Terasa penat selepas sehari suntuk menghadap komputer? Apa kata kita lakukan yoga untuk merehatkan tubuh?
HAMPIR setiap hari mereka yang bekerja di pejabat pasti menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer atau bermesyuarat.
Tanpa disedari, bebanan tekanan pada tulang belakang akhirnya membuatkan kita berasa tidak selesa dan mengalami masalah tulang belakang yang kaku.
Disebabkan itu, berikut disertakan beberapa kedudukan yoga yang boleh dipraktikkan di pejabat biarpun di atas sebuah kerusi.
Perhatian: Jika anda menderita sebarang jenis penyakit atau kecederaan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan teknik-teknik kedudukan yoga yang disyorkan tadi. Pastikan anda berlatih di bawah pemantauan seorang instruktor yang bertauliah.
1. Seated chair forward bend

Manfaat:
* Regangkan keseluruhan bahagian belakang anda dengan memberikan sedikit ruang di antara vertebra
* Melegakan rasa kaku pada bahagian belakang
Langkah-langkah:
* Duduk di atas kerusi. Sekiranya kerusi terlalu tinggi, letakkan blok di bawah tapak kaki.
* Tarik nafas dan luruskan bahagian tulang belakang.
* Hembuskan nafas dan bongkokkan tubuh seperti dalam gambar. Letakkan bahagian dada atas paha.
* Biarkan tangan berada di posisi dalam gambar dan rehatkan bahu anda. Tundukkan kepala bagi merehatkan bahagian tengkuk.
* Pastikan punggung di atas kerusi dan tarik nafas seperti biasa. Kekalkan dalam posisi tersebut selama tiga minit.
Nota:
Jika perlu, letakkan lipatan selimut di atas paha untuk merehatkan tubuh.
2. Simple twist with chair

Manfaat:
* Melembutkan otot-otot tulang belakang
* Melegakan rasa kaku pada bahagian belakang, tengkuk dan bahu.
Langkah-langkah:
* Duduk di atas kerusi dengan sebelah badan menghala ke arah belakang kerusi. Rapatkan bahagian lutut dan kaki seperti dalam gambar.
* Tarik nafas dan luruskan tulang belakang. Pegang bahagian penyandar kerusi.
* Hembus nafas dan pusingkan tubuh ke kanan dan alihkan pandangan anda ke bahu kanan.
* Gunakan tangan untuk membantu anda memusingkan tubuh. Tolak sisi kanan kerusi jauh dari tubuh anda sementara badan didekatkan dengan sisi kiri.
* Kekal dalam kedudukan itu selama seminit dan ulangi pada sebelah tubuh lagi.

-kosmo
Lengkap betul panduan yoga mu nie…
kadang2 dok mengadap komputer pn xelok gak kan….masyuk sekli
tapi sakit berkali pun tak guna
betul tu….. kena selalu amik masa untuk relax badan kita nie….
wahhh this one nice….^^
yeah u can try it….
Emm, blh try ni..
nampak mcm menarik..
amalkan lah yoga untuk kesihatan kita semua…
Emm, ko dah penah try ke??
best x?