Modul solar daun

BEGINILAH rupa modul solar daun.

 


TIGA pihak iaitu Advanced Industrial Science and Technology (AIST) Jepun, Tokki Corporation dan Mitsubishi Corporation bergabung tenaga membangunkan prototaip sebuah modul sel solar organik berwarna hijau yang berbentuk daun. Modul sel solar itu telah dipamerkan dalam Pameran Alam Sekitar di Kobe, Jepun baru-baru ini.

 

Usahasama tersebut dilakukan sebagai gesaan Jepun terhadap negara-negara maju agar mengambil langkah segera menangani masalah pemanasan global dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

-kosmo




Mengesan pergerakan mata



TERDAPAT tiga kamera CCD pada sebuah cermin mata.



SEBUAH sistem pengesanan pergerakan mata terbaru, EMR-9 telah dipamerkan dalam pameran Pendedahan Kejuruteraan Automatif di Yakohama, Jepun baru-baru ini.

Didemonstrasikan oleh seorang pekerja dari NAC Image Technology, EMR-9 boleh mengesan pergerakan mata dengan tiga kamera CCD pada ‘cermin mata’. Para pembuat kenderaan percaya, ia dapat digunakan untuk mencegah kemalangan.

Peranti baru itu dikatakan mampu merakam kelajuan pergerakan mata dengan 240 bingkai sesaat berimej VGA (640 x 480).