Gangguan sindrom INTERNET

Individu yang ketagih Internet akan menjalani kehidupan terasing, menderita keletihan dan menyisihkan diri.

ke 01.1 Gangguan sindrom INTERNET

DI sebuah kafe internet di Seoul, Korea Selatan, beberapa orang terbunuh kerana permainan video secara dalam talian.


ADAKAH anda geram atau marah kerana tidak dapat melayari Internet? Jika ya, maka anda memiliki sindrom iaitu ketagihan Internet.

Ketagihan Internet kini sudah menjadi isu kesihatan umum yang serius dan mesti segera ditangani bagi memastikan anak-anak anda tidak terjebak di dalamnya.

Menurut pakar psikiatri, sindrom ini dikenali sebagai gangguan klinikal terhadap mereka yang begitu asyik dengan Internet.

Dr. Jerald Block, salah seorang penulis dalam American Journal of Psychiatry, berkata, individu yang gemar bermain permainan komputer, melayari laman web lucah atau pornografi, menghantar emel dan sebagainya telah dikenal pasti sebagai mengalami punca gangguan kompulsif-impulsif ini.

Mereka yang ketagih Internet mempunyai empat komponen utama iaitu:

1. Menggunakan Internet secara berlebihan sehingga tiada masa untuk menjalani kehidupan normal.

2. Sering menyisihkan diri daripada orang ramai termasuk bersikap pemarah apabila komputer tidak boleh digunakan.

3. Memerlukan komputer yang lebih baik, lebih banyak perisian atau lebih banyak masa diperlukan untuk melayari Internet.

4. Mengalami kesan negatif termasuk sering bergaduh, menipu, tidak mencapai kejayaan, mengasingkan diri daripada aktiviti sosial dan sering keletihan.

Kajian kes utama ialah Korea Selatan yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai menggunakan jalur lebar di dunia.

Dr. Block mengetahui perkara itu selepas 10 orang didapati mati akibat darah beku di dalam otak kerana duduk menghadap komputer dalam jangka waktu yang lama.

ke 01.2 Gangguan sindrom INTERNET



Di sebuah kafe Internet pula, beberapa orang lagi terbunuh kerana permainan video secara dalam talian. Ini menyebabkan kerajaan Korea Selatan menganggap ketagihan Internet sebagai salah satu masalah kesihatan umum yang serius.

Kerajaan menganggarkan bahawa sekitar 210,000 kanak-kanak di Korea Selatan mengalami sindrom ketagihan Internet dan perlu menjalani rawatan.

Kira-kira 80 peratus daripada jumlah tersebut mungkin memerlukan rawatan otak dan suku daripadanya harus menerima rawatan di hospital.

Dr. Block yang merupakan pakar psikiatri di Universiti Oregon Health & Science di Portland menulis bahawa kadar gangguan adalah lebih sukar dianggarkan di Amerika Syarikat (AS) kerana mereka cenderung melayari Internet di rumah berbanding di kafe.

Tetapi dia percaya terdapat kes-kes yang sama berlaku di AS. Katanya: “Malangnya mereka yang mengalami ketagihan Internet menentang atau enggan menjalani rawatan menyebabkan mereka berdepan risiko yang signifikan.”

Ujar Dr. Block, beliau tidak percaya dengan laman-laman web spesifik seperti Facebook atau YouTube yang dianggap bertanggungjawab terhadap kes ini.

“Perhubungan adalah dengan komputer. Pertama, ia menjadi satu signifikan kepada mereka. Kedua, mereka meletihkan emosi yang boleh dilalui dalam dunia sebenar komputer menerusi pelbagai mekanisme seperti e-mel, permainan video dan laman pornografi.

Ketiga, penggunaan komputer secara tidak langsung mengambil masa-masa berharga dalam kehidupan mereka. Kemudian, jika anda cuba menghindari tabiat tersebut, ini akan mengakibatkan mereka kehilangan ‘kawan baik’ sendiri, komputer,” jelas Dr. Block.

Harry Husted, seorang lelaki bujang berusia 51 tahun dari New York, menghabiskan masa 16 jam sehari untuk melayari Internet.

Dia menegaskan bahawa dia bukan seorang yang ketagih Internet, tetapi mengakui sudah biasa dengan situasi tersebut.

ke 01.3 Gangguan sindrom INTERNET

LAMAN web porno, permainan, perjudian dan perbualan dengan rakan-rakan lebih popular di Amerika Syarikat berbanding di negara lain. – Gambar hiasan



“Saya perlu bekerja menggunakan komputer selama lapan jam. Kemudian apabila pulang ke rumah, saya akan melayari Internet selama tujuh atau lapan jam lagi. Saya akan berjaga sehingga pukul dua atau tiga pagi dan hanya akan tidur apabila sudah mengantuk.

“Saya tidak keluar membeli barang keperluan dan saya tidak peduli tentang kawan-kawan, televisyen atau apa-apa sahaja. Selepas beberapa ketika, saya menyedari apa yang berlaku dan membuat sesuatu untuk mengatasinya. Kini, saya menggunakan MySpace hanya untuk mengiklankan perniagaan saya.”

Klinik ketagihan Internet telah banyak diadakan di seluruh dunia dalam percubaan untuk menghentikan tabiat individu yang terbabit.

Ramai orang telah bertukar dengan ketara tanpa ironi kepada laman web lembaga perbincangan dengan nama seperti Internet Addicts Anonymous.

Pusat untuk Internet Addiction Recovery di Bradford, Pennsylvania mengatakan ketagihan Internet telah berkembang menjadi isu sah dalam jenayah, perceraian dan kes-kes pekerjaan.

Ia turut menawarkan servis rundingan kepada peguam-peguam bagi menyelesaikan pelbagai kes yang ada.

Robert Freedman, Pengarang American Journal of Psychiatry berkata, pernyataan terhadap ketagihan mungkin boleh dipelbagaikan.

“Di Korea, ia kelihatan lebih utama terhadap laman-laman web permainan manakala di AS, ia seperti Facebook. Ia adalah mengenai porno, permainan, perjudian dan perbualan dengan rakan-rakan. Semua perkara ini telah wujud sebelum ini, tetapi kini ia lebih mudah.”

Bagi mengatasi ketagihan, Freeman memberi nasihat berikut: “Kumpulan bantuan persendirian mungkin tempat untuk memulakannya. Mungkin anda boleh menggantikan talian secara berkumpulan dengan sesuatu yang realiti (perbincangan). – Dpa




322 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam