Kamkorder sebesar TELAPAK TANGAN

HD Everio JVC 2009



Japan Victor Company (JVC), baru-baru ini mengumumkan siri Everio baru, kamkoder HD sepenuhnya (Full HD) yang paling kecil dan nipis di dunia, cuma sebesar telapak tangan dilengkapi HDD .

Siri HD Everio JVC 2009, didatangkan dengan tiga model dengan kemampuan melakukan rakaman video HD sepenuhnya.

Model baru terbabit adalah HD Everio GZ-HD300, dengan pemacu keras 60GB, dan GZ-HD320, dilengkapi pemacu cakera keras 120GB yang menawarkan ruang penstoran HDD yang lebih besar untuk rakaman lebih lama.

HD Everio GZ-HM200 pula menampilkan komitmen inovasi berterusan JVC dengan memperkenalkan fungsi dua slot kad SD, membolehkan rakaman dari satu kad ke kad kedua secara berterusan, menghasilkan waktu rakaman yang lebih lama.

Model terbaru HD Everio JVC ini juga didatangkan dengan lebih banyak opsyen perkongsian, memudahkan rakaman video ditonton menerusi iPod atau iPhone menerusi fungsi satu butang (One Touch Export) yang mendokong pelbagai perisian Windows.

Semua model dilengkapi fungsi satu butang muat turun (One Touch Upload) membolehkan rakaman video anda dipindahkan ke YouTube.

Selain fungsi One Touch DVD Creation untuk memudahkan penstoran dan berkongsi video menggunakan cakera padat yang memang sudah lama menjadi keistimewaan utama model Everio.

Model terbaru HD Everio JVC ini boleh diperoleh di seluruh negara.

Harga jualan runcit yang disyorkan untuk GZ-HD320 adalah RM3,599, manakala model GZ-HD300 dijual dengan harga RM3,299.

Kamkoder HD kad memori dual-slot JVC GZ-HM200 ditawarkan dengan harga RM2,799.

Untuk pertanyaan sila hubungi JVC Malaysia di 03-55483222 atau lawati laman www.jvc.com.my.

-utusan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam