Berdasarkan bajet dan kemahuan masing-masing, buat pembelian yang bijak setelah menganalisis ciri-ciri fon telinga yang terbaik dan memelihara organ pendengaran.
PADA kebiasaannya, penglihatan mereka yang bekerja atau pelajar akan menyusut sekiranya masa yang lama dihabiskan untuk menonton skrin tanpa penghadang. Selain mengutamakan perlindungan mata ketika merenung komputer dalam tempoh masa yang panjang, pendengaran kita juga perlu diberi sedikit perhatian.
Anda gemar mendengar lagu? Atau gemar menonton filem dan drama melalui cakera padat digital (DVD)? Adakah anda seorang pemain permainan komputer? Jika kesemua situasi yang digambarkan itu bersesuaian dengan diri anda dan fon telinga bagi menikmati saat-saat privasi, anda digalakkan membeli alat pendengar yang boleh memelihara gegendang telinga dan pendengaran dalam jangka masa panjang.
Tanpa aksesori yang dijamin baik untuk kesihatan, keberkesanan penggunaan alat yang tiada jaminan akan menurun dan mengancam kesihatan diri. Di pasaran kini, terdapat bermacam-macam jenis fon telinga yang mudah dibawa ke mana juga, dijaga dan disimpan dalam ruang yang terhad.
Antara fon telinga yang mahal tetapi disyorkan oleh pakar pengkomputeran ialah SonicGear yang merupakan teman pengembaraan yang sejati. Ia didatangkan dalam sarung atau kantung kecil yang mempunyai pelbagai jenis kepala soket, wayar dan pelindung kepala fon telinga.
“Kepala fon telinga jenama ini didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu hitam, hijau dan emas. Ia juga mempunyai soket berkepala dua yang standard bagi memudahkan penggunaan di negara luar,” jelas Penyelia Thunder Match Technology Sdn. Bhd., Michael Pang.
Katanya lagi, alat pendengaran SonicGear ini mengurangkan gangguan bunyi bising dan baik untuk perkongsian klip muzik. Kualiti audionya yang pernah memenangi anugerah, mempunyai dimensi pembesar suara bersaiz 11 milimeter dan panjang wayar kira-kira 1.3 meter. SonicGear model ear Pmppro ini dijual pada harga RM89 dan perlu disimpan di tempat yang bersuhu 30 darjah selsius.
Satu lagi produk fon telinga yang berjenama sama yang bermutu tinggi tetapi lebih murah adalah SonicGear Travel gear yang bersaiz besar tetapi boleh dilipat. Stereonya juga cukup dinamik dan dicadangkan bagi penggunaan luar dan sewaktu mengembara. Pada harga RM49, ia agak ringan iaitu 65 gram dengan kantung yang diperbuat daripada kulit. Panjang wayarnya hampir 1.3 meter dan kepala fon telinga disadur dengan warna keemasan bersaiz 3.5 milimeter.
![]() |
|
MILIKI fon telinga SonicGear yang selamat dan efektif.
|
Jenama Sensonic juga tidak kurang hebatnya kerana ia mempunyai seleksi fungsian dan kepenggunaan yang berlainan. Salah satu daripada keluarannya adalah Sensonic model SEIO yang sesuai dipadankan dengan alat pemain muzik yang boleh dibawa ke mana-mana.
“Liputan frekuensinya adalah dalam lingkungan 18,000 hingga 20,000Hz manakala panjang wayarnya, 125 sentimeter,” ujar Michael yang menunjukkan kepala fon telinga yang bersadur warna metalik.
Sensonic model SEIO ini dijual pada harga RM24 sahaja.
Apa pun, berdasarkan bajet dan kemahuan masing-masing, buat pembelian yang bijak setelah menganalisis ciri-ciri yang ditawarkan oleh beberapa produk lain di kedai komputer. Pastikan ia memberi khidmat yang terbaik sekali gus dapat memelihara organ pendengaran bagi semua peringkat umur.
-utusanmalaysia
-



