Kempen boikot…..

Wanita Arab boikot kedai pakaian dalam

RIYADH – Sekumpulan wanita Arab Saudi melancarkan kempen memulaukan kedai-kedai menjual pakaian dalam bermula minggu ini.

Pemulauan itu dilakukan bagi memprotes peraturan menempatkan jurujual lelaki di bahagian jualan pakaian dalam wanita.

Jurujual lelaki itu bercakap kepada pelanggan wanita, mencari saiz coli mereka dan menggosok seluar dalam bagi menunjukkan cara membuang kotoran ketika membasuh.

“Apabila saya membeli seluar dalam di Arab Saudi, beberapa jurujual lelaki menyatakan itu bukannya saiz sesuai untuk anda,” kata seorang wanita, Huda Batterjee.

“Anda seperti berasa seseorang mengambil kesempatan terhadap anda. Kenapakah dia (jurujual) melihat saya dengan cara begitu?” soalnya.

Seorang ahli perniagaan wanita, Heba al-Akki yang menyokong pemulauan itu menceritakan caranya membeli seluar dalam.

“Saya pergi ke kedai, memilih seluar dalam dan meninggalkan kedai dengan secepat mungkin. Keadaannya seperti saya membeli barangan haram,” katanya.

Pemulauan itu akan berakhir sehingga jurujual wanita ditempatkan di bahagian pakaian dalam wanita. – AP

Sumber : KOSMO ONLINE

Bertentang Mata Dengan Catzer

Yess….
Besok saya akan menghadiri Bengkel WordPress anjuran Catzer aka Surfaddict di JOM TRAINING CENTRE kat Bandar Tasik Selatan……Antara laman web yang berkaitan dengan Catzer ialah…..


Manual Newbie

Sememangnya bengkel bina blog dot com dengan menggunakan wordpress kena pada masanya ketika saya masih tercari-cari teknik pembelajaran yang praktikal dalam dunia blogging….Dan paling penting saya dapat belajar dengan salah seorang IM yang terkenal di Malaysia…..InsyaAlah akan ade berlaku perubahan untuk blog saya setelah menghadiri bengkel ini nanti….

Inilah bonus yang diberikan kepada para peserta bengkel :

Bonus Eksklusif 1: Domain dot com dan Hosting

Bonus Eksklusif 2: Komuniti Warga Bengkel WordPress

Bonus Eksklusif 3: 16 Premium Themes WordPress

Bonus Eksklusif 4: 12 Power Series Themes WordPress

Bonus Eksklusif 5: 15,000 Niche Artikel

Bonus Eksklusif 6: Senarai 250 WordPress Plugins

Bonus Eksklusif 7: Video WordPress Unleashed