ROBOT kanak-kanak



PENCIPTA Child-robot with Biomimetic Body atau CB2 berkata, robot itu secara progresif menunjukkan skil sosial semasa berinteraksi dengan manusia dan boleh menampilkan ekspresi muka.

Matanya yang hitam juga bergerak melihat persekitaran bilik.

“Bayi dan si kecil mempunyai program yang terhad. Jadi, ia mempunyai banyak ruang untuk mempelajari benda-benda baru,” kata seorang profesor dari Universiti Osaka, Minoru Asada sambil diperhatikan oleh CB2 yang seberat 33 kilogram.

Robot itu mempunyai 51 alat penggerak berkuasa udara, lima motor dan 197 alat pengesan sentuhan kulit lembut yang diperbuat daripada silikon. Dengan ketinggian 130 sentimeter, CB2 betul-betul nampak seperti seorang kanak-kanak kecil.

Kumpulan Asada berusaha mengajar android itu cara-cara berfikir seperti bayi yang menggunakan ekspresi wajah untuk berkomunikasi dengan ibu. Kesemua karakter itu dibahagikan kepada perasaan gembira, sedih dan lain-lain.

2 thoughts on “ROBOT kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam