Peningkatan rangkaian DIGI di Lembah Klang

PENGGUNA rangkaian operator DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) di beberapa kawasan popular sekitar Lembah Klang bakal menikmati pengalaman komunikasi yang lebih baik dari segi liputan dan kualiti panggilan serta beberapa lagi ciri tambahan.

Peningkatan rangkaian 2G tersebut adalah bertujuan memenuhi keperluan para pelanggan berikutan peningkatan perjalanan trafik telekomunikasi selain memaksimumkan penggunaan tenaga secara lebih efisien serta menjimatkan kos.

Untuk tujuan itu, Nokia Siemens Networks telah diberi tanggungjawab melaksanakan projek menaik taraf yang dijangka siap pada November tahun ini.

Ketua Pegawai Teknologi DiGi, Ole Martin Gunhildsbu berkata, kemajuan era global kini menjadikan pelanggan sentiasa mahukan peningkatan dari segi perkhidmatan komunikasi mereka.

“Usaha ini bukan sahaja dilakukan untuk mengekalkan pelanggan sedia ada malah juga bertujuan menarik para pelanggan baru.

“Pemilihan Nokia Siemens Networks sebagai entiti untuk meningkatkan rangkaian DiGi adalah sesuatu yang bertepatan kerana kami mencari pembekal teknologi yang menawarkan perkhidmatan bertaraf antarabangsa, mengurus projek dengan baik serta mempunyai portfolio yang kukuh dalam produk teknologi,” katanya.

Projek peningkatan itu akan melibatkan aktiviti pengurusan dalam jangka masa tiga tahun, kerja penyelenggaraan, perkhidmatan sokongan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti rangkaian.

“Menerusi Stesen Tapak Fleksi Nokia Siemens Networks, perkhidmatan tersebut bakal menawarkan aplikasi untuk tujuan individu, perniagaan dan juga keperluan korporat dengan kos yang efektif,” jelasnya.

-utusanmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam