MASALAH di tempat kerja

ak 06.1 MASALAH di tempat kerja

JIKA rasa buntu, bincang masalah tersebut dengan seseorang yang anda percayai dan boleh membantu.



logo membina kerjaya MASALAH di tempat kerja
TIADA manusia yang tidak mempunyai masalah. Hakikatnya, saban hari kita dibebankan dengan pelbagai masalah. Sama ada masalah boleh menjadi kecil atau besar, ia bergantung kepada bagaimana anda melihat masalah tersebut dan anggapan anda terhadapnya.Pekerja yang dilengkapi dengan ilmu, kemahiran berkomunikasi dan berfikiran kreatif, lazimnya lebih bersedia untuk menghadapi saat-saat kesukar. Kemahiran ini perlu ada pada setiap pekerja kerana ia dapat membantu meringankan tekanan sekali gus menggalakkan produktiviti.

Seseorang pekerja tidak mungkin dapat lari daripada masalah kerja dan pekerja-pekerja lain di sekeliling mereka.

Apakah perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah di tempat kerja?

– Berbalah pendapat dengan rakan sekerja

– Pekerja kerap ponteng kerja

– Pekerja mempunyai mulut jahat dan suka memburuk-burukkan orang lain

– Mempunyai pelanggan yang cerewet dan tidak pernah puas hati dengan perkhidmatan yang diberi

– Terpaksa memikul tugas orang lain

– Majikan yang terlalu cerewet dan tidak suka menerima pendapat pekerja

– Majikan yang tidak prihatin dengan masalah pekerja

– Mempunyai bos yang suka ‘pilih bulu’

– Tidak ada semangat kerja berpasukan

– Gangguan seksual daripada majikan atau rakan sekerja

Masalah besar timbul apabila ada yang cuba lari daripada masalah dan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menanganinya. Memang tidak ada jaminan bahawa keputusan yang anda ambil adalah yang paling tepat tetapi ia adalah lebih baik daripada tidak mengambil apa-apa tindakan langsung.

Tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan masalah:

Kenali masalah tersebut
Tidak terlalu emosi. Tenangkan fikiran, berbincang mengenai masalah yang dihadapi dengan fikiran terbuka dan anggap masalah sebagai satu cabaran yang boleh diatasi.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah pekerja yang kerap ponteng kerja, dapatkan maklumat berapa lama beliau ponteng kerja, cari punca pekerja tersebut ponteng kerja, apakah masalah yang beliau hadapi, panggil pekerja ke pejabat dan bincang secara baik. Tindakan sebegini lebih baik kerana ia menunjukkan anda mengambil berat tentang hal pekerja dan pekerja pun lebih mudah bekerjasama jika mereka dilayan sebegini. Tetapi layanan baik pun ada hadnya.

Senaraikan beberapa jalan penyelesaian:
Fikirkan apa sahaja dan jangan hadkan pemikiran anda. Jika rasa buntu, bincang masalah tersebut dengan seseorang yang anda percayai dan boleh membantu.

n Buat penilaian terhadap setiap jalan penyelesaian yang telah anda senaraikan.

n Pilih jalan yang memberi banyak kebaikan dan cari jalan mengatasi apa-apa keburukan, jika ada.

Penulis adalah Pengarah Pemasaran di JSDC Training Consultancy dan boleh dihubungi di zurina61@yahoo.com. JSDC menjalankan latihan dan bengkel Pembangunan Diri untuk graduan, kaum wanita dan juga untuk golongan korporat.

-kosmo




1,305 total views, 7 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam