Pengalaman sentuhan pintar penuh

selain kecemerlangan fungsi, STAR S5233 turut disempurnakan dengan saiz yang kompak, nipis dan ringan.



MENJELANG tahun 2013, sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna telefon selular peringkat global dijangka menggunakan telefon bimbit pintar dengan aplikasi layar sesentuh.

Merancakkan pilihan gajet komunikasi jenis itu, pengeluar produk elektronik, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) telah tampil dengan model telefon bimbit terbarunya, Samsung Star S5233.

Penghasilannya lebih memberi fokus kepada keselarasan dari segi gaya dan juga keupayaan bagi fungsi multimedia serta aplikasi mobiliti.

Menurut Pengarah Bahagian Telefon Bimbit Mobiliti Samsung, Andrew Cheong, revolusi penghasilan produk tersebut tentunya bakal memenuhi keperluan gaya hidup pengguna kini.

”Selain mengetengahkan portfolio sentuhan penuh, ia turut disempurnakan oleh rekaan bergaya, nipis dan kompak di samping antara muka pengguna TouchWiz yang intuitif,” katanya pada pelancaran telefon bimbit tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk ciri multimedia, model berkenaan dilengkapi dengan kamera 3.2 megapiksel, menyokong rakaman video QVGA 15 bingkai sesaat serta teknologi pengecaman muzik.

Kelebihan lainnya adalah seperti didatangkan dengan paparan skrin 3.0 inci, papan kekunci QWERTY, pengecaman tulisan tangan serta menyokong kapasiti memori binaan dalam 50 megabait (MB) dan kad memori microSDHC sehingga 8 gigabait (GB).

Selain itu, menerusi perkhidmatan pelayaran internet penuh, pengguna akan dapat melayari laman web kegemaran, memeriksa e-mel atau menggunakan perkhidmatan Google Web pada bila-bila masa.

Apa yang menarik, menerusi aplikasi Widgets atas talian pula, ia akan menghubungkan pengguna dengan beberapa informasi seperti maklumat saham, cuaca dan berita terkini.

Dengan spesifikasi canggih tersebut, Samsung Star S5233 hanya ditawarkan pada harga RM999. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di laman web www.samsung.com.

-utusan




5 thoughts on “Pengalaman sentuhan pintar penuh

  1. samsung eh, xmint lngsng sjak dulu..hehe
    klu nokia @ sony ericcsn ok..

    apepn dunia makin maju..
    sistem komunikasi pn da cnggih2,,
    pasni h/p da xgune keypad dh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam