LG Arena dengan antara muka 3D

telefon bimbit ini ditampilkan dengan aplikasi kiub empat skrin untuk pilihan fungsi lebih mudah.



DESAKAN keperluan komunikasi mudah alih hari ini telah mendorong syarikat pengeluar produk teknologi, LG Electronics memperkenalkan telefon bimbit pintar terbarunya, LG Arena KM900.

Dengan tawaran sentuhan multimedia muatan penuh, model tersebut menawarkan rangkaian peningkatan teknikal yang dilengkapi dengan antara muka sentuh mudah 3D S-Class LG yang baru.

Bagi pembangunan rekaannya, ia menampilkan gaya yang ringkas dan cukup sesuai untuk pengguna semua peringkat umur.

Apa yang menarik, telefon bimbit tersebut mengetengahkan konsep kiub bertujuan untuk capaian pantas kepada beberapa aplikasi yang sering digunakan.

Menerusinya, sebanyak empat skrin utama disediakan bagi memberi peluang kepada pengguna memilih paparan laman yang diinginkan dengan hanya menggunakan sentuhan jari.

Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi Dolby Mobile 2.0 untuk merancakkan fungsi pemprosesan audio ketika mendengar muzik atau menonton video.

Kelebihan lainnya adalah seperti paparan skrin WVGA 3.0 inci, kamera 5.0 megapiksel, rakaman format filem DivX dan Xvid, capaian Internet berkelajuan tinggi dengan sambungan HSDPA 7.2 Mbps, storan binaan dalam lapan gigabait (GB) serta sokongan memori kad mikro sehingga 32 GB.

Bagi memastikan pengguna terus berhubung secara dalam talian di samping melawati laman web kegemaran mereka pada bila-bila masa, telefon bimbit pintar berkenaan disempurnakan bersama aplikasi WLAN dan Wi-Fi.

Dengan segala fungsi dan kelebihan tersebut, LG Arena KM900 kini ditawarkan pada harga pasaran RM1,899.

-utusan

12 Gambar Kenangan TELUK CEMPEDAK -part 1

botol-pasir-hazmanfadzil

Hasil Karya Seni Lukisan Dalam Botol oleh Anak Melayu Tempatan

keta-biru-hazmanfadzil

Atas Kereta tu ada Patung Harimau Putih

keta-champion-hazmanfadzil

Kereta Champion yang banyak menang SIJIL dan HADIAH

kete-jaws-hazmanfadzil

Kereta GHOST yang MISTERI

kete-merah-hazmanfadzil

Bergambar di terik PANAS MENTARI

kete-pink-hazmanfadzil

Kereta PINK COLOR siooot …. !!!!

kete-pink-jepun-hazmanfadzil

Atas Kereta ni ada Patung Pooh ….huhuhu…

Best kan design kereta-kereta nie kan…..

Dapatkan sambungan koleksi gambar-gambar nie DI SINI sekarang !!!




Tidur lebih lena

Ingin memperoleh tip merehatkan tubuh dan minda yang berkesan? Cuba kaedah ini.

SUPPORTED CHILD POSE

KESUKARAN mendapat tidur yang berkualiti biasanya akan membuatkan anda terasa tertekan dan risau. Tekanan yang berlanjutan cukup meletihkan. Pada masa sama, tubuh mengharapkan tidur dan rehat yang mencukupi.

Berdasarkan pelbagai kajian, manusia yang memperoleh tidur optimum akan lebih peka, memiliki tahap memori yang lebih baik dan boleh menyelesaikan sesuatu masalah secara berkesan. Ini seterusnya menyumbang kepada tahap kesihatan yang baik. Tidur adalah satu-satunya masa untuk kita berehat dan menenangkan fikiran. Berikut adalah beberapa kedudukan yoga yang baik untuk memperoleh tidur berkualiti.

1. SUPPORTED CHILD POSE

Manfaat:

* Membantu mengurangkan tekanan dan menenangkan minda

* Melegakan masalah keletihan dan sakit kepala

Peralatan

* 1 bantal peluk

* 1 lipatan selimut (untuk menyokong kepala)

* Lipatan selimut tambahan (untuk memberi sokongan kepada bahagian badan apabila diperlukan)

Langkah-langkah:

* Duduk seperti yang dalam gambar dengan jari kaki dirapatkan sementara bahagian lutut dipisahkan dengan bantal peluk.

* Letakkan tubuh di atas bantal peluk seperti dalam gambar dan rehatkan dahi seperti ditunjukkan. Rehatkan kepala kepada sebelah bahagian. Letakkan lengan di sisi bantal peluk manakala siku sebaris dengan bahu.

* Kekal dalam posisi ini selama dua minit sebelum ulangi kepala untuk sebelah bahagian lagi.

* Tutup mata dan benarkan tumpuan menghala ke dalam dan bernafas seperti biasa.

* Gunakan graviti untuk membantu membebaskan tekanan dan sebarang ketidakselesaan tubuh.

Nota:

* Jika perlu, tambahkan lipatan selimut di atas bantal peluk untuk memberi sokongan penuh kepada badan.

* Sekiranya buku lali terasa ‘ketat’, letakkan selimut lipat di bawah dan hadapan buku lali.

* Seandainya bahagian punggung tidak dapat mencecah tumit, letakkan lipatan selimut di atas tumit.

2. INVERTED LAKE POSE

INVERTED LAKE POSE

Manfaat

*Menenangkan minda

* Menyelaraskan tekanan darah dan melegakan keletihan atau kekejangan kaki

Peralatan:

* 1 bantal peluk (menyokong bahagian belakang dan punggung)

*1 blok (diletakkan antara dinding dan bantal peluk bagi memberi ruang untuk merendahkan bahagian punggung)

*1 selimut (untuk membuatkan bantal peluk dan blok sebagai satu unit)

Langkah-langkah:

* Letakkan bantal peluk secara melintang pada dinding. Blok diletakkan di antara dinding dan tengah-tengah bantal peluk. Selimutkan bantal peluk dan blok.

* Biarkan tubuh terlantar di tengah-tengah bantal peluk dan letakkan tangan seperti dalam gambar.

* Posisikan tubuh ke arah dinding dan naikkan kaki satu-persatu. Luruskan dan dekatkan punggung pada dinding.

* Sebaik sahaja kaki diluruskan menghala ke dinding, perlahan-lahan turunkan bahagian tubuh, bahu dan kepala di atas lantai. Lurus dan rapatkan kaki.

* Benarkan bahagian kaki, abdomen dan pelvik berehat. Tutup mata dan bernafas seperti biasa. Kekal dalam posisi itu selama tiga hingga lima minit. Untuk keluar daripada kedudukan itu, pastikan dengan berhati-hati meluncur ke atas lantai.




SUSAN DOYLE did it again….!!!!

Seperti yang berlaku sebelum ini….sekali lagi kehebatan SUSAN DOYLE menjadi sebutan.Dan sekali lagi ia menjadi tajuk BUZZ utama di YAHOO.Malam tadi saya berkesempatan untuk melihat SEMI FINAL – BRITISH GOT TALENT.Sungguh menarik dan menghiburkan….saksikan persembahan dari SUSAN BOYLE….

Serta satu lagi persembahan yang layak ke akhir…..DIVERSITY….

8 BLOG KUNJUNGAN HARIAN

Ini blog yang saya MESTI lawati setiap hari setiap kali online … :

1 – YAHOO MAIL

yahoo-HAZMANFADZIL

2- GOOGLE dan GMAIL

google-HAZMANFADZIL

3 – TWITTER

twitter_logo-HAZMANFADZIL

4 – FACEBOOK

facebook_logo_withpage-HAZMANFADZIL

5-  NEGARAKU.NET

negaraku-HAZMANFADZIL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6 – DIGG.COM.MY

digg-my-crop-HAZMANFADZIL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7 – ROHAIZAD.COM

headerbg-HAZMANFADZIL

 

 

 

 

8 – KNIZAM.COM