
TELEFON bimbit BenQ T33 mempunyai ciri kekunci dedikasi yang memberikan akses mudah terhadap pemain audio, termasuk radio FM dan fungsi kamera.
Telefon bukaan gelongsor dengan berat 90 gram ini direka dengan kemasan cermin yang berkilat dan bergaya dengan penampilan chic. Direka untuk mudah mendengar muzik, BenQ T33 membolehkan pengguna mendengar muzik di mana sahaja, meski tanpa memasukkan kad SIM.
Dilengkapi dengan pemain audio digital berkualiti tinggi, BenQ T33 menyokong format muzik popular seperti MP3, AAC dan AAC+. BenQ T33 turut memiliki kamera VGA 2.0 megapiksel dan menyokong rakaman video. Untuk tujuan storan, pengguna boleh menambah memori dengan kad microSD sehingga 2 Gigabait.
-kosmo