebabkan secara tiba-tiba langit mendung awan berarak kelabu ( ish…bahasa bunga-bunga la pulak) telah muncul.Lalu saya meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan hati yang gembira.

P/s : Banyak peluang yang telah kerajaan sediakan untuk bumiputera terlibat dalam perniagaan.Bersama-samalah kita berusaha menjadi diri kita sebagai usahawan yan berjaya.

Seminar Terbaru….

Dipetik dari laman web Shuth :

Fuh!.. Sejak seminggu lalu, saya agak terlalu sibuk. Target nak update blog ini 2 hari sekali pun dah ter”miss” sedikit. Harap-harap pembaca blog ini tidaklah merajuk dan termenung panjang sambil merenung bulan bagai pungguk yang kesepian. Oh!

Sebenarnya, sejak seminggu lalu saya sibuk menyiapkan bahan-bahan, website, write-up dan bermacam-macam lagi untuk seminar saya yang pertama. Ya! yang pertama… sebelum ini saya hanyalah menjadi speaker jemputan ataupun speaker upahan bagi seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak lain. Tetapi kali ini, seminar yang akan diadakan ini dianjurkan sepenuhnya oleh saya.

Untuk seminar yang pertama ini, ia akan diadakan apda 15 Mac 2009, di Hotel Quality , Kuala lumpur. Seminar ini diberi judul “Seminar Perniagaan Ebook”. Ianya memfokuskan bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjalankan perniagaan ebook di internet.
Saya sebenarnya telah merancang untuk mengadakan seminar ini sejak 3 tahun yang lalu, tetapi … saya tidak mahu terburu-buru pada waktu itu. Saya mahu “ilmu” yang ingin saya ajarkan kepada orang lain nanti, betul-betul ilmu yang bermanfaat dan berkesan. Sebab itulah saya mengambil masa sehingga 3 tahun untuk menimba, mengumpul dan seterusnya mengujinya sendiri ilmu tersebut bagi memastikan ia benar-benar berkesan. Insyallah, saya akan kongsikan semua ilmu & pengalaman tersebut bersama-sama perserta seminar kelak.

Pada seminar kali ini juga, akan ada seorang IM tempatan yang “kacak” berjaya akan turut serta sebagai speaker jemputan untuk berkongsikan ilmu & pengalaman beliau.. nak tahu siapa? Kenalah join!.. he he he..

.
P/s :Alhamdulillah….saya dah daftar….kepada kengkawan yang berminat
sila KLIK DI SINI….

Senior yang Saya Kagumi

Abu Saif

  • dsc 8284 Senior yang Saya Kagumi
  • Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan… kembara insan mencari Tuhan – ABU SAIF

Alhamdulilah….

Permulaan tahun 2009 nie merupakan waktu agak berlainan sedikit bagi diri saya.Sesuatu yang saya rasakan ianya perlu dimulakan lebih awal lagi iaitu penglibatan dalam dunia internet.Kiranya penghujung tahun 2008 saya cuba mendalami ilmu di internet dan mendapati terlalu banyak yang perlu saya explore….

Namun cerita tu saya biar dulu kisahnya….cume dalam bulan lepas atas usaha salah seorang ex schoolmate saya dulu ( SMA Izzuddin Shah) telah terbinanya satu blog untuk batch saya 93-97 dengan tujuan mengumpul kembali rakan seperjuangan yang telah lama terpisah.Apa yang menarik ialah apabila terdapat satu pautan blog salah seorang senior saya dahulu.Abang Hasrizal namanya….kalau tak silap masa tu saya baru form 1 dan dia amik STA ( sijil tinggi Agama ) atau dikenali sebagai STAM ( sijil tinggi agama MALAYSIA ) ….kalau tak salah saya lah….

Amat mengagumi kepetahan dan kelantangan beliau dalam berbicara terutamanya ketika memberikan TAZKIRAH subuh mahupun dalam USRAH hujung minggu.Saya merasakan kemahirannya ketika itu melampaui kebolehan pelajar yang sebaya dengannya…(bunyi macam fanatik jee).Mungkin sebab saya memang berminat orang pandai berbicara dan lantang bersuara….

Tup tup ….rupanya sekarang dia dah jadi motivational trainer / ustaz / penceramah.Yang bestnya dia ada blog dot com sendiri.Menjadikan blog sebagai medium menyampaikan ilmu dan dakwah suatu menarik bagi saya.Blog beliau senantiasa mendapat trafik yang tinggi ….kalau tak silap lebih kurang 3000 pengunjung setiap hari !!!

Untuk mendapatkan mendapatkan maklumat lebih lanjut KLIK di sini

Rahsia Bisnes Orang Cina….

Rahsia+bisnes+cina Rahsia Bisnes Orang Cina.... :: Buku yang saya dah baca ::

Kejayaan bangsa Cina dalam bisnes sering menjadi misteri. Apakah kekuatan bangsa ini? Dari mana sumber ilmu mereka? Ada penulis yang memanggil jaringan bisnes mereka sebagai ‘The Bamboo Network’.
Buku menarik untuk mereka yang berminat menyingkap rahsia perniagaan cina.Selama ini kita dihidangkan dengan kisah-kisah kejayaan masyarakat Cina dalam perniagaan. Tetapi kita jarang didedahkan dengan rahsia dan cara mereka berjaya. Rahsia Bisnes Orang Cina mendedahkan realiti, pantang larang, petua dan salah tanggapan masyarakat pada golongan ini. Orang Cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai bangsa Cina. Tetapi cara hidup yang dipraktikkan menjadikan mereka berjaya. Bagaimana?Bersama kita membongkar rahsia kejayaan mereka melalui buku ini. Banyak teknik dan rahsia mereka dapat dipraktikkan supaya kita berjaya dalam bisnes.
Ann Wan Seng – lahir dalam keluarga Cina yang berniaga dan turut memiliki perniagaan sendiri.Beliau kini adalah Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia dan juga kolumnis Dewan Bahasa Ekonomi.Beliau juga banyak menulis artikel berkaitan bisnes dan ekonomi untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan.

p/s : Suatu pendedahan eksklusif yang tersembunyi sekian lama….