Program E-DISPLIN patut diperluas

PERTAMA kali mendengar cerita e-Disiplin, saya membayangkan aplikasi pengurusan disiplin berasaskan web, seperti digunakan kebanyakan sekolah elit. Ibu bapa boleh melihat perihal disiplin anak menerusi laman web sekolah, manakala sekolah pula berhubung dengan ibu bapa menerusi e-mel. Memang tidak menarik. 

Namun, apabila berita e-Disiplin yang dijadikan projek rintis oleh Kementerian Pelajaran di beberapa sekolah, sedikit sebanyak ia menarik minat saya.

Saya berhubung dengan sebuah sekolah perintis. Tidak puas hati dengan perbualan menerusi telefon antara saya dan guru disiplin sekolah berkenaan, saya berkunjung sendiri ke sana. Saya diberi penerangan ringkas mengenai kesan positif e-Disiplin kepada pelajar. 

Justeru, saya mencadangkan kepada pengetua sekolah anak saya supaya menggunakan e-Disiplin. Atas persetujuan pengetua, saya menghubungi Muhamad Harun (pereka e-Disiplin) untuk mendapatkan salinan aplikasi e-Disiplin.

Bagaimanapun, disebabkan beliau bertugas di Pahang, saya dibenarkan membuat salinan aplikasi itu daripada sekolah perintis berhampiran.

Selepas lebih kurang lapan bulan menggunakan e-Disiplin, keadaan pelajar banyak berubah. Masalah disiplin semakin berkurangan. Jika dulu pelajar sering merayau-rayau pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P), kini tidak lagi.

Pakaian pelajar semakin kemas dan mereka semakin mematuhi peraturan sekolah.

Guru pula boleh memberi tumpuan lebih terhadap proses P&P. Ternyata, e-Disiplin membantu mengurangkan masalah disiplin.

Jutaan terima kasih kepada Muhamad atas kreativiti dan inovasi menghasilkan e-Disiplin. Jika e-Disiplin diperluaskan ke semua sekolah, tentu ia akan membentuk sejarah baru dalam dunia pendidikan Malaysia

-surat pembaca bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam