Seperti yang kita sedia maklum kini semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mengetahui dunia Pemasaran Internet (Internet Marketing).Di kala ekonomi dunia yang sedang menjalani proses pemulihan…semakin ramai yang menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan tambahan.
Dalam setahun semakin kebelakangan ini ramai individu yang mendapat pendapatan mewah melalui perniagaan internet.Antara inidividu yang telah berjaya mendapat pendapatan LIMA ANGKA sebulan ialah saudara Ammar Zahar.
Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi,Johor dan bakat kepimpinannya membuat beliau menjawat jawatan Ketua Pengawas.Berminat dalam dunia bisnes dan seni menyebabkan beliau terlibat dalam Kelab Keusahawan dan Kelab Kebudayaan.Kini melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Lanskap.
Dengan nawaitu untuk mendapat pendapatan yang hebat demi membantu keluarga …keazaman yang tinggi membuat beliau melihat potensi perniagaan internet untuk menjana pendapatan.Beliau lebih bersemangat dalam menceburi bidang ini setelah membaca buku IRFAN KHAIRI – Rahsia Jutawan Internet Terbongkar.
Membuat kemunculan dengan memberikan report percuma – RAHSIA SQUEEZE PAGE menjadikan mula dikenali dalam dunia bisnes internet.Ebook pertama beliau – RAHSIA NEWBIE produk informasi yang meletop dengan hasil jualan LIMA ANGKA.Diteruskan dengan Koleksi Grafik V2 yang banyak membantu pengguna dalam bidang grafik.Diteruskan dengan produk AFFILIATE A PLUS yang berkaitan dengan pemasaran affiliate.
Dengan hasrat untuk berkongsi kejayaan hebat beliau….mengorak langkah dengan mengadakan Seminar Jutawan Produk Digital di Hotel Renainsane , UNITEN Kajang Selangor.Sedikit video testimoni boleh didapati www.perniagaaninternet.com/blog .
Kini mungkin beliau untuk memberikan ilmu dengan lebih efektif lalu menawarkan servis Personal Coaching pada setiap hari Ahad.Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui ilmu perniagaan internet akan dibongkar dalam sessi Personal Coaching.
Kejayaan beliau adalah antara yang boleh dibanggakan kerana telah menunjukkan hasil ketika usia yang masih muda.Semoga lebih ramai lagi individu bumiputera dan rakyat malaysia amnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini.

Saya tidak berpeluang lagi berjumpa dengan Ammar. Maybe one day..
Wah…lengkap punya review….details betul. siap tau skul mn pe semua…gud review
wah. hebat betul
terima kasih atas review
hehe macam ku pernah baca tentang hal ini di WC. Tapi aku tak join sekaki sebab buat benda lain huhu…