TEKNIK hilangkan NERVOUS @ gementar

Kali ni saya ingin berkongsi satu tips semasa menghadiri
temuduga. Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau
gugup/gemuruh semasa menghadiri temuduga kelak. Apa yang
anda perlu buat sekiranya nervous adalah:

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga,
pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang
dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa -
fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan
terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan
memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila
anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan
meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang
seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik
nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan
juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda
akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk
membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah
menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel
penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau
rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi
lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan
tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus
berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda
akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

Itu sajalah tips dari saya untuk menghilangkan rasa
nervous, gugup atau pun gemuruh semasa temuduga nanti.

Sekian tips dari Kerja-kerajaan.com




Kesan Kegawatan Ekonomi Global..

Tanpa diduga krisis kegawatan ekonomi seperti yang pernah
berlaku pada tahun 1998 berulang kembali.Tapi kegawatan
ekonomi
GLOBAL yang melanda ini bukan seperti yang berlaku
pada tahun 1998 yang hanya melibatkan Asia saja, tetapi
ianya lebih menakutkan di mana ianya melibatkan seluruh
dunia! Ya, amat menakutkan!

Dengan krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini,
Malaysia tidak terkecuali turut menerima kesannya. Ianya
bakal menyaksikan beratus-ratus ribu pekerja diberhentikan .
Apakah nasib mereka seterusnya bagi menyara kehidupan
mereka dan juga keluarga mereka…Sungguh kasihan.

Akan tetapi

Anda Tidak Akan Alami Hal Itu Jika Anda Bekerja di Sektor
Awam!!Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan
kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian
pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin parah
sekiranya kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan
kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar
bagi sesiapapun untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta
terutamanya sektor pembuatan. Dan kerana inilah sebabnya
mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan
tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak
KELEBIHANNYA

Akan tetapi adakah mudah untuk memasuki pekerjaan di sektor
awam?Amat sukar sebenarnya lebih-lebih lagi ketika zaman
ekonomi meleset ini yang menyaksikan persaingan memasuki
pekerjaan di sektor awam amat sengit.

Akan tetapi, saya membawa berita baik untuk anda mengenai
bagaimana untuk memasuki sektor awam. Apa yang perlu anda
hadapi terlebih dahulu untuk mendapatkan kerja di sektor
awam
adalah MELALUI TEMUDUGA SPA terlebih dahulu. Jika anda
ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk melepasi
temuduga SPA ini,

Dapatkan info selanjutnya DI SINI
seterusnya.

Salam Sukses,