Monthly Archives: April 2009

Penangan SUSAN DOYLE….

Nampaknya semenjak SUSAN DOYLE telah menjadi suatu kegilaan dalam cari video youtube….rancangan realiti BRITAIN GOT TALENT telah mewujudkan suatu chanel khas untuk episod yang telah disiarkan di youtube….kehebatan bakat dalam rancangan yang ada dalam BRITAIN GOT TALENT masih lagi mengatasi AMERICAN GOT TALENT ditayangkan di siaran televisyen di negara kita…….

Saya kongsikan satu bakat yang mungkin biasa kita lihat yang amat mengkagumkan para juri BRITAIN GOT TALENT….

Tonton YouTube tanpa URL

BAGAIMANA untuk menyimpan video yang digemari daripada laman web YouTube?

youtube Tonton YouTube tanpa URL

Ramai yang bertanyakan kaedah melakukan aktiviti mengumpul video melalui laman web video itu namun jangan risau kerana ada jalan mudah bagi penyelesaiannya melalui beberapa langkah di bawah.

1. Pastikan anda mempunyai ‘browser’ Mozilla Firefox (kalau tak ada sila pindah turun dulu).

2. Sila lihat ikon kelima di bahagian atas browser iaitu ‘Tool’ (yang ditanda merah).

3. Klik pada perkataan ‘Add-on‘.

4. Anda akan lihat menu seperti di bawah. Langkah seterusnya ialah mengklik ayat ‘Browse All Add-ons‘ pada ruangan kanan menu.

5. Kemudian, anda akan dibawa ke satu laman URL https://addons.mozilla.org/en-US/firefox seperti rajah di bawah.

6. Cari ikon Video DownloadHelper: Download Management di bahagian paling kanan dan klik pada ‘link’ terbabit.

7. Selepas mendapati laman web seperti di bawah, pengguna perlu mengklik ikon ‘Add To Firefox‘ berkotak hijau. Fungsi DownloadHelper membolehkannya bertindak sebagai perkakas untuk menyimpan video dan imej dari pelbagai laman web.

8. Sebaik ikon di bawah diklik, ia akan mengambil masa beberapa saat untuk pindah turun perkakas terbabit sebelum pengguna diminta ‘restart‘ browser anda.

9. Pengguna akan dimaklumkan kejayaan memindah turun perkakasan.

10. Langkah seterusnya ialah membuka laman web YouTube dan cari mana-mana video kegemaran. Selepas itu, anda akan mendapati ikon kecil seperti yang ditandakan bulatan merah.

11. Selepas mengklik ikon terbabit, anda akan mendapati ia disalin beberapa saat ke fail tertentu.

12. Seterusnya anda perlu memindah turun pemain untuk memulakan video kerana ia adalah format .FLV yang hanya boleh digunakan melalui pemain tertentu dan bukan pemain biasa seperti Windows Media Player atau Quicktime.

13. Pindah turun pemain FLV 2.0 dengan ‘save file’ seperti gambar rajah sebelum proses pindah turun yang mengambil masa beberapa minit.

14. Ikon pemain FLV 2.0 akan didapati secara automatik di desktop pengguna.

15. Anda boleh membuka video disimpan tadi yang kebiasaannya didapati di My Computer – C:\Documents and Settings\dwhelper.

sumber:harian metro

Mini Workshop Mentor Kekayaan dan Kejayaan

Malam semalam saya ke seremban untuk menghadiri MINI WORKSHOP MENTOR KEKAYAAN DAN KEJAYAAN.Penceramahnya ialah DR AZIZAN yang terkenal dengan kajian metafizik mengenai rahsia tarikh lahir.Teknik pengucapan beliau dalam workshop itu memang gempak selebriti astro dan merangsang minda.Dalam masa lebih kurang 4 jam…banyak ilmu yang telah beliau berikan….antara yang saya boleh kongsikan bersama ialah….

Ia adalah mengenai MASA

-Kalau nak tahu apakah ertinya setahun itu….tanya mahasiswa yang kena repeat SEMESTER sebelum tamatkan pengajian.

-Kalau nak tahu apakah ertinya sebulan itu…tanyalah ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan

-Kalau nak tahu apakah ertinya seminggu itu….tanyalah editor MAJALAH MINGGUAN WANITA.

-Kalau nak tahu apakah ertinya sehari itu ….tanyalah individu yang kerja makan gaji harian.

-Kalau nak tahu apakah ertinya sejam itu….tanyalah gadis@jejaka yang menunggu kekasihnya.

-Kalau nak tahu apakah ertinya seminit itu…tanyalah orang yang ketinggalan bas@kapal terbang

-Kalau nak tahu apakah ertinya sesaat itu…tanyalah orang yang terlepas dari kemalangan/kecelakaan

-Kalau nak tahu apakah ertinya nano saat itu…tanyalah pelari pecut OLIMPIK

p/s : anda mungkin pernah terbaca artikel ini di blog yang lain….anggaplah ia sebagai peringatan…cuma apa yang penting fikirkan sejauh mana kita gunakan masa secara optimum ?

Tekanan TEKNOLOGI komputer

Apa yang perlu anda lakukan untuk menangani masalah komputer atau shutter kamera lembap atau akses internet perlahan yang meresahkan?

in 02.1 Tekanan TEKNOLOGI komputer

FAKTOR seperti kualiti talian telefon di rumah juga memainkan peranan terhadap kualiti kelajuan internet. – Gambar hiasan


PERCAYA atau tidak, perkara yang sering menyebabkan stres atau tekanan ketika menggunakan aplikasi teknologi adalah masalah yang kecil dan remeh-temeh, tetapi ada kalanya cukup membuatkan kita hilang sabar?

Kelajuan sering dijadikan ukuran dalam membandingkan keupayaan sesuatu teknologi. Unit pemproses berpusat (CPU), jalur lebar serta kemampuan kamera mengambil gambar sering dijadikan topik perbualan setiap kali teknologi ini dibincangkan.

* Komputer lembap

Terdapat beberapa punca yang membawa kepada permasalahan ini, mengikut penerangan yang dibuat dalam laman web Microsoft. Sebagai contoh, fail-fail yang disimpan dalam komputer anda tidak tersusun, terdapat bermacam-macam perisian yang dimuatkan ke dalam komputer dan terlalu banyak program yang dijalankan serentak sewaktu komputer dihidupkan.

Penyelesaian

Langkah pertama bagi mengembalikan semula prestasi komputer ialah dengan membuangkan program yang tidak perlu. Ia bukan sekadar memakan ruang simpanan komputer malah turut menyebabkan komputer anda memakan masa lebih panjang untuk dihidupkan sepenuhnya.

Klik pada butang Start dan klik pada Control Panel. Kemudian, klik pada ikon Add or Remove Programs. Lihat pada senarai program yang terdapat pada komputer dan pilih program yang tidak dikehendaki lagi. Klik pada butang Remove dan ikuti arahan seterusnya bagi membuang program ini.

Satu kaedah lagi untuk mengurangkan ruang storan ialah dengan menggunakan fungsi yang sedia terdapat pada sistem operasi Windows. Klik pada butang Start, pilih All Programs. Klik pada Accessories dan kemudian pilih System Tools. Anda boleh memilih Disk Cleanup atau Disk Defragmenter bagi memadatkan fail-fail dan mengurangkan penggunaan storan.

Anda juga boleh mengurangkan jumlah program yang dilancarkan sewaktu komputer dihidupkan. Bagi melakukan ini, klik pada butang Start. Kemudian klik pada ikon Run. Taipkan arahan ‘msconfig‘ dan klik Ok. Selepas itu, pilih pada Startup dan pastikan kotak untuk program berkenaan tidak ditandakan. Bagaimanapun, anda masih boleh melancarkan program tersebut secara manual.

* Akses internet perlahan

Tidak banyak yang dapat dilakukan apabila masalah ini berlaku, tambahan lagi jika anda merupakan pengguna akses jalur lebar yang sepatutnya memberikan kelajuan yang memuaskan. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita merasakan pengalaman melayari internet tidak banyak bezanya dengan menggunakan modem 56k 10 tahun lalu.

Penyelesaian

Kita tidak mempunyai kuasa kawalan sebenar terhadap akses internet. Sekiranya anda dapati kelajuan internet di rumah tidak seperti yang dijanjikan (contoh: Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) menawarkan pakej 1Mbps, tetapi anda mendapati kelajuan sebenar hanyalah 700Kbps, buat aduan terhadap kepincangan perkhidmatan ini kepada pihak ISP). Anda boleh mendapatkan laporan kelajuan internet anda daripada pihak ketiga seperti di www.testmy.net atau di www.2wire.com.

Harus diingatkan, faktor seperti kualiti talian telefon di rumah juga memainkan peranan terhadap kualiti kelajuan internet. Talian telefon yang telah berusia lazimnya mempunyai kualiti yang menurun berbanding dengan talian yang baru dipasang.

Sekiranya, talian telefon anda berbunyi bising ketika anda menggunakan telefon sewaktu talian jalur lebar anda digunakan, berkemungkinan terdapat masalah pada talian telefon anda. Anda boleh membuat laporan kepada pihak Telekom bagi mendapatkan gantian kabel telefon.

* Shutter kamera perlahan

Kereta F1 yang dipandu Raikkonen mula memasuki laluan hadapan tempat anda menonton, tetapi sebaik butang ditekan ia mengambil sedikit masa sebelum imej berjaya diambil. Namun saat itu, kereta yang dipandu oleh pemandu kesukaan anda telah pun terlepas dan kamera gagal mengambil gambarnya.

Apabila butang mengambil gambar ditekan pada kamera digital, isyarat dihantar bagi membuka shutter mekanikal bagi membolehkan sensor mengesan kehadiran cahaya yang kemudiannya akan dicas dengan elektron dan seterusnya merakam imej. Imej ini bagaimanapun perlu dihantar kepada unit pemproses imej bagi tujuan pemprosesan dan storan. Ini berlaku apabila anda melihat imej yang dirakam pada skrin kamera. Tempoh yang diambil untuk memproses ini walaupun hanya sekitar 0.5 hingga 1 saat, namun cukup untuk menyebabkan anda terlepas saat yang ingin dirakamkan.

Penyelesaian

Tekan dengan perlahan butang mengambil gambar sebelum saat yang anda ingin rakamkan itu berlaku. Ini akan membolehkan kamera bersedia untuk membuat rakaman. Pilihan lain ialah dengan mendapatkan kamera Digital SLR. Kamera jenis ini walaupun lebih mahal tetapi mempunyai shutter mekanikal dan pemproses imej yang lebih laju dan boleh mengurangkan masa pemprosesan.

Sumber:kosmo

Panggilan PERCUMA menerusi WIFI di telefon bimbit

SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.
Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Anda boleh membuat pertanyaan mengenai artikel ini melalui SMS dengan menaip: AZLI hantar ke DAPAT|32728

sumber:harian metro