Monthly Archives: June 2009

Telefon pintar untuk pelanggan korporat

me 01.1 Telefon pintar untuk pelanggan korporat

Digi tidak ketinggalan memperkenalkan telefon bimbit Blackberry yang menawarkan kemudahan komunikasi terbaik.



GOLONGAN korporat pasti akan menjadikan telekomunikasi sebagai medium penting dalam urusan seharian mereka.

Memeriksa e-mel, melayari Internet dan kerap membuat panggilan merupakan antara aktiviti biasa yang dilakukan dalam usaha memastikan perniagaan mereka berjalan lancar.

Bagi memenuhi keperluan itu, mereka tentunya bergantung kepada kemampuan sesebuah alat komunikasi untuk memberikan perkhidmatan mobiliti yang lebih fleksibel.

Menawarkan peluang kepada golongan ini, syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) menerusi kempen ‘Pilihan Praktikal’ telah tampil dengan pelan perniagaan bersama pakej pemilikan telefon bimbit pintar Blackberry.

Dengan langganan pakej Pelan BIZ 150 atau 250 bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2009, pelanggan kini boleh memiliki Blackberry Curve 8900 pada harga RM999 dan Blackberry Bold 9000 pada RM1,399.

Menurut Ketua Industri Perniagaan DiGi, Eric Chong, pakej yang menyasarkan penggunaan di beberapa segmen pasaran perniagaan itu menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan dan produk yang relevan selain bernilai tinggi, fleksibel dan telus.

”Penyelesaian praktikal ini disasarkan kepada pengguna seperti dalam industri kecil dan sederhana (SME) yang sedang mencari pakej dengan tawaran penjimatan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa kini.

”Kita sangat berbesar hati dapat memperkenalkan Blackberry bersama pakej promosi ini dan berharap menerusinya, pengguna dapat menikmati pengalaman komunikasi terbaik daripada DiGi,” katanya pada pelancaran kempen tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.

Promosi pelan pasca bayar tersebut turut termasuk bersama pakej suara dengan pilihan kontrak selama 24 bulan.

Menerusinya, pelanggan akan dapat menikmati kadar bulanan tetap bagi penggunaan data dan juga panggilan ke mana-mana rangkaian di seluruh Malaysia.

Selain itu, kempen berkenaan juga didatangkan bersama pelan data tanpa had untuk kemudahan mengakses emel dan juga Internet hanya dengan kos RM63 sebulan.

Melihat kepada keunikan aplikasi mobiliti pada telefon bimbit pintar itu pula, ia tentunya menawarkan kemudahan dari segi kawalan aktiviti perniagaan secara lebih meluas.

Selain menyokong sambungan Wi-Fi dan rangkaian korporat, ia turut disempurnakan bersama aplikasi e-mel pintar dan Windows Push Mail untuk kemudahan di peringkat pengurusan.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan pakej DiGi boleh diperolehi di laman web www.digi.com.my/business.

-utusanmalaysia




Acer lancar gajet terkini

me 02.1 Acer lancar gajet terkini

Kemasan mewah pastinya satu daya penarik keluaran Acer ini.


PENGELUAR komputer ketiga terbesar dunia, Smart Handheld Business Group of Acer Inc. melancarkan satu rangkaian telefon pintar terkini selepas dilancarkan di Barcelona, Sepanyol awal tahun ini.

Gajet berkenaan telah berada di pasaran dan boleh di dapati di wakil penjual Acer iaitu Ace Mobile Group Sdn. Bhd.

Gajet berkenaan mewakili arah strategik Acer untuk menceburkan diri dalam pasaran mobiliti dengan penyelesaian Internet Mudah Alih mencapai 20 juta pengguna bagi lebih 100 buah negara.

Direka khusus bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi gajet yang semakin canggih dan ini merupakan isyarat bagi Acer.

Disasar bagi ahli perniagaan dan penggemar teknologi, Acer Smart Handheld direka khusus bagi memberikan keselesaan bagi kegunaan peribadi dan profesional.

Naib Presiden Smart Handheld Business Group APAC Acer Inc., Roger Yuen berkata, Acer menduduki pasaran teratas bagi netbook dan tempat kedua bagi komputer riba menjadikan Acer pemain penting dalam segmen mudah alih.

“Pelancaran ini merupakan langkah awal bagi Smart Handheld Business Group bagi pasaran Asia Tenggara dan berusaha untuk menjadi salah satu syarikat yang bergerak maju dalam pasaran mudah alih,” katanya semasa majlis pelancaran Acer Smart Handhelds di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Ace Mobile Group Sdn Bhd, CK Yong berkata, pihaknya amat teruja dengan hubungan strategik yang telah lama terjalin antara pihaknya dengan Acer bagi memasarkan produk Smart Handhelds Business Group di negara ini.

“Ini hanya satu permulaan dan banyak lagi produk yang menarik dan canggih akan dilancarkan selepas ini,” katanya.

Model ACER DX900 dengan harga RM1,999 menawarkan fungsi dua kad SIM bagi membenarkan pengguna yang mahukan perbezaan antara peribadi dan perniagaan.

Manakala ACER DX650 dengan harga RM1,599 memberikan dua rekaan antara muka bagi keselesaan pengguna yang mahukan kedua-dua skrin sentuh dan papan kekunci yang mudah untuk dikendalikan.

Bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan pelbagai kecanggihan tanpa membawa pelbagai gajet, mereka boleh memilih ACER X960 yang berharga RM1,899 yang kecil dan kompak bagi pelbagai kegunaan.

Dua model lain ACER F900 dan ACER M900 dibangunkan bagi mereka yang gemar melayari Internet di mana saja mereka berada.

Model F900 direka dengan papan kekunci mudah guna dan boleh memaparkan lebih maklumat di skrin bagi menawarkan pengalaman melayari Internet lebih mudah.

-utusanmalaysia




Saya dapat OFFER dari SME BANK !!!

2 hari lepas saya mendapat email dari SME BANK :-

=======================================================

 

Salam,

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS  STRATEGIK MARKETING

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa kami akan menganjurkan satu kursus asas kepada pelanggan IKS yang akan berlangsung selama 2 hari bertajuk  Strategik Marketing    pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh          :         8 & 9 Julai  2009 *

  •  
    •  
      •  
           (Rabu & Khamis  )

Masa            :       9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat  :        Bilik Latihan, Aras 6,

                         Menara SME Bank

Yuran           :       RM200.00  seorang

 

*tertakluk kepada perubahan

Dimaklumkan bahawa penyertaan adalah terhad kepada 30  peserta sahaja dan kami akan mengutamakan peserta yang telah menghantar bayaran.  Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berminat sila fax borang atau pengesahan melalui email serta hantar bayaran secepat mungkin.

Maklumat kursus dan borang penyertaan adalah seperti risalah yang dilampirkan. Sila berhubung dengan Cik Fazliana / Puan Rosmah di talian 03-2615 3860 / 03-2616 7435 untuk keterangan lanjut berhubung kursus ini.

===================================================================

p/s : Kepada sesiapa yang berminat boleh la register …. pastinya dapat ILMU yang berguna

SELAJU PELURU

st 03.1 SELAJU PELURU
 


SYARIKAT East Japan Railway melancarkan generasi terbaru kereta api peluru di kilangnya di Rifu di wilayah Miyagi, utara Jepun semalam.

Kereta api laju ini dijangka memberi perkhidmatan antara Tokyo dan Aomori

di utara Jepun pada 2011 dengan kelajuan maksimum 320 kilometer sejam. – AFP

-utusanmalaysia




Gitar udara

in 06.1 Gitar udara
 


KITA biasa melihat seseorang itu menyanyi sambil berpura-pura menggerak-gerakkan jari seperti sedang bermain gitar. Nampaknya, ia kini hampir menjadi kenyataan.

Syarikat Jepun, Takara Tomy baru-baru ini telah memperkenalkan gitar udara yang dinamakan Air Guitar Pro. Jika gitar biasa menggunakan tali-tali, alat permainan ini menggunakan cahaya inframerah.

Air Guitar Pro diperkenalkan di Pertunjukan Permainan Tokyo Antarabangsa di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

-kosmo