
DALAM dua minggu ini sahaja, dunia telah diperkenalkan dengan dua buah kenderaan berkuasa hidrogen iaitu kereta FCX Clarity oleh Honda di Jepun dan Tiguan HyMotion oleh Volkswagen yang dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS).
Nampaknya, isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini benar-benar meninggalkan impak yang besar. Jika sebelum ini, kita biasa mendengar alternatif seperti gas asli, elektrik, tenaga solar, kini giliran hidrogen pula menyusul.
FCX Clarity yang bergerak menggunakan hidrogen dan elektrik serta mengeluarkan air tanpa sebarang gas dipercayai dapat mengurangkan masalah pemanasan global. Menurut Honda, ia dua kali ganda lebih efisien berbanding kereta hibrid gas-elektrik dan tiga kali ganda lebih baik daripada kereta berkuasa gasolin.
Honda bercadang akan mengeluarkan beberapa dozen unit pada tahun ini dan kira-kira 200 unit dalam tempoh setahun. Untuk permulaan, Clarity bagaimanapun hanya akan memulakan proses pemilihan pelanggannya pada Julai nanti dan akan dilancarkan di Jepun pada musim luruh nanti.
Antara pelanggannya yang terawal ialah aktres Jamie Lee Curtis dan suaminya pembikin filem, Christopher Guest; aktres Laura Harris; penerbit filem, Ron Yerxa dan ahli perniagaan, Jon Spallino dan Jim Salomon.
Honda memberitahu halangan utama untuk melihat kejayaan kenderaan hidrogen ialah kosnya yang amat tinggi dan kekurangan stesen mengisi bahan bakar hidrogen. Honda berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima 50,000 permohonan menerusi laman web.
Tiguan HyMotion pula yang diperkenalkan kepada media empat hari sebelum itu merupakan kenderaan SUV dengan kapasiti lima penumpang. Enjinnya menyediakan lebih 107 kuasa kuda dan tidak menghasilkan asap langsung.

Bagaimanapun, media melaporkan yang kereta itu gagal bergerak ketika sidang media di San Francisco, California, AS baru-baru ini. Volkswagen mendakwa, masalah itu bukan ada kaitan dengan teknologi hidrogen tetapi kerana kenderaan itu masih dalam proses penghasilan.
“Isu yang akan datang seterusnya ialah jika kami berjaya menghasilkannya, di mana para pelanggan hendak mengisi hidrogen?” kata Mark Barnes, Ketua Pegawai Operasi, Volkswagen Amerika.
-arkibkosmo
Tks for sharing! Clicked on Nuffnang-Kakiis ads on ur blog!
Do drop by when u r online
thks to u also…. i've cliked to ur add also…