Monthly Archives: February 2009

Tema : Buku yang saya dah Baca….

jutawan+senyap Tema : Buku yang saya dah Baca....
Menjejaki….JUTAWAN SENYAP

- ‘Buku ini telah merubah hidup ramai pembaca’ -

” Anda patut menjadi kaya.Anda tidak berhak menjadi miskin.Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang ” – Chef Li

Sedutan dari buku…..

Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan tidak dipandang orang.Mereka dianggap ‘kelas bawahan’ tidak ada pejabat dan tidak perlu ada business card.

Cara mereka berusaha macam penyu lepas ke lautan luas dengan tidak tahu untung nasibnya.Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke daratan dan barulah diintai orang.Bertelur ratusan biji tetapi mereka tetap senyap tanpa suara….apa yang keluar hanyalah air mata.

Akhirnya tanpa sedar harta mereka mencecah jutaan ringgit.Mereka masih tetap senyap.Itulah Jutawan Senyap.Tiada glamour…tiada kuasa dan tiada nama.Namun mereka hebat…

Mungkin jiran anda jutawan Senyap ? Anda tidak akan tahu sehinggalah anda menjadi salah seorang daripada mereka !

p/s : Terima kasih kepada sahabat saya yang mencadangkan kepada saya untuk membaca buku ini ketika mula-mula nak tahu pasal dunia perniagaan.
moz screenshot 1 Tema : Buku yang saya dah Baca....

Peluang Tambah Ilmu

sme+logo Peluang Tambah Ilmu

Pada hari sabtu yang lepas sewaktu saya pulang dari kerja ….mata saya terdorong untuk melihat post box rumah yang kelihatan agak penuh dengan macam-macam surat.Kebanyakannya promosi dari GIANT dan pamplet iklan pelbagai jenis perkhidmatan.Cuma ada satu sampul yang menarik perhatian saya untuk membukanya.Dan ia adalah dari SME bank.

Rupa-rupanya apabila saya buka ianya adalah tawaran untuk menghadiri kursus anjuran SME BANK.Ia merupakan antara kursus tahunan SME bank dan saya menerima tawaran tersebut oleh kerana sebelum ini saya pernah menghadiri KURSUS ASAS KEUSAHAWAN ( lebih kurang la tajuknya…) yang mereka adakan pada tahun lepas.

Butiran mengenai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

Latihan Peningkatan IKS

KURSUS PENGURUSAN KREDIT DAN HUTANG

Tarikh : 25-26 Februari 2009 ( Rabu-Khamis)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat : Bilik Latihan 1

Aras 6 , Menara SME BANK , Jalan Sultan Ismail , 50774 , Kuala Lumpur.

PENGENALAN

Hutang Lapuk dan Modal Kerja adalah perkara yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan.Seperti yang semua sedia maklum aliran tunai yang bermasalah akan mengakibatkan kegagalan operasi perniagaan dan bankrupsi.Melalui kursus yang ditawarkan ini, anda dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kawalan kredit dan kaedah mengutip hutang yang berkesan.Program ini juga akan dapat membantu anda mengenai perancangan strategik dalam mengaplikasikan teknik kutipan hutang yang berkesan tanpa menjejaskan perhubungan sesama pelanggan.

FAEDAH icon smile Peluang Tambah Ilmu

  • Memahami konsep yang efektif untuk mengutip hutang ( termasuk kaedah rundingan)
  • Merancang dan mengurus POLISI KAWALAN KREDIT dengan berkesan
  • Kenalpasti , minimunkan dan mengelakkan kos hutang lapuk
  • Meningkatkan PULANGAN PELABURAN dan UNTUNG syarikat
  • Membuat keputusan yang berkesan dan terbaik dalam pengurusan dan kutipan tunai

Lebih kurang begitulah isi kandungan surat tawaran tersebut….menarik bukan.Ianya merupakan antara ilmu yang perlu diketahui sekiranya seseorang itu dalam menjalankan perniagaan.

Yuran Penyertaan untuk kursus ini adalah RM350 ( meliputi 3 kali makan minum dan nota seminar).Saya pula sebagai salah seorang bekas peserta kursus sebelum ini DISKAUN 50 % telah diberi.Maka saya hanya perlu bayar RM 175 jika saya berminat untuk menghadirinya.Suatu pelaburan yang berbaloi kerana ianya dikendalikan oleh penceramah dari Strategic Action Preneur Sdn Bhd yang berpengalaman selama 27 tahun dalam industri perbankan.

Namun saya masih belum memberi kata putus samada untuk menghadiri kursus ini atau tidak….Kena tunggu apa kata survey ….. icon smile Peluang Tambah Ilmu . Akan tetapi kepada sahabat yang berminat untuk menghadiri kursus ini sila rujuk :

PembangunanUsahawan Bumiputera ( u/p:Cik Fazliana / Cik Roslinda)

Tel : 03-26153860 / 03-26152020

Tarikh tutup permohonan : 16 Februari 2009

Sedutan dari Lamanweb MAJALAH IM

Pada 30hb Januari lepas pihak Majalah IM telah menganjurkan Mini Seminar yang bertempat di pejabat Team FlareBiz, Diamond Square Business Center. Seminar ini lebih membincangkan asas-asas perniagaan Internet yang sebenar iaitu produk fizikal, produk digital dan servis sahaja. Lain-lain berkaitan program buat duit tidak disentuh sama-sekali.

seminar1 Sedutan dari Lamanweb MAJALAH IM

Sesi bergambar bersama Adly aka Labanon dan Zhafran

Alhamdulillah, seminar ini dilangsungkan dengan jayanya dan 10 tempat yang dikhaskan sememangnya penuh dari awal lagi. Malah ada juga yang terlebih menjadi peserta yang ke-11 icon biggrin Sedutan dari Lamanweb MAJALAH IM Tak mengapa kerana itu sememangnya rezeki beliau. Sebenarnya sangat ramai yang berminat dan mencadangkan supaya pada masa akan datang ia dianjurkan pada hujung minggu.

Seminar ini juga dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang Majalah IM crew, antaranya ialah Cik Mal, Waidakmy dan terbaru ialah saudara Richie. Tidak ketinggalan kami juga berpeluang berjumpa penulis buku berpengaruh iaitu Zamri Mohamad yang semestinya tidak lokek berkongsi ilmu dan pandangan beliau.

Insyallah ini akan menjadi acara bulanan Majalah IM dan tidak mustahil kita akan menjelajah seluruh pelusuk tanah air nanti. Niat kami satu, iaitu ingin membantu lebih ramai memahami apa itu perniagaan Internet. Sebab itulah caj yang dikenakan sangat-sangat murah iaitu RM100 sahaja.

Feedback Daripada Peserta

Lihatlah salah satu feedback daripada peserta:

Tahniah kerana telah mengendalikan seminar asas perniagaan internet pada 30 Jan yang lalu. Saya adalah salah seorang peserta seminar tersebut ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada team flarebiz kerana tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan kepada kami para newbie. Ternyata layanan yang diberi sangat memuaskan sehinggakan saya rasa puas hati sepanjang seminar dijalankan.

Keseluruhannya seminar ini memang amat2 berbaloi dan saya sendiri merasakan seminar ini patut diteruskan pada masa2 akan datang. Newbie2 seperti kami memang amat memerlukan ilmu2 baru seperti ini. Sekali lagi tahniah saya ucapkan!

Menjadi Acara Bulanan

Mungkin pada masa akan datang pihak Majalah IM akan membabitkan pihak penulis juga untuk berkongsi pengalaman dengan para newbie. Baiklah, berbalik mengenai seminar pada hari tersebut sememangnya meriah kerana semua peserta begitu bersemangat dan penuh bermotivasi. Rata-rata peserta pulang dengan minda yang positif dan percaya bahawa Internet sememangnya boleh buat duit. Tak begitu? icon biggrin Sedutan dari Lamanweb MAJALAH IM

Secara keseluruhan, boleh dikatakan mini-seminar ini berjaya dan semoga seminar ini dapat diteruskan dengan lebih meriah lagi. Kepada yang terlambat untuk menyertai mini-seminar pada Jumaat lepas anda boleh menyertai seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil anjuran bersama Majalah IM dan Primaya Solution di UIA pada 7hb Februari ini. Daftar sekarang!

sekian.