‘PADAM’ hutang – PENGGODAM tawar ceroboh pangkalan data PTPTN

Suatu kisah yang pernah menjadi isu hangat mengenai PTPTN…

KUALA LUMPUR – Sindiket yang didalangi penggodam komputer mendakwa mampu melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam masa kurang 15 minit sahaja.

Dengan mengenakan caj sebanyak AS$600 atau RM2,000 menggunakan bayaran dalam talian, sindiket yang dulunya beroperasi menerusi satu laman web itu kini menukar modus operandi melalui rangkaian siri rangkaian e-mel.

komputer-ptptn-KISAHSENSASIINI antara kandungan e-mel yang diterima dipercayai dihantar oleh pihak yang mendakwa mampu melupuskan hutang pinjaman PTPTN dalam masa 15 minit

Malah mereka memberi jaminan data peribadi peminjam juga tidak akan dapat dikesan oleh PTPTN.

Tawaran itu telah disebarkan melalui satu laman web dialamat www.ptptn.biz sejak awal bulan lepas tetapi ditutup sejak tiga hari lalu setelah operasinya mula dihidu PTPTN.

Bagaimanapun menurut sumber, kegiatan sindiket berkenaan telah bertukar arah dan kini mereka beroperasi pula melalui e-mel.

Malah PTPTN sendiri sudah mengeluarkan kenyataan dalam laman web mereka bahawa ia tiada sebarang kaitan dengan laman web berunsurkan penipuan itu seperti dalam laman web www.ptptn.biz atau yang seumpamanya.

“Pelajar dinasihatkan untuk tidak melayari laman web berunsurkan penipuan sebegini dan merujuk kepada laman web www.ptptn.gov.my sahaja untuk sebarang urusan dan pertanyaan.

lamanweb-ptptn-KISAHSENSASIKEGIATAN penggodam data PTPTN itu turut dibincangkan dalam beberapa forum di Internet

“PTPTN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang urusan selain daripada laman web rasmi di alamat www.ptptn.gov.my,’’ kata kenyataan itu dalam laman web rasmi PTPTN itu.

Biarpun pihak PTPTN sudah mengeluarkan pemberitahuan tersebut, ia hanya diletak di laman web versi Bahasa Inggeris sedangkan notis yang sama tiada pada versi bahasa Melayu.

info-ptptn1-KISAHSENSASI

19 thoughts on “‘PADAM’ hutang – PENGGODAM tawar ceroboh pangkalan data PTPTN

    • tengkiu bro….tengah cari theme yang lebih mantop…..yang penting usaha supaya lebih ramai orang layan blog nie….

  1. Just wanted to say your blog is very good. I always like to hear one thing new about this because I have the similar blog in my Country on this subject so this help´s me a lot. I did a research on a subject matter and discovered a very good variety of blogs but nothing like this.Thanks for sharing so significantly in your blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam