Siri TIPS panduan SENANG HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan,

Saya  ingin memberikan panduan senang hamil secara online daripada website senanghamil.com

Saya dapati ramai pasangan diluar sana melakukan beberapa kesilapan yang membuatkan mereka agak sukar untuk hamil. Dan kesilapan itu dilakukan secara berterusan tanpa menyedari aktiviti mereka akan menyulitkan lagi peluang untuk hamil.

Dengan kursus online melalui email ini, anda akan didedahkan dengan beberapa kesilapan ‘kecil’ yang menyebabkan kita sukar untuk hamil.

Ok baiklah , jom kita pergi kepada pelajaran pertama kita mengenai senang hamil ini.

Pelincir…. pernahkah anda menggunakan pelincir ketika hubungan intim bersama pasangan? Dan tahukah anda bahawa pelincir adalah suatu bahan kimia yang boleh merosakkan sperma!

Bukan pelincir sahaja boleh merosakkan sperma tetapi air liur juga mampu memusnahkan sperma.

Perkara temeh remeh seperti penggunaan pelincir seperti KY jeli dan air liur ketika hubungan intim mampu merendahkan peluang anda untuk hamil.

Apakah penyelesaiannya?

Baiklah, terdapat beberapa cara lain selain menggunkan pelincir atau air liur ketika hubungan intim. Seperti menggunakan putih telur.

Ya! Putih telur amat mesra terhadap sperma. Putih telur merupakan protein semula jadi yang tidak memusnahkan sperma malah membantu sperma ‘berenang’ menuju ovum.

Diharapkan pelajaran pertama ini dapat memberikan ilmu pengetahuan yang selama ini langsung tidak kita menyedari kesilapan kita itu boleh membawa kesukaran untuk kita mendapat kehamilan.

Oh ya , jika anda berminat untuk mengetahui teknik dan taktik senang hamil lebih mendalam, Hazman boleh dapatkan ebook senang hamil yang di laman web:

www.senanghamil.com

P/S : nantikan tips SENANG HAMIL akan datang….

Kamkorder sebesar TELAPAK TANGAN

HD Everio JVC 2009



Japan Victor Company (JVC), baru-baru ini mengumumkan siri Everio baru, kamkoder HD sepenuhnya (Full HD) yang paling kecil dan nipis di dunia, cuma sebesar telapak tangan dilengkapi HDD .

Siri HD Everio JVC 2009, didatangkan dengan tiga model dengan kemampuan melakukan rakaman video HD sepenuhnya.

Model baru terbabit adalah HD Everio GZ-HD300, dengan pemacu keras 60GB, dan GZ-HD320, dilengkapi pemacu cakera keras 120GB yang menawarkan ruang penstoran HDD yang lebih besar untuk rakaman lebih lama.

HD Everio GZ-HM200 pula menampilkan komitmen inovasi berterusan JVC dengan memperkenalkan fungsi dua slot kad SD, membolehkan rakaman dari satu kad ke kad kedua secara berterusan, menghasilkan waktu rakaman yang lebih lama.

Model terbaru HD Everio JVC ini juga didatangkan dengan lebih banyak opsyen perkongsian, memudahkan rakaman video ditonton menerusi iPod atau iPhone menerusi fungsi satu butang (One Touch Export) yang mendokong pelbagai perisian Windows.

Semua model dilengkapi fungsi satu butang muat turun (One Touch Upload) membolehkan rakaman video anda dipindahkan ke YouTube.

Selain fungsi One Touch DVD Creation untuk memudahkan penstoran dan berkongsi video menggunakan cakera padat yang memang sudah lama menjadi keistimewaan utama model Everio.

Model terbaru HD Everio JVC ini boleh diperoleh di seluruh negara.

Harga jualan runcit yang disyorkan untuk GZ-HD320 adalah RM3,599, manakala model GZ-HD300 dijual dengan harga RM3,299.

Kamkoder HD kad memori dual-slot JVC GZ-HM200 ditawarkan dengan harga RM2,799.

Untuk pertanyaan sila hubungi JVC Malaysia di 03-55483222 atau lawati laman www.jvc.com.my.

-utusan