Tetikus SlimBlade


TETIKUS SlimBlade mempunyai fungsi dua dalam satu.



TETIKUS SlimBlade Trackball Kensington ialah dua tetikus dalam satu. Dilengkapi dengan teknologi laser, pengguna boleh memadankan ia pada komputer dan menggunakan bola skrol pada tetikus untuk skrol tanpa batasan.

Bagi yang tidak suka teknik skrol, anda boleh menggunakan klik berganda pada Mode Switch bagi menukarkan tetikus kepada sebuahtrackball untuk berfungsi di atas permukaan yang sukar.

Finepix J250

KAMERA kompak digital Fuji FinePix J250 ini dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti penstabil imej.

Ia menggabungkan penstabilan bertaraf ISO dan mekanikal bagi mewujudkan perlindungan antikabur menyeluruh.

Ini sekali gus memudahkan pengguna merakamkan pelbagai aksi.


DILENGKAPI dengan penstabil imej.



Mod pemandangan yang diprogramkan sejak awal lagi menawarkan rakaman gambar berkualiti tinggi dalam pelbagai keadaan rakaman.

Selain itu, model J250 juga menggunakan tetapan ISO sehingga 1600 resolusi bagi merakamkan imej-imej yang menyerlah warnanya biarpun dalam keadaan kurang bercahaya.

Jangka hayat bateri Li-ionnya juga lebih tahan lama.