Bengkel WordPress Catzer


Pada 28hb Mac lepas saya telah menghadiri Bengkel WordPress anjuran Catzer aka Surfaddict di JOM TRAINING CENTRE di Bandar Tasik Selatan…Seperti kebiasaannya saya menaiki tren komuter dari KAJANG….Lebih kurang 15 minit saya sampai…dan dalam perjalanan ke jom training centre ade hasil seni yang menarik perhatian saya….

Belum sempat saya abis ‘terpesona’ oleh lukisan grafiti tu…..sekali lagi saya terpaling suatu lagi poster yang tak kurang menariknye…..

Logo die tu yang mahal tu…..

Setelah itu sampaila juga saya ke tempat yang dicari-cari…..

Pusat Latihan yang selesa…..

Dalam pukul 8.30 pagi…..sesi pembelajaran pun dimulakan…..
Kecik molek je si catzer nie….

Kitorang break minum pagi pukul 10 pagi….meneruskan sesi ilmiah hingga tak sedar dah masuk lunch time…..Ketika time makan tengahari orang lain sibuk mengisahkan…..

Ayam goreng berempah….nyum…nyum….

Ikan goreng berlada…. tak pedihkan mata….

Masak lemak ikan masin & Salad aka ulam daa….

Tapi saya pulak sibuk mencari-cari…..

Meja makan kalis cahaya…..huhu….

Setelah abis solat …sesi kuliah pun bermula kembali….hmm….dalam bengkel nie dapatla saya berkenalan dengan AbangLong ( misteritarikhlahir ) , Ijamidayu ( cameraman hebat ) dan AzzuZafu ( CelorengBiru ).Itu la yang bestnye bile join bengkel camni ….dapat jugak jumper member2 forum secara live….Ketekunan para peserta membuat masing-masing tak sedar dah pukul 5.30 petang ( termasuk sesi soaljawap )….Maka tibalah waktu yang dinantikan…..

Sessi fotografi oleh bro Ijam…bersama-catz-bengkel wordpress

Bersama Catzer aka Surfaddict

Secara keseluruhan bengkel wordpress ini memang bagus untuk mereka yang baru nak mempelajari tentang wordpress….Ini adalah antara langkah pertama dalam proses untuk menjadi blogger yang lebih berilmu…..Sememangnya saya sarankan kepada sahabat yang baru nak buat blog dot com sendiri ….daftarlah diri SEKARANG……

P/S : Catz….tak lokek untuk kongsi pengalaman dan ilmu dengan para peserta

Kempen boikot…..

Wanita Arab boikot kedai pakaian dalam

RIYADH – Sekumpulan wanita Arab Saudi melancarkan kempen memulaukan kedai-kedai menjual pakaian dalam bermula minggu ini.

Pemulauan itu dilakukan bagi memprotes peraturan menempatkan jurujual lelaki di bahagian jualan pakaian dalam wanita.

Jurujual lelaki itu bercakap kepada pelanggan wanita, mencari saiz coli mereka dan menggosok seluar dalam bagi menunjukkan cara membuang kotoran ketika membasuh.

“Apabila saya membeli seluar dalam di Arab Saudi, beberapa jurujual lelaki menyatakan itu bukannya saiz sesuai untuk anda,” kata seorang wanita, Huda Batterjee.

“Anda seperti berasa seseorang mengambil kesempatan terhadap anda. Kenapakah dia (jurujual) melihat saya dengan cara begitu?” soalnya.

Seorang ahli perniagaan wanita, Heba al-Akki yang menyokong pemulauan itu menceritakan caranya membeli seluar dalam.

“Saya pergi ke kedai, memilih seluar dalam dan meninggalkan kedai dengan secepat mungkin. Keadaannya seperti saya membeli barangan haram,” katanya.

Pemulauan itu akan berakhir sehingga jurujual wanita ditempatkan di bahagian pakaian dalam wanita. – AP

Sumber : KOSMO ONLINE

Bertentang Mata Dengan Catzer

Yess….
Besok saya akan menghadiri Bengkel WordPress anjuran Catzer aka Surfaddict di JOM TRAINING CENTRE kat Bandar Tasik Selatan……Antara laman web yang berkaitan dengan Catzer ialah…..


Manual Newbie

Sememangnya bengkel bina blog dot com dengan menggunakan wordpress kena pada masanya ketika saya masih tercari-cari teknik pembelajaran yang praktikal dalam dunia blogging….Dan paling penting saya dapat belajar dengan salah seorang IM yang terkenal di Malaysia…..InsyaAlah akan ade berlaku perubahan untuk blog saya setelah menghadiri bengkel ini nanti….

Inilah bonus yang diberikan kepada para peserta bengkel :

Bonus Eksklusif 1: Domain dot com dan Hosting

Bonus Eksklusif 2: Komuniti Warga Bengkel WordPress

Bonus Eksklusif 3: 16 Premium Themes WordPress

Bonus Eksklusif 4: 12 Power Series Themes WordPress

Bonus Eksklusif 5: 15,000 Niche Artikel

Bonus Eksklusif 6: Senarai 250 WordPress Plugins

Bonus Eksklusif 7: Video WordPress Unleashed

Nasib CEO waktu ekonomi merudum…..


CEO dakwa diheret isteri ke katil

NEW YORK – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United Technologies, George David berumur 66 tahun mendedahkan di sebuah mahkamah dia diheret oleh isterinya, Marie Douglas-David yang jauh lebih muda ke atas katil tanpa kerelaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya mengingati pada satu ketika dia berada dalam keadaan memaksa dan saya menolaknya,” kata David dalam perbicaraan perceraian dengan isterinya itu yang berumur 36 tahun.

“Adakah itu bukannya kali pertama Marie memaksa anda, adakah itu benar?” kata seorang peguam dalam perbicaraan yang memasuki hari keempat.

“Tidak,” kata David.

“Terdapat pada satu ketika dia menyambar anda dengan lengan dan menarik anda ke katil?” tanya peguam tersebut.

“Ya, kerap kali,” jawab David.

Selepas perbicaraan itu ditangguhkan, isterinya itu menyelar pengakuan David.

“Saya berasa sedih dia tidak berlaku jujur. Saya percaya kepada suami saya,” katanya. – Agensi

Sumber : KOSMO ONLINE !

Lelongan Terlampau…..

Pelajar kolej jual dara di Internet

CARACAL – Seorang pelajar kolej berumur 18 tahun, Alina Percea (gambar) menjual daranya di Internet bagi membiayai yuran pengajian, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun hasrat Alina untuk memperoleh AS$73,557 (RM266,689) masih belum kesampaian setelah bidaan tertinggi yang diperolehinya hanya AS$7,355 (RM26,667).

Gadis dari Caracal, di Olt, Romania itu menyiarkan satu tawaran di sebuah laman web bagi mencari pasangan.

Tawaran yang dikemukakan turut melibatkan hubungan seks tanpa memakai kondom.

“Saya mahu menemui lelaki yang lemah lembut, hormat dan pemurah.

“Saya mempunyai sijil daripada pakar sakit puan yang membuktikan saya masih dara,” kata Alina.

Menurutnya, pemenang bidaan perlu mempunyai sijil kesihatan yang membuktikannya bebas daripada penyakit.

“Lelaki yang berjaya membuktikan sikap pemurah boleh bersama saya pada hujung minggu tetapi dia perlu membayar semua kos termasuk tambang pengangkutan serta kos penginapan,” kata Alina.

Dia berharap lelongan itu akan menemukannya dengan seorang lelaki yang bakal menjadi suaminya. – Agensi

Petikan : akhbar KOSMO