MINTA SEDEKAH bina masjid depan bank memalukan Islam

PERTUBUHAN tertentu yang mendakwa ada kaitan dengan Islam didapati menempatkan ahlinya berkeliaran di bank untuk memungut derma dan meraih simpati pelanggan bank di pintu masuk bank. Tindakan ini menjejaskan imej umat Islam yang seolah-olah Islam menggalakkan kita meminta sedekah walaupun tujuannya baik iaitu meminta sumbangan untuk menampung membina masjid atau surau tertentu.

Agama Islam tidak menggalakkan kita meminta tidak ubah seperti meminta sedekah lebih-lebih lagi untuk membina rumah Allah kerana ada cara yang lebih bermaruah serta lebih beradab untuk kita meminta bantuan dan bukannya menghantar pelajar atau orang yang berpakaian jubah tunggu di pintu bank.

Kalau dulu mereka menggunakan anak yatim tetapi kini berubah iaitu orang dewasa berjubah pula untuk meraih simpati orang ramai. Jangan cemarkan nama baik Islam kerana Islam itu bersih dari unsur negatif dan hanya menggalakkan pendermaan melalui saluran yang lebih bermaruah serta ikhlas dari tercemar daripada perbuatan sedekah meminta sedekah di tempat awam.

Kita mempunyai kaedah moden melalui internet dan juga mintalah bantuan daripada institusi zakat atau pun dermawan Islam serta melalui koperasi pertubuhan dengan membuka perniagaan tertentu.

Kita renung sejenak di mana tidak nampak pun tok sami atau mubaligh Kristian berkeliaran di pintu bank kerana mereka ini tahu bahawa institusi agama mereka mesti dipelihara daripada imej buruk ataupun negatif daripada pandangan umum.

Dalam ajaran al-Quran serta beberapa hadis ada menerangkan dan melarang keras umat islamnya meminta-minta secara keterlaluan melainkan jika tiada sumber lain lagi kaedah yang boleh diusahakan yang dianggap sebagai darurat.

Diharap jabatan agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat memberi garis panduan serta membuat pemantauan. Jangan biarkan atau menggalakkan umat Islam menjadi ‘jaga’ pintu bank dengan mempamerkan surat simpati meminta bantuan daripada orang awam yang lalu lalang di situ kerana saya perhatikan bukan satu pertubuhan berbuat demikian tetapi sudah ramai berkeliaran di hadapan bank. Pergilah ke mana-mana bank yang mempunyai ramai pelanggan sudah tentu mereka ini berada di situ.

-bharian




153 total views, 1 views today

Comments

  1. says

    Memang menjadi kebiasaan sesetengah pihak menyalahgunakan kebaikan dan kemurnian rakyat Malaysia.

    Orang kita kan pemurah?

  2. says

    YESS…..kat bank islam memang ramai…ye la sebab rata2 pengguna bank islam dah sah bangsa melayu beragama islam kan….so pada diorang lebih mudah untuk mintak simpati….

  3. says

    bende2 camni xtau sama ada tipu ke btol..
    nak bg kang, kayakan sindiket tu lak..
    kalo x bg derma, xde la pahala..
    jalan terbaik, stiap kali solat kt masjid atau surau,
    masuk je duit dlm tabung kt situ.. lebih afdal..
    dapat pahala solat kat situ, n dpt lg pahala menderma utk masjid..
    kan? kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam