LG Arena dengan antara muka 3D

me 03.1 LG Arena dengan antara muka 3D

telefon bimbit ini ditampilkan dengan aplikasi kiub empat skrin untuk pilihan fungsi lebih mudah.



DESAKAN keperluan komunikasi mudah alih hari ini telah mendorong syarikat pengeluar produk teknologi, LG Electronics memperkenalkan telefon bimbit pintar terbarunya, LG Arena KM900.

Dengan tawaran sentuhan multimedia muatan penuh, model tersebut menawarkan rangkaian peningkatan teknikal yang dilengkapi dengan antara muka sentuh mudah 3D S-Class LG yang baru.

Bagi pembangunan rekaannya, ia menampilkan gaya yang ringkas dan cukup sesuai untuk pengguna semua peringkat umur.

Apa yang menarik, telefon bimbit tersebut mengetengahkan konsep kiub bertujuan untuk capaian pantas kepada beberapa aplikasi yang sering digunakan.

Menerusinya, sebanyak empat skrin utama disediakan bagi memberi peluang kepada pengguna memilih paparan laman yang diinginkan dengan hanya menggunakan sentuhan jari.

Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi Dolby Mobile 2.0 untuk merancakkan fungsi pemprosesan audio ketika mendengar muzik atau menonton video.

Kelebihan lainnya adalah seperti paparan skrin WVGA 3.0 inci, kamera 5.0 megapiksel, rakaman format filem DivX dan Xvid, capaian Internet berkelajuan tinggi dengan sambungan HSDPA 7.2 Mbps, storan binaan dalam lapan gigabait (GB) serta sokongan memori kad mikro sehingga 32 GB.

Bagi memastikan pengguna terus berhubung secara dalam talian di samping melawati laman web kegemaran mereka pada bila-bila masa, telefon bimbit pintar berkenaan disempurnakan bersama aplikasi WLAN dan Wi-Fi.

Dengan segala fungsi dan kelebihan tersebut, LG Arena KM900 kini ditawarkan pada harga pasaran RM1,899.

-utusan

98 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam