Mini Workshop Mentor Kekayaan dan Kejayaan

Malam semalam saya ke seremban untuk menghadiri MINI WORKSHOP MENTOR KEKAYAAN DAN KEJAYAAN.Penceramahnya ialah DR AZIZAN yang terkenal dengan kajian metafizik mengenai rahsia tarikh lahir.Teknik pengucapan beliau dalam workshop itu memang gempak selebriti astro dan merangsang minda.Dalam masa lebih kurang 4 jam…banyak ilmu yang telah beliau berikan….antara yang saya boleh kongsikan bersama ialah….

Ia adalah mengenai MASA

-Kalau nak tahu apakah ertinya setahun itu….tanya mahasiswa yang kena repeat SEMESTER sebelum tamatkan pengajian.

-Kalau nak tahu apakah ertinya sebulan itu…tanyalah ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan

-Kalau nak tahu apakah ertinya seminggu itu….tanyalah editor MAJALAH MINGGUAN WANITA.

-Kalau nak tahu apakah ertinya sehari itu ….tanyalah individu yang kerja makan gaji harian.

-Kalau nak tahu apakah ertinya sejam itu….tanyalah gadis@jejaka yang menunggu kekasihnya.

-Kalau nak tahu apakah ertinya seminit itu…tanyalah orang yang ketinggalan bas@kapal terbang

-Kalau nak tahu apakah ertinya sesaat itu…tanyalah orang yang terlepas dari kemalangan/kecelakaan

-Kalau nak tahu apakah ertinya nano saat itu…tanyalah pelari pecut OLIMPIK

p/s : anda mungkin pernah terbaca artikel ini di blog yang lain….anggaplah ia sebagai peringatan…cuma apa yang penting fikirkan sejauh mana kita gunakan masa secara optimum ?

Tekanan TEKNOLOGI komputer

Apa yang perlu anda lakukan untuk menangani masalah komputer atau shutter kamera lembap atau akses internet perlahan yang meresahkan?


FAKTOR seperti kualiti talian telefon di rumah juga memainkan peranan terhadap kualiti kelajuan internet. – Gambar hiasan


PERCAYA atau tidak, perkara yang sering menyebabkan stres atau tekanan ketika menggunakan aplikasi teknologi adalah masalah yang kecil dan remeh-temeh, tetapi ada kalanya cukup membuatkan kita hilang sabar?

Kelajuan sering dijadikan ukuran dalam membandingkan keupayaan sesuatu teknologi. Unit pemproses berpusat (CPU), jalur lebar serta kemampuan kamera mengambil gambar sering dijadikan topik perbualan setiap kali teknologi ini dibincangkan.

* Komputer lembap

Terdapat beberapa punca yang membawa kepada permasalahan ini, mengikut penerangan yang dibuat dalam laman web Microsoft. Sebagai contoh, fail-fail yang disimpan dalam komputer anda tidak tersusun, terdapat bermacam-macam perisian yang dimuatkan ke dalam komputer dan terlalu banyak program yang dijalankan serentak sewaktu komputer dihidupkan.

Penyelesaian

Langkah pertama bagi mengembalikan semula prestasi komputer ialah dengan membuangkan program yang tidak perlu. Ia bukan sekadar memakan ruang simpanan komputer malah turut menyebabkan komputer anda memakan masa lebih panjang untuk dihidupkan sepenuhnya.

Klik pada butang Start dan klik pada Control Panel. Kemudian, klik pada ikon Add or Remove Programs. Lihat pada senarai program yang terdapat pada komputer dan pilih program yang tidak dikehendaki lagi. Klik pada butang Remove dan ikuti arahan seterusnya bagi membuang program ini.

Satu kaedah lagi untuk mengurangkan ruang storan ialah dengan menggunakan fungsi yang sedia terdapat pada sistem operasi Windows. Klik pada butang Start, pilih All Programs. Klik pada Accessories dan kemudian pilih System Tools. Anda boleh memilih Disk Cleanup atau Disk Defragmenter bagi memadatkan fail-fail dan mengurangkan penggunaan storan.

Anda juga boleh mengurangkan jumlah program yang dilancarkan sewaktu komputer dihidupkan. Bagi melakukan ini, klik pada butang Start. Kemudian klik pada ikon Run. Taipkan arahan ‘msconfig‘ dan klik Ok. Selepas itu, pilih pada Startup dan pastikan kotak untuk program berkenaan tidak ditandakan. Bagaimanapun, anda masih boleh melancarkan program tersebut secara manual.

* Akses internet perlahan

Tidak banyak yang dapat dilakukan apabila masalah ini berlaku, tambahan lagi jika anda merupakan pengguna akses jalur lebar yang sepatutnya memberikan kelajuan yang memuaskan. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita merasakan pengalaman melayari internet tidak banyak bezanya dengan menggunakan modem 56k 10 tahun lalu.

Penyelesaian

Kita tidak mempunyai kuasa kawalan sebenar terhadap akses internet. Sekiranya anda dapati kelajuan internet di rumah tidak seperti yang dijanjikan (contoh: Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) menawarkan pakej 1Mbps, tetapi anda mendapati kelajuan sebenar hanyalah 700Kbps, buat aduan terhadap kepincangan perkhidmatan ini kepada pihak ISP). Anda boleh mendapatkan laporan kelajuan internet anda daripada pihak ketiga seperti di www.testmy.net atau di www.2wire.com.

Harus diingatkan, faktor seperti kualiti talian telefon di rumah juga memainkan peranan terhadap kualiti kelajuan internet. Talian telefon yang telah berusia lazimnya mempunyai kualiti yang menurun berbanding dengan talian yang baru dipasang.

Sekiranya, talian telefon anda berbunyi bising ketika anda menggunakan telefon sewaktu talian jalur lebar anda digunakan, berkemungkinan terdapat masalah pada talian telefon anda. Anda boleh membuat laporan kepada pihak Telekom bagi mendapatkan gantian kabel telefon.

* Shutter kamera perlahan

Kereta F1 yang dipandu Raikkonen mula memasuki laluan hadapan tempat anda menonton, tetapi sebaik butang ditekan ia mengambil sedikit masa sebelum imej berjaya diambil. Namun saat itu, kereta yang dipandu oleh pemandu kesukaan anda telah pun terlepas dan kamera gagal mengambil gambarnya.

Apabila butang mengambil gambar ditekan pada kamera digital, isyarat dihantar bagi membuka shutter mekanikal bagi membolehkan sensor mengesan kehadiran cahaya yang kemudiannya akan dicas dengan elektron dan seterusnya merakam imej. Imej ini bagaimanapun perlu dihantar kepada unit pemproses imej bagi tujuan pemprosesan dan storan. Ini berlaku apabila anda melihat imej yang dirakam pada skrin kamera. Tempoh yang diambil untuk memproses ini walaupun hanya sekitar 0.5 hingga 1 saat, namun cukup untuk menyebabkan anda terlepas saat yang ingin dirakamkan.

Penyelesaian

Tekan dengan perlahan butang mengambil gambar sebelum saat yang anda ingin rakamkan itu berlaku. Ini akan membolehkan kamera bersedia untuk membuat rakaman. Pilihan lain ialah dengan mendapatkan kamera Digital SLR. Kamera jenis ini walaupun lebih mahal tetapi mempunyai shutter mekanikal dan pemproses imej yang lebih laju dan boleh mengurangkan masa pemprosesan.

Sumber:kosmo