Monthly Archives: March 2009
Mesej Ringkas yang kita terlepas pandang

Signboard di atas amat menarik perhatian saya ketika saya pulang menjenguk nenek saya di Pulau Pinang minggu lepas…..Ianya diambil ketika saya dan keluarga berhenti rehat di R & R Sungai Perak.Mungkin ia telah lama diletakkan di situ namun apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan…..cukup bermakna….
p/s : Sedikit perkongsian ILMU yang elok disebarkan….
Seminar Keusahawanan di Hotel Empress Sepang
Pada 7-8 Mac lepas saya telah menghadiri kursus keusahawan di Hotel Empress Sepang.Seperti yang diri saya sendiri maklum ….apa sahaja bengkel/kursus dan seminar yang berkaitan dengan dunia internet/komputer/motivasi dan keusahawan pastinya akan menarik minat saya untuk menyertainya.Setahun dua ini semacam menjadi keseronokan pada diri saya untuk sentiasa TOP UP ilmu saya setiap hari secara berperingkat….Dan saya lebih gemar untuk menghadiri MAJLIS ILMU yang berbayar pada kadar harga yang berpatutan.Bukan apa kadar kesungguhan dan penjiwaan untuk mendapat ilmu akan lebih berkesan jika ianya dibayar dengan wang hasil titik peluh kita…Percayalah kata-kata saya ini….
Di sini saya ingin kongsikan antara ILMU yang saya dapat dari seminar keusahawanan tersebut.Ia merupakan tiga buah lagu yang bait kata-katanya telah membuatkan hati saya tersentuh dan membangkitkan kesedaran dalam diri saya…..
WARISAN
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
GEMILANG
Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu
Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa
Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar
KU PETIK BINTANG-BINTANG
Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa
Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji
Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan
Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua
Majalah IM – 11
Nampaknya MAJALAH IM pada bulan Mac nie terbit mengikut jadual yang sepatutnya
(on time ).Akan tetapi semasa saya mendapat email dari TEAM FLAREBIZ dan MAJALAH IM
mengenai MAJALAH IM edisi terkini sudah berada di pasaran ketika itu saya sedang bercuti
empat hari pulang menjenguk nenek di PULAU PINANG.Walaupun sibuk menziarah sanak
saudara di sana…..namun suatu malam sebelum tido sempat jugak download ke laptop saya….
Jujur saya katakan saya hanya berkesempatan membacanya tiga hari lepas…..Dan bertambah
baik lagi apabila TIM FLAREBIZ mengadakan pertandingan review untuk MAJALAH IM.Yang
lebih terharu lagi bile mendapat saranan dari LABANON untuk join competition nie….SILA LIHAT CHAT KAT SEBELAH…..
Topik @ tema MAJALAH IM bulan nie adalah memfokuskan kepada perniagaan internet
berasaskan servis secara online.Ni lebih menjurus kepada kepakaran si ZHAFRAN
yang terlibat dalam bidang grafik.
Bertambah seronoknya keluaran MAJALAH IM kali ini ialah apabila memaparkan testimoni
yang saya berikan di ruangan BERITA MAJALAH IM -mukasurat 6 dan mukasurat seterusnya
ada gambar saya ketika menghadiri MINI SEMINAR MAJALAH IM…..hohoho….
Temuramah bersama kartunis UBI juga menarik perhatian saya……ditambah lagi dengan
slot motivasi bersama SHUEQRY memang merangsang semangat dan memberi pengajaran.
Tak lupa juga sebab TIM FLAREBIZ dah berjaya berkongsi pengalaman dengan pelajar
UIA dan UKM.
Kepada para sahabat saya…..amatlah disarankan untuk mendapatkan MAJALAH IM sekarang….!!!!
Pendapatan Pertama Secara Online

Minggu lepas saya telah mendapat email dari MAWARDEE …..
Assalamualaikum / Salam Sejahtera.
Tahniah!!!
Anda telah berjaya mendapat komisen
melalui program affiliate
“Video Tulisan Pro” sebagaimana
berikut :
Jualan : 1
Komisen : RM30
Jumlah Keseluruhan : RM30
Terima kasih kerana mempromosikan
Video Tulisan Pro.
p/s : Suatu permulaan bagi saya untuk meneruskan usaha menjana pendapatan secara online




