KeKAYAan datang bergolek


BIRCH dan isterinya, Xochi.


TIGA tahun lalu, seorang rakyat Britain, Michael Birch dan isterinya, Xochi dari Amerika Syarikat (AS) menubuhkan sebuah laman jaringan sosial di internet iaitu Bebo dengan kos sebanyak £8,000 (RM51,302).

Kelmarin, kedua-duanya yang merupakan pengasas Bebo menjual laman web itu pada harga £417 juta (RM2.6 bilion) kepada American Online (AOL) milik Time Warner.

Seorang lagi pengasas laman web itu adalah adik Birch, Paul.

Pengambilalihan laman web sosial itu oleh AOL yang merupakan syarikat komputer gergasi AS merupakan satu kisah luar biasa untuk pasangan suami isteri tersebut.

Birch yang berumur 37 tahun yang merupakan seorang pengatur cara komputer berkenalan dengan isterinya di Kolej Imperial di London.

Dia mengikuti pengajian sarjana muda sains dalam bidang fizik di kolej itu pada 1988 hingga 1991.

Dia yang meminati komputer tetapi tidak mempunyai hobi meletakkan jawatan di sebuah syarikat insurans pada 1999 untuk meneruskan mimpinya mengendalikan sebuah firma. Birch dan isterinya kemudian melancarkan laman web Bebo pada Julai 2005 dan ia kini merupakan salah sebuah laman web sosial terbesar di dunia dengan mempunyai anggota lebih 40 juta orang.

LAMAN web Bebo digunakan oleh hampir 40 juta orang muda di seluruh dunia.



Laman web Bebo merupakan hab digital untuk berjuta-juta golongan muda di mana ia menawarkan e-mel, video, gambar, televisyen dan panggilan telefon percuma.

Menerusi laman itu, para pelanggan boleh menyiarkan gambar dan biografi masing-masing dan menyenaraikan perkara yang disukai atau tidak digemari mereka.

Pengguna-pengguna laman web itu juga boleh mereka bentuk laman sendiri dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

Pasangan itu yang tinggal di San Francisco, AS dilaporkan sangat gembira berikutan tindakan AOL mahu membeli laman web Bebo.

Laman web itu adalah antara jaringan sosial di Britain, Ireland dan New Zealand.

Ia berada di tempat ketiga di AS di belakang laman web MySpace dan Facebook.

Birch dilahirkan di Chesnut, Hertfordshire dan dia serta isterinya kini mempunyai dua anak. Walaupun tinggal di San Francisco, Birch masih mempunyai sebuah flat di West London dan menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki Inggeris sejati.

Laman web sosial Bebo itu mempunyai 100 pekerja di England, dan pejabatnya juga terletak di San Francisco dan Austin, Texas.

Setakat ini, dia masih mengekalkan sikap merendahkan diri berikutan penjualan yang tidak diduga itu.

Laman web Bebo juga dikaitkan dengan beberapa siri kejadian bunuh diri di Bridgend, selatan Wales. – Agensi

sumber:kosmo

Jalan-jalan cari BUKU…..

Semalam saya telah mengisi masa offday saya dengan pergi ke PESTA BUKU ANTARABANGSA di PWTC.Seperti biasa saya akan menggunakan pengangkutan awam untuk ke sana – STAR LRT.Saya pergi ke pesta buku tu ditemani dengan adik bongsu saya….apabila tiba di ruang legar pwtc…kami disambut oleh….model SOX @ cheerleader…

cleader-hazmanfadzilmodel S.O.X ( Schol Of X )

Dia promote la produk X PAX tu…tapi edisi untuk student….rasanya HOTLINK ade produk yang same….adelah dekat 2 minit die citer pasal produk tu…at last adik saya setuju untuk…..

sox-celcom-hazmanfadzilSekadar amik gambar dengan die jee…. :)

Terdapat pelbagai jenis poster,kain rentang,banner mahupun iklan berkenaan pesta buku nie…antara yang menarik perhatian saya….

pesta-buku-hazmanfadzilKena teropong mendongak nak baca tulisan….

So perjalanan diteruskan untuk mencari booth yang saya dah plan nak pergi : KARANGKRAF,TELAGA BIRU DAN PTS PUBLISHING….Namun saya terselamat dari suatu ancaman….

signboard-senget-hazmanfadzilSape la yang jadi mangsa signboard nie….suspen jee..

Setelah lebih kurang dua jam ‘window shopping’ maka telah masuk waktu tidor makan….maka rezeki juadah saya pada tengahari tu…

chicken-rice-mahal-hazmanfadzilAlhamdulillah….dapatlah alas perut….

Kemudian perjalanan diteruskan untuk melawati setiap sudut ruang pameran….Namun mata saya tertarik pada seorang jejaka ini…

ik-sign-pukul-3-hazmanfadzilAda sessi autograf bersama IKON dunia internet

Lalu kami tak lepaskan peluang…

gambar-dgn-ik-hbfIn person wiz DR IRFAN KHAIRI…..

Rasa best sangatla dapat bertemu bertentang mata dengan IKON DUNIA INTERNET malaysia.Memang ada aura POSITIF berdamping dengan beliau….Namun penat lelah pergi ke pesta buku nie dileraikan oleh…hmm…

irma-hasni-pwtc-hazmanfadzilSi manis IRMA …..

Hanya itu sahaja gambar IRMA yang boleh saya kongsikan….kalau nak tengok koleksi gambar dia yang seterusnya pastikan anda terus follow blog nie…hehehehe….:)

P/S:Jumpe CATZER aka SURFADDICT kat booth yang sama…die beli buku IK -ekslusif peserta bertuah bengkel wordpressnya…..

Perempuan HEBAT dalam SAINS dan MATEMATIK…


BERBANDING kepercayaan popular, kajian menunjukkan perempuan juga meminati subjek sains dan matematik.


PEREMPUAN suka menulis dan membaca manakala lelaki suka matematik dan sains. Sekurang-kurangnya inilah persepsi stereotaip yang diberikan ramai. Tetapi, mengejutkan, satu tinjauan baru menunjukkan bahawa murid perempuan di sekolah sebenarnya menyukai subjek matematik dan sains lebih daripada seni bahasa.

Para pengkaji di Miami University di Ohio, Amerika Syarikat mengkaji hampir 2,000 kanak-kanak perempuan gred 4 dan gred 8 di sekolah-sekolah awam berhubung minat mereka dalam empat subjek pembelajaran iaitu sains, matematik, seni bahasa (membaca dan mengarang) serta kajian sosial. Mereka diminta menskalakan keempat-empatnya pada kedudukan 1 (sangat tidak minat) sehingga 5 (sangat minat).

Kajian tersebut menunjukkan murid-murid perempuan gred 4 menunjukkan minat yang ketara terhadap mata pelajaran sains dan matematik. Purata mereka dalam menikmati sesebuah subjek ialah seperti berikut:

* 4.11 bagi sains

* 3.85 bagi matematik

* 3.50 bagi seni bahasa

* 3.49 bagi kajian sosial

Bagaimanapun, kajian juga menunjukkan, semakin kanak-kanak perempuan itu membesar, mereka menjadi kurang berminat dengan sains dan matematik. Tahap minat jatuh kepada 3.29 seperti mana yang dicatatkan bagi murid perempuan gred 8.

Tetapi, subjek-subjek itu tidak bersendirian kerana murid-murid ini juga kelihatan kurang berminat pada semua subjek. Subjek kajian sosial juga jatuh kepada 2.91 sahaja.

“Ia masih menunjukkan murid perempuan lebih menyukai subjek sains dan matematik lebih daripada subjek yang lain,” kata seorang daripada kumpulan pengkaji, Jennifer Blue, seorang profesor fizik.

Bagaimanapun, saintis masih tidak tahu kenapa minat murid perempuan terhadap subjek sains dan matematik semakin berkurangan apabila usia mereka meningkat.

Namun, kajian itu mendapati, golongan perempuan masih menunjukkan minat dalam sains walaupun ketika berada di kolej. Sebagai contoh, terdapat lebih ramai perempuan yang mengambil major dalam jurusan botani, mikrobiologi dan zoologi berbanding lelaki di kolej.

sumber:kosmo