NEW YORK 27 Mei – Sebuah syarikat Internet Rusia telah melabur sebanyak AS$200 juta (RM701 juta) dalam Facebook, menjadikan laman web rangkaian sosial itu bernilai AS$10 bilion (RM35 bilion).
Syarikat Digital Sky Technologies (DST) bukan saja membeli hampir dua peratus pegangan dalam Facebook malah menawarkan untuk membeli sekurang-kurangnya AS$100 juta (RM350.4) juta saham yang dimiliki pekerja dan bekas pekerja Facebook.
Pembelian 1.96 peratus pegangan dalam laman web rangkaian sosial dengan 200 juta pengguna oleh DST itu adalah jumlah terbesar pernah dilakukan syarikat Palo Alto yang berpangkalan di California.
Syarikat komputer Amerika Syarikat (AS), Microsoft telah membeli 1.6 peratus saham Facebook pada harga AS$240 juta (RM841 juta) pada 2007, satu pembelian yang menjadikan nilai syarikat itu kepada AS$15 bilion (RM52.6 bilion) ketika itu.
Walaupun bilangan penggunanya bertambah dengan cepat, Facebook masih gagal untuk ‘menterjemahkan’ trafik pengguna kepada keuntungan.
Ketua Eksekutif DST, Yuri Milner berharap dapat menggunakan pengalaman syarikatnya dalam mengendalikan laman web rangkaian sosial di negara lain untuk mencari keuntungan.
Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg yang mengasaskan Facebook lima tahun lalu semasa masih lagi seorang pelajar di Universiti Harvard, enggan mendedahkan kadar keuntungan laman web itu. – AFP
-utusan

company malaysia takde ke yg nak labur?
zaman ekonomi menguncup nie….company maner yang nak invest….
pelaburan yang sungguh bijak =)
Dah makin banyak company yang nampak potensi facebook nie….
saya takde pun facebook…tahler tak minat padahal salah satu strategi marketing ni
Kalau gitu…. just daftarkan diri…. n cuba layan facebook….mesti best punyer….
bercita-cita nak ada satu company IT yg top kalau tak macam2 facebook lebih pun ok
niat yang bagus…..teruskan usaha…. sure boleh punyer
Pilihan yg bijak..
dia nampak peluang besar kat situ..
bagus2..
mmg bijak syarikat russia nie.diarong nampak "kepoweran" laman sosial facebook nie.
sebenarnye zaman ekonomi lembab ni lah syarikat2 besar akan mule menggunakan internet sbgai salran pengiklanan yang menjimatkan dan berkesan..walau juta2 tu mcm byk tpi iklan kat tv dan alam nyata 2-3 kali gnde lagi mahal..
penggunaan internet sebagai medium bisnes dan pengiklanan adalah lebih luas pasarannya….
Pingback: IMCurtain.com
aq p0wn ad buat laman s0cial sendiri..tapi yg sayang nya x dew plax yg nax menaja….ad0oyai…
ye kee…. aper nama website tu…. kasi promote laaa