![]() |
|
pencarian premis dan lokasi semakin mudah dengan Google Maps Malaysia.
|
Mendapat jemputan media untuk liputan sesuatu acara memang perkara biasa tetapi lokasi yang diberikan oleh wakil agen pencarian Google Inc. agak memeningkan.
Liputan pelancaran Google Maps Malaysia yang diadakan di restoran No Black Tie, Jalan Mesui, Kuala Lumpur menyebabkan penulis terpaksa menggunakan khidmatnya untuk ke sana.
Namun selepas mendapat perkhidmatan Google Maps secara umum, ia sungguh memudahkan penulis ke lokasi.
Seperti kata Pengurus Produk Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey, kira-kira 15,000 rakyat negara ini menggunakan Internet dan segalanya berkaitan dengan lokasi.
Justeru, Google melancarkan secara rasmi Google Maps Malaysia yang boleh dicapai dengan http://maps.google.com.my yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat geografi khusus di negara ini.
Ini termasuk peta dalam talian, imej satelit, arahan pemanduan, alamat dan senarai perniagaan pada komputer peribadi, komputer riba atau telefon mudah alih.
Ini memberikan peluang kepada pengguna dan pemilik perniagaan berkongsi peta dan pengetahuan bagi membentuk satu komuniti masyarakat Malaysia.
Google Maps juga boleh memaparkan kandungan dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Cina dan Tamil bagi membolehkan rakyat tempatan dan pelancong asing mendapatkan dan memberikan maklumat yang diperlukan dalam bentuk teks, foto atau video.
McGlinchey menambah, ini merupakan satu langkah bijak bagi membantu masyarakat mencari maklumat geografi dengan mudah dan cepat.
Semua maklumat yang didapati dalam Google Maps bersama-sama dengan laman web menggunakan Google Maps API percuma berintegrasi bagi memudahkan pencarian seharian.
Buat masa ini Google Maps menjalinkan kerjasama dengan organisasi tempatan seperti Super Pages, KLue, iProperty.com Malaysia dan Virtual Malaysia dalam sumbangan kandungan.
Ini bagi memudahkan pengguna mencari tempat menarik, menyemak acara atau filem yang ditayangkan, pencarian hartanah untuk sewa atau beli malah mencari tempat membeli-belah atau bersantai.
Ketua Pemasaran Google Asia Tenggara, Derek Callow pula berkata, enjin pencarian peta khusus untuk Malaysia membolehkan pengguna tempatan menyumbang dan berkongsi maklumat yang ada dengan pengguna lain.
Menyifatkan pendekatan yang digunakan terbaik dan pihaknya akan mendapatkan kerjasama dengan pelbagai organisasi negara ini bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan versi tempatan.
-utusan
6 Responses
amiejot
June 8th, 2009 at 11:14 AM
1I protest against it.
adol
June 8th, 2009 at 5:33 PM
2BAGUS NIE, FIRST TIME AKU TAHU PASAL NIE.. NICE INFO
loq
June 8th, 2009 at 7:27 PM
3yeah really2 cool bro…
memang high tech
I Make Thousands of Dollars a Month Posting Links on Google from Home
June 9th, 2009 at 12:09 AM
4Hey, nice post, very well written. You should post more about this.
species1980
June 9th, 2009 at 1:20 AM
5ade gak membantu untuk cari lokasi yang kita nak tuju….
species1980
June 9th, 2009 at 1:21 AM
6really….. okey la tue… nanti leh kasi review pada google maps nie…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
TAJAAN KHAS :
Hazman Fadzil

Reka Lencana Anda
Archives
Calendar
HazmanFadzil.Com is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: Design Disease