Selepas IBM hasilkan komputer kalahkan juara catur dunia
WASHINGTON: IBM yang kini memiliki komputer mampu mengalahkan pemain terbaik catur dunia, mengumumkan akan membangunkan komputer yang mampu menyaingi manusia dalam rancangan kuiz televisyen popular Amerika Syarikat, Jeopardy!.
IBM berkata, saintisnya berusaha hampir dua tahun menyiapkan sistem komputer yang dikenali sebagai ‘Watson’ sempena nama pengasas IBM, Thomas Watson.
Katanya, saintis mereka percaya ‘Watson’ mampu bersaing dalam Jeopardy!, sebuah rancangan televisyen di mana pesertanya perlu menyediakan soalan berdasarkan jawapan mengenai sejarah, kesusasteraan, politik, filem, budaya pop dan sains.
IBM berkata, Jeopardy! akan memberi cabaran kepada sistem komputer kerana pembayang diberikan kepada peserta manusia membabitkan analisis, ironi, teka-teki dan masalah lain.
“Asas membuat keputusan adalah mengenali paten dalam pelbagai jumlah data, membuat pilihan dan opsyen serta maklum balas yang cepat dan tepat,” kata Pengerusi IBM, Samuel Palmisano.
“Watson akan mereka semua perkara ini dalam masa beberapa saat di mana ia mampu menyaingi manusia, yang mempunyai keupayaan untuk mengetahui apa yang mereka tahu dalam masa kurang sesaat,” kata IBM.
Sebuah komputer IBM dinamakan Deep Blue mengalahkan juara catur dunia, Garry Kasparov dalam satu pertandingan antara mesin dan manusia pada 1997.
Membangunkan sebuah komputer untuk bersaing dalam Jeopardy! bagaimanapun disifatkan paling sukar berbanding mengalahkan juara terkemuka catur dunia. ? AFP
-bharian
p/s : layan video menarik nie…
ingat lagi gameb chess tuh hehe
untuk game show nie….kita tengok sape lak yang menang