Dimensi PEMBESAR SUARA

Apakah sistem pembesar suara yang sesuai dengan keperluan anda?

in 03.1 Dimensi PEMBESAR SUARA

SONIC Gear adalah pembesar suara multimedia yang menggunakan jumlah kuasa 20 watt.


HARI ini, kebanyakan komputer riba mempunyai alat pembesar suara dalaman. Sekalipun anda bukan seorang yang menitikberatkan output audio daripada perisian yang ditawarkan, sekurang-kurangnya pastikan komputer yang dibeli mempunyai bahagian pemasangan untuk sistem pembesar suara luaran.

Jika pembesar suara dalaman tidak begitu elok, anda masih mempunyai alternatif lain seperti mendapatkan sistem pembesar suara sampingan yang berkualiti.

Hari ini kita dapat melihat trend penggunaan komputer riba nipis semakin mendapat sambutan. Namun, kebanyakannya tidak menyediakan sistem pembesar suara.

Banyak laman sesawang pengkomputeran juga menyarankan supaya setiap pembeli menilai semula keperluan sama ada mementingkan komputer riba yang nipis, audio yang baik atau dari segi nilai wang.

Dunia komunikasi Internet menyaksikan pengguna menggunakan alat pembesar suara bagi mendapatkan audio yang lebih jelas dan lancar. Pembesar suara sistem Art Dio, mudahkan anda melakukan pelbagai aktiviti termasuklah membuat panggilan telefon. Skype adalah salah satu daripada perkhidmatan yang disokong oleh alat ini.

in 03.2 Dimensi PEMBESAR SUARA

PEMBESAR suara sistem Art Dio, mudahkan anda melakukan pelbagai aktiviti termasuk membuat panggilan telefon.


Dengan menggunakan USB 2.0, anda hanya perlu menjawab panggilan yang diterima atau dibuat melalui Skype dan bercakap menerusi pembesar suara sistem Art Dio tanpa masalah. Jika mahu perbualan yang lebih peribadi, pasangkan fon telinga.

Bersaiz kecil, pembesar suara sistem Art Dio mampu memainkan hampir semua jenis audio dan bunyi dengan baik. Bagaimanapun, Jason Chong, Penyelia di Thunder Match Technology Sdn. Bhd. berkata, ia sesuai disambungkan pada komputer riba berbanding komputer meja.

Dengan kuasa dua watt, pembesar suara itu mempunyai ciri-ciri seperti Winamp dan media, kebolehan memainkan muzik secara automatik, berhenti seketika semasa menerima panggilan kedua dan sesuai digunakan untuk panggilan secara berkumpulan atau persidangan.

Di Thunder Match Technology, produk itu dijual dalam pilihan warna hitam geliga, putih dan perak.

Selain itu, pengguna juga boleh membuat pilihan lain seperti pembesar suara Altec Lansing BXR 1120. Ia memiliki kualiti stereo yang cukup memuaskan. Ia sesuai digunakan dalam permainan komputer, menonton filem atau mendengar muzik dari komputer. Tanpa perlu menceraikan pemasangan wayar pada komputer, sambungkan alat pemain MP3.

in 03.3 Dimensi PEMBESAR SUARA

ALTEC Lansing BXR 1120 memiliki kualiti stereo yang sesuai untuk permainan, menonton filem atau mendengar muzik daripada komputer.


in 03.4 Dimensi PEMBESAR SUARA



Altec Lansing BXR 1120 juga boleh digunakan bersama iPod dan dikeluarkan dalam kuasa 3 watt serta 6 watt.

Satu lagi pembesar suara individu yang dicadangkan oleh Jason ialah Sonic Gear model Morro 210. Sonic Gear yang mendukung tema, Trust Your Ears sememangnya menekankan kepentingan yang tinggi apabila menyentuh tentang khidmat pendengaran yang terbaik.

Daripada beberapa siri sistem pembesar suara yang disediakan, umpamanya Spectra, Tatoo dan Morro, Morro 210 daripada Sonic Gear adalah pembesar suara multimedia yang menggunakan jumlah kuasa 20 watt. Ia juga memiliki ciri-ciri woofer atau tambahan spesifikasi kawalan audio.

Spektrum audionya penuh dan gangguan pendengaran adalah kurang daripada dua peratus. Selain komputer, pemain cakera video, cakera padat dan MP3 adalah antara medium yang boleh disambungkan pada Sonic Gear model Morro 210.

-kosmo

272 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam