Mari kita bersama-sama membantu Puan Nadzrah.

Janji tetap janji… minggu lepas saya layan website bro ROHAIZAD  saya telah tawarkan untuk update satu post mengenai seorang akak nie yang meminta bantuan dalam menambahkan pendapatan….di sini saya lampirkan catatan emailnya :

 

======================================================

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu tahniah di atas laman web saudara Rohaizad yg bg telah membuka hati ini untk bertanya dengan lebih lanjut lagi. Sebenarnya kakak nak meminta pandangan dan sekiranya ada cara untuk memulakan perniagaan secara online dalan mudah.com.my

Kakak ada melakukan perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti produk Yusmira, One Drop Perfume, Tuala Wanita Anion, tikar dan beberapa brg lagi. Masaalah akak sekarang ini kakak tak dpt nak mempromosikan brg-brg tersebut hanya jiran-jiran sahaja yg mengetahuinya.

Nak keluar berniaga memang payah memandangkan suami akak kena buat hemodialisis 3 x seminggu di mana akak yg menghantar dan mengambilnya. Disamping itu juga akak jadi pengasuh. Jadi mungkin adik Rohaizad ada cadangan atau macam manakah caranya untk berniaga secara online?

Adakah brg-brg seperti di atas boleh diniagakan secara online? Perlukah yuran bulanan untuk pengiklanan itu dan apakah prosedurnya?

Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
nadzrah75@yahoo.com

p/s : kepada sahabat sekelian yang mempunyai idea dan buah fikiran untuk membantu boleh lah berhubung melalui email yang tertera di atas.Semoga usaha anda akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat.Anda digalakkan untuk menyebarkan maklumat di atas melalui blog,myspace,friendster,facebook dan apa jua cara yang difikirkan yang boleh membantu…


Revolusi terbaru BLACKBERRY



MENARIK perhatian penggemar telefon bimbit pintar BlackBerry, syarikat telekomunikasi terkenal, Maxis Communications Berhad (Maxis) baru-baru ini memperkenalkan model terbaru BlackBerry Storm.

Ia dibangunkan dengan matlamat memberi kepuasan dari segi fungsi pengguna biasa dan juga perniagaan menerusi tawaran navigasi skrin sentuh efisien pertama pada modelnya.

Pembangunan telefon tersebut turut disempurnakan menerusi paparan skrin luas beresolusi tinggi 3.2 inci untuk kemudahan aplikasi multimedia serta pelayaran Internet.

Kelebihan lainnya ia menawarkan akses mudah untuk aktiviti memuat turun pelbagai aplikasi selain melayari laman web sosial seperti MySpace dan Flickr.

Bukan setakat itu, tawaran fungsi mesra pengguna di samping rekaan yang mewah tentunya melengkapkan lagi gaya hidup individu.

Maxis juga menurutnya sedang berusaha untuk menaik taraf rangkaiannya dalam masa beberapa bulan akan datang sebagai usaha memperluaskan perkhidmatan komprehensifnya dari segi liputan dan prestasi 3G.

BlackBerry Storm kini ditawarkan pada harga pasaran RM2,499 tanpa sebarang kontrak.

Untuk ikatan kontrak selama 24 bulan melalui pelan Value 150 bersama perkhidmatan pakej data BlackBerry, pelanggan boleh mendapatkan telefon bimbit tersebut dengan harga RM2,199.

Maklumat dan spesifikasi lengkap BlackBerry Storm boleh diperoleh di laman web www.maxis.com.my/ blackberrystorm.

-utusan



BEG ATAS PINGGANG



Beban yang melepasi paras bawah pinggang memberi kesan pada pemakainya.



KESIHATAN perlu diutamakan biarpun ketika sedang bersantai dan mengembara ke sesuatu destinasi secara backpack. Beg galas yang dibawa di belakang tubuh bukan hanya menarik untuk digayakan, malah pemakainya harus tahu melaras ketinggian pad bahu, tali paut penyeimbang dan pengikat pinggang.

Beberapa tip asas perlu diingati agar pengembaraan yang menyeronokkan tidak dirosakkan oleh kesakitan pada pinggang, belakang tubuh dan bahu.

Kestabilan dan beban pada belakang tubuh boleh dikawal dengan memastikan kedudukan dasar beg tidak melepasi paras bawah pinggang. Selain itu, barangan berat perlu diisi di ruang bawah dan dirapatkan ke tubuh.

Barangan seterusnya diisi bertimpa ke atasnya, dengan berat yang terbahagi sekata dan tersusun secara simetri dengan belakang tubuh. Hari ini, banyak beg kembara dicipta secara ergonomik bagi tujuan ini.

CENGKIH CEGAH TOKSIK


Cegah Toksik



CENGKIH mengandungi komponen yang dipanggil eugenol. Kandungan tersebut banyak diuji dalam kajian kesihatan, termasuk penyelidikan barah salur penghadaman serta radang sendi.

Di Amerika Syarikat, ekstrak eugenol daripada cengkih dimanfaatkan dalam bidang pergigian kerana ia berkait rapat dengan proses terapi kanal akar, penampalan lubang sementara dan rawatan kesakitan gusi.

Eugenol dan bahan lain dalam cengkih iaitu beta kariofilena menjadikan cengkih sebagai bahan anaestetik dan juga agen antibakteria.

TIDAK FLOS


Seseorang digalakkan untuk memflos gigi sekali sehari.



MENGGOSOK gigi sahaja belum sempurna jika anda tidak menggunakan flos. Ia sebenarnya mampu membersihkan kuman yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi biasa.

Jika anda tidak flos gigi, anda sebenarnya kehilangan sepertiga daripada permukaan gigi, kerana ia menjadi tempat ideal bagi lapisan bakteria membiak setiap detik.

Lebih teruk lagi jika seseorang mendapat penyakit gusi hanya kerana memandang remeh kepentingan menggunakan flos.

Kesukaran untuk menggigit dan mengunyah, bercakap dan nafas yang berbau adalah antara sebab kualiti hidup seseorang merosot.

Perkara sebegitu boleh terjadi hanya kerana anda tidak mengendahkan butir kecil kacang atau palitan karamel dan tofi gula-gula yang kekal terselit di sudut terlindung antara gigi.

Antara 24 hingga 36 jam, plak akan mengeras menjadi tartar dan ia hanya boleh dibersihkan oleh doktor gigi yang profesional.

Oleh itu, seseorang dinasihatkan agar menggunakan flos gigi sekurang-kurangnya sekali setiap hari bagi mengelakkan pembentukan tartar.

KRIM PUTING BAHAYAKAN BAYI

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat melaporkan krim puting boleh membahayakan bayi. Pengguna dilarang membeli atau menggunakan Krim Puting Mommy’s Bliss, yang dipasarkan oleh San Rafael, sebuah syarikat yang beribu pejabat di California, MOM Enterprises Inc. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan kandungannya yang boleh membahayakan bayi.

Produk ini, yang disasarkan kepada ibu yang menyusu badan dan berfungsi untuk membantu melegakan serta merawat puting yang merekah, mengandungi chlorphenesin dan phenoxyethanol yang boleh menyebabkan bayi muntah-muntah dan cirit-birit, kata FDA.

Dr. Janet Woodcock, Pengarah Pusat Penilaian dan Kajian Ubat FDA, berkata, “Kedua-dua bahan itu berinteraksi antara satu sama lain, membentuk sebatian yang boleh meningkatkan risiko gangguan pernafasan di kalangan bayi yang menyusu badan.”

-kosmo




Modul solar daun

BEGINILAH rupa modul solar daun.

 


TIGA pihak iaitu Advanced Industrial Science and Technology (AIST) Jepun, Tokki Corporation dan Mitsubishi Corporation bergabung tenaga membangunkan prototaip sebuah modul sel solar organik berwarna hijau yang berbentuk daun. Modul sel solar itu telah dipamerkan dalam Pameran Alam Sekitar di Kobe, Jepun baru-baru ini.

 

Usahasama tersebut dilakukan sebagai gesaan Jepun terhadap negara-negara maju agar mengambil langkah segera menangani masalah pemanasan global dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

-kosmo




Mengesan pergerakan mata



TERDAPAT tiga kamera CCD pada sebuah cermin mata.



SEBUAH sistem pengesanan pergerakan mata terbaru, EMR-9 telah dipamerkan dalam pameran Pendedahan Kejuruteraan Automatif di Yakohama, Jepun baru-baru ini.

Didemonstrasikan oleh seorang pekerja dari NAC Image Technology, EMR-9 boleh mengesan pergerakan mata dengan tiga kamera CCD pada ‘cermin mata’. Para pembuat kenderaan percaya, ia dapat digunakan untuk mencegah kemalangan.

Peranti baru itu dikatakan mampu merakam kelajuan pergerakan mata dengan 240 bingkai sesaat berimej VGA (640 x 480).