Jangka hayat bateri lebih lama


Aspire 4810T menawarkan kelebihan kuasa bateri sehingga 40 peratus.



PENGKOMPUTERAN mobiliti sering dikaitkan dengan sejauh mana keupayaan kuasa bateri sesebuah komputer riba dapat bertahan untuk jangka masa tertentu.

Kebiasaannya, jika pengguna mahukan kuasa yang lebih lama, mereka perlu memilih komputer riba yang berat sebaliknya jika mereka menginginkan sistem yang ringan, keupayaan baterinya pula tidak dapat bertahan lama.

Melihat kepada permasalahan tersebut, syarikat pengeluar produk teknologi maklumat (IT), Acer telah tampil dengan komputer riba Aspire Timeline menerusi tawaran kelebihan sistem yang efisien, ringan iaitu 1.6 kilogram (kg), nipis (24 milimeter) jangka hayat bateri lebih lama serta mesra alam.

Bagi prestasi tanpa kompromi, ia dipacu menggunakan pemproses Ultra Voltan rendah Intel Core 2 Duo untuk fungsi paparan cahaya minimum pada visual yang dapat menjimatkan 33 peratus tenaga elektrik serta menambahkan kuasa bateri sehingga 40 peratus.

Dengan hanya sekali cas, kesemua model Aspire Timeline iaitu 3810T, 4810T dan 5810T mempunyai keupayaan ketahanan bateri selama lapan jam.

Menurut Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Teknologi Maklumat, Acer Incorporation, David Lee, pengenalan pelbagai kelebihan tersebut tentunya bakal memenuhi keperluan pengguna moden kini.

”Pengguna hari ini mahukan komputer riba dengan kos yang efektif selain ringan dan nipis supaya mudah di bawa ke mana-mana,” katanya pada pelancaran Siri Aspire Timeline di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berbeza dengan komputer riba biasa, Aspire Timeline dilengkapi dengan teknologi penyejukan Intel Laminar Wall Jet untuk tujuan menyejukkan bilah turbin dan seterusnya menyejukkan bahagian luar komputer bagi keselesaan ketika meletakkannya di atas riba.

Kelebihan lainnya, ia turut didatangkan dengan adaptor PowerSmart Acer yang berfungsi menukar mod pengecas bateri mengikut kesesuaian secara automatik serta butang Power Smart Acer untuk menjimatkan tenaga dan memanjangkan jangka hayat bateri.

Untuk sambungan kepada rangkaian Internet pula, kesemua model berkenaan disokong dengan fungsi Wi-Fi, WiMAX serta 3G.

Model 3810T ditawarkan pada harga RM3,299 sementara untuk model 4810T boleh dibeli pada harga RM2,699. Maklumat dan spesifikasi lengkap di laman web www.acer.com.my.

-utusanmalaysia

5 thoughts on “Jangka hayat bateri lebih lama

  1. Zah, aku dah baca yg kau tulis ni. Kau cerita pasal bateri tu memang best. Aku pakai 4810T ni, memang tahan bateri la….

    Tapi akau tak kisah sangat pasal bateri ni. Sbb, kalau bateri dah low, caj aje. no problem.

    Tapi acer ni , turunkan hari dengan turunkan prestasi comp. sekali.

    Slow!. Slow! Slow! lah. Hang selalu. Single prosessor tu lah. Dah tu cepat panas pulak. Sama dengan panas baran tuan punya komputer. Tapi Man, aku taaulah kau cerita yg elok2je sebab kau jual komputer.

    Kalau kau tak nak siar kan komen aku ni pun takpe. Cuma nak bagi tau kau je Man. Kau pun dah tau kan?. Cuma nak release tension aku je. sebab macam rasa bodoh je beli acer nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam