Bayar guna CAP JARI


 


SEBUAH pusat beli-belah di Belanda kini sedang menguji cara pembayaran membeli-belah menggunakan cap jari. Ia bertujuan untuk mempercepatkan kerja-kerja pembayaran.

Dinamakan mekanisme Tip2Pay, para pelanggan di pusat beli-belah Albert Heijn, berdekatan Utrecht bakal mempraktikkan cara pembayaran itu selama enam bulan tempoh ujian.

Tip2Pay membolehkan pelanggan membayar secara cepat dengan hujung jari pelanggan diletakkan pada mesin pengimbas. Selepas mereka dapat menyediakan bukti pengenalan diri dan kad debit, satu imbasan akan dibuat di bahagian unik hujung jari mereka.

-kosmo

Melengkapkan teknologi Nokia


 


 

Bagai menyempurnakan teknologi yang sudah lama dinikmati pengguna Nokia menawarkan keunikan dengan kemudahan capaian Internet menerusi pengenalan telefon bimbit pintar terbarunya N97, baru-baru ini.

Model siri-N itu menawarkan aplikasi lengkap merangkumi perkhidmatan rangkaian sosial, akses Internet, kebolehan multimedia selain fungsi sentuhan menggunakan teknologi S60 edisi kelima.

Menurut Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlasta Berka, implementasi Nokia N97 menjadikan pengalaman Internet sesuatu yang peribadi kepada pengguna.

”Tawaran aplikasi Ovi Store Nokia oleh Nokia N97 ini menawarkan transformasi pelayaran Internet mengikut keperluan pengguna,” katanya pada pelancaran telefon bimbit pintar itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi Ovi Store tersebut, ia bakal menjadi pusat hentian utama untuk capaian pelbagai perkhidmatan seperti aplikasi, video, permainan video, perkhidmatan lokasi serta peralatan web.

Selain menawarkan sambungan Internet yang cepat, navigasinya juga adalah lebih mudah menerusi kelebihan papan kekunci QWERTY dengan paparan gelongsor condong 3.5 inci.

Selain itu, paparannya menawarkan pilihan lima skrin sekali membolehkan pengguna memilih kandungan perkhidmatan yang ingin di akses secara langsung.

Untuk fungsi multimedia pula, model tersebut disempurnakan dengan kamera berlensa Carl Zeiss Tessar lima megapiksel, rakaman video 30 bingkai sesaat serta akses video Internet melalui Pusat Video Nokia.

Kesemua foto yang telah dirakamkan itu kemudiannya boleh di muat naik secara terus kepada laman web rangkaian sosial seperti Facebook, Flickr dan Twitter.

Kecemerlangan fungsi audio juga tidak kurang hebatnya menerusi aplikasi fon kepala jack 3.5 milimeter (mm), pembesar suara stereo binaan dalam serta pengeditan muzik secara digital.

Untuk navigasi peta pula, ia diintegrasikan bersama perkhidmatan sistem penentu kedudukan global terbantu (A-GPS).

Kelebihan lain telefon ini adalah seperti memori binaan dalam sehingga 32 gigabait (GB) dengan tambahan 16GB menerusi kad memori microSD, sambungan USB mikro, USB 2.0 dan Bluetooth.

Dengan segala kelebihan itu, Nokia N97 kini ditawarkan pada harga pasaran RM2,480.

-utusanmalaysia




BerCINTA dengan robot

Komunikasi antara manusia dan robot amat penting untuk mencipta robot-robot yang boleh membuatkan manusia jatuh cinta.


ROBOT sebagai alat permainan seks dijangka berada di pasaran dalam masa kurang lima tahun lagi.

HUBUNGAN romantik antara manusia dan robot bukan lagi perkara sains fiksyen, sebaliknya penyelidik menjangka ia bakal menjadi realiti dalam masa empat dekad lagi.

Malah lebih mengejutkan, mereka juga maksudkan hubungan seks secara mekanikal.

“Saya bercakap mengenai perhubungan cinta dalam masa 40 tahun akan datang,” kata David Levy, penulis buku Love + sex with robots kepada AFP dalam satu persidangan antarabangsa yang berlangsung di Universiti Maastricht, baru-baru ini.

“Ia (hubungan cinta manusia-robot) akan berlaku apabila terdapat robot-robot yang turut mempunyai emosi, personaliti dan kesedaran. Mereka boleh bercakap dengan anda, membuat anda ketawa malah boleh mengatakan mereka menyayangi anda seperti manusia yang berkata ‘saya cintakan awak’ dengan maksud yang sebenarnya.”

Levy meramalkan bahawa robot sebagai alat permainan seks dijangka akan berada di pasaran dalam masa kurang lima tahun lagi. Ia boleh dikatakan naik taraf daripada anak patung seks yang kini telah pun dijual di pasaran.

Bagaimanapun untuk mencipta robot sebagai pasangan sebenar mungkin akan mengambil masa yang lama dengan kemahiran komunikasi menjadi penghalang utama bagi pengeluar.

Saintis bekerja keras mencipta personaliti, emosi dan kesedaran tiruan, kata Levy sambil menjelaskan sudah terdapat beberapa robot seperti itu dicipta.

“Tetapi untuk hubungan cinta, ia sesuatu yang benar-benar berbeza. Dalam hubungan sebegini, terdapat banyak perkara yang amat penting dan paling sukar ialah komunikasi.

“Anda mahukan robot anda mampu untuk bercakap mengenai apa yang menarik tentang diri anda. Anda mahukan pasangan yang mempunyai minat yang sama dengan anda, yang bercakap dengan romantik serta boleh membuatkan anda ketawa.”

Komunikasi antara manusia dan robot amat penting untuk mencipta robot-robot yang boleh membuatkan manusia jatuh cinta. Namun, ia ketinggalan di belakang kemajuan yang lain.

“Saya yakin ia akan berlaku satu hari nanti. Dalam masa 40 tahun atau mungkin lebih awal. Anda akan menemui robot sebagai teman berbual yang lebih menarik daripada manusia,” ujar Levy lagi.

Tesis Levy yang menggemparkan dan penerbitannya yang mengundang pelbagai reaksi daripada ramai pihak, menyebabkan banyak soalan dibangkitkan mengenai etika dalam hubungan tersebut.


ISU yang paling sukar berhubung percintaan robot-manusia ialah komunikasi.

Seorang cendekiawan Britain, Dylan Evans mempersoalkan kewujudan paradoks terhadap mana-mana hubungan dengan robot.

“Apa yang amat penting dalam sentimen cinta ialah kepercayaan bahawa cinta tidak bersyarat mahupun abadi. Robot tidak boleh memilih ataupun menolak anda. Itu akan menjadi sesuatu yang membosankan dan tidak seorang pun boleh membayangkan manusia menjadi kejam ke atas pasangan mereka,” kata Evans.

Menurut Evans lagi, robot mungkin boleh diprogramkan dengan kehendaknya sendiri dan kemampuan untuk menolak pasangan manusianya. Namun, robot jenis itu akan menjadi robot yang paling sukar untuk dijual.

Ada pula pihak memberi amaran tentang menjadi terlalu terburu-buru.

“Janganlah kita memperbesar-besarkan kemungkinan yang ada. Hari ini pemikiran tiruan yang mampu kita cipta ialah kanak-kanak yang berusia setahun,” kata penyelidik Belanda, Vincent Wiegel dari Universiti Tecnological, Delft.

Tetapi Levy masih tidak mahu mengalah. Dia yakin perkara itu akan berlaku dan meramalkan masyarakat akan memperoleh banyak manfaat daripadanya. – AFP

-kosmo




KERJA KERAJAAN – EDISI KEMASKINI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ANDA SEMUA,

Hazman, saya ingin bertanya dengan ANDA 
berapa kali ANDA  gagal dalam temuduga? 

Sekali, dua kali atau banyak kali? Atau tidak pernah?

Apapun jawapan ANDA itu tidak penting.

Memang ramai di antara kita sering gagal dalam temuduga
terutamanya temuduga bagi sektor awamSaya sendiri juga pernah
mencapai kegagalan dalam temuduga beberapa kali.

Adakah dengan kegagalan demi kegagalan tersebut
ANDA  menganggap ANDA  tidak akan dapat
kejayaan pada masa akan datang? 

Dari tinjauan saya, memang ramai calon yang pernah gagal
berulangkali dalam temuduga di sektor awam. Ada yang
gagal sekali, dua kali, 4 kali dan paling banyak 12 kali.

Mengapa kita boleh gagal berulang kali? Apakah puncanya?

Di sini mungkin ada jawapannya untuk ANDA . Punca
kenapa ANDA  gagal berulang kali dalam temuduga
dapat diklasifikasikan seperti di bawah:

1. Membuat persediaan yang serupa saja dengan persiapan
yang telah dilakukan dalam temuduga sebelumnya.

2. Tidak tahu sumber rujukan yang sebenarnya bagi tujuan
persiapan menghadiri temuduga

3. Tidak memotivasikan diri berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang lepas.

4. LEMAH SEMANGAT – ramai yang lemah semangat selepas
mengalami kegagalan demi kegagalan. Dan akhirnya berputus
asa.

Kini, ANDA perlu keluar dari kisah kegagalan
ANDA yang telah dialami dahulu. Lupakan kekecewaan
yang telah dialami dan buka nota baru dalam hidup
ANDA . Usah dikenang yang lama, kelak merana
diri:) (macam puisi pulak). Dengan melupakan kekecewaan
yang lalu, ANDA akan memulakan langkah menuju ke
arah KEJAYAAN – iaitu berjaya mendapat kerja di sektor
awam
. Ikuti tips-tips di bawah:

1. Ubah cara dan strategi persiapan ANDA dalam
menghadapi temuduga. Jika sebelum ini ANDA suka
membuat persiapan di saat akhir, ubahkannya dengan membuat
persediaan yang lebih awal. Jika sebelum ini ANDA
tidak pernah merancang apa-apa tindakan yang perlu dibuat,
kini buat perancangan teliti. GAGAL MERANCANG ADALAH
MERANCANG UNTUK GAGAL. Pegang kata-kata tersebut!
Kebanyakan orang yang berjaya, adalah mereka yang membuat
perancangan. Ambil masa membuat perancangan, kerana
dengannya ANDA akan dapat menjimatkan masa,
meningkatkan kualiti dan juga menjimatkan kos (dalam
membuat persediaan temuduga). Dan juga outputnya (kekuatan
anda sendiri) amatlah menakjubkan semasa menghadiri
temuduga kelak.

2. Usah membuang masa lagi tercari-cari sumber rujukan yang
sesuai untuk menghadapi temuduga. Buka je internet,
cari..Insyallah banyak info yang diperlukan ANDA
akan dijumpai. Sebagai contoh, jika ANDA  taip
perkataan ”temuduga” di google search, pasti
Hazman  akan menjumpai ebook Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan ini :) . Kan ANDA dikira beruntung.
Tidak perlu lagi tercari-cari di  kedai buku, tercari-cari
kawan untuk bertanya, pegi  sana sini yang mana semuanya
merugikan masa ANDA. Suatu info yang tepat
berkenaan apa yang diperlukan oleh ANDA sudah
pasti amat menguntungkan!

3. Belajar dari kesilapan yang lalu. Cuba ANDA
fikirkan, apakah sebabnya ANDA gagal dalam
temuduga yang lepas. Cuba bayangkan sesi temuduga yang lalu
di fikiran ANDA. Adakah dulu ANDA sudah
membuat yang terbaik dalam temuduga? Jika ya, cuba fikirkan
pula, adakah ANDA memberikan persembahan menarik di
mata penemuduga pula. Seterusnya, jangan diulangi kesilapan
yang serupa. Apa yang penting, tingkatkan keyakinan diri,
kesungguhan, kerajinan dan yang paling penting FIKIRKAN
BOLEH. Seperti lagu popular tahun 80-an:

  ” Jika kau fikirkan kau boleh,
    Kau pasti boleh melakukan,
    Jika kau fikirkan ragu-ragu,
    Usahamu tidak menentu…..”

4. Jangan biarkan ANDA  menjadi lemah semangat dek
kegagalan yang lalu. Dalam Islam pun kita diajar supaya
jangan mudah untuk berputus asa mahupun lemah semangat.
Jika ANDA lemah semangat, satu kerja pun tidak
menjadi. Oleh itu, usah biarkan ANDA hilang
semangat. Semangat juang yang tinggi diperlukan demi
mencapai cita-cita ANDA iaitu bergelar penjawat
awam. Jika ANDA kehilangan semangat, selalulah
berdoa kepada TUHAN moga dimurahkan rezeki. Yakin kepadaNYA
bahawa setiap insan dimuka bumi ini ada rezekinya. Anggaplah
kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk ANDA
mendapat kejayaan yang akan mendatang. Satu tips menarik
dari saya, jika ANDA hilang semangat, apakata
dengar lagu XPDC yang bertajuk Semangat Yang Hilang :) .
Semoga lagu tersebut dapat meningkatkan lagi semangat
ANDA dalam menghadapi temudga sekali lagi.

Itulah serba sedikit tips dari saya buat kali ini. Saya
berharap semoga tips dari saya ini dapat membantu
ANDA  dalam menghadapi temuduga nanti. Apapun KITA
HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN.

Apa yang penting, jangan jadikan kegagalan itu sebagai
kesudahan segala usaha ANDA  dalam memburu kerjaya
di sektor awam. Insyallah ada rezeki, tahun ni ANDA
berjaya menjawat jawatan di sektor awam.

Sekian, terima kasih

p/s: Sudahkah ANDA mendapatkan ebook Rahsia Lulus
Temuduga Kerja Kerajaan yang dilengkapi bersama beberapa
ebook yang lain seperti Koleksi Kisah-kisah Temuduga Kerja
Kerajaan, Teknik –Teknik Menjawab Soalan Temuduga, 70
Skema Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan dan lain –
lain?

Jika belum, boleh lah mendapatkannya dengan RM30 di
http://www.kerja-kerajaan.com/order

Selamatkah album foto internet?

Sejauh manakah selamatnya menyimpan gambar dalam talian pada portal-portal Internet?


GAMBAR-GAMBAR yang disimpan dalam portal Internet berisiko disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


DEWASA ini, kamera digital sudah begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang semakin maju melangkah dalam era digital. Di majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain contohnya, telefon berkamera, kamera digital SLR mahupun kompak sudah menenggelami populariti kamera analog yang menggunakan filem.

Selari dengan perkembangan ini, bilangan laman web yang membolehkan perkongsian foto digital secara umum turut meningkat. Laman web atau online album ini menjadi pusat depositori pengguna untuk menyimpan koleksi gambar mereka buat tatapan sahabat taulan serta saudara mara tidak kira di mana mereka berada.

Namun, adakah selamat untuk berkongsi koleksi foto peribadi anda di laman ini? Sama ada sedar atau tidak, foto peribadi mengandungi maklumat berkaitan anda dan keluarga, harta benda milik anda serta aktiviti yang dilakukan bersama keluarga mahupun teman.

Kekhuatiran ini sebenarnya ada asasnya kerana terdapat banyak laporan tentang pelanggaran privasi yang berpunca daripada perkongsian maklumat pada laman web umum menunjukkan laman seperti ini mungkin tidak selamat sekiranya kita tidak berhati-hati.

Laman web yang membenarkan perkongsian gambar seperti Fotopages, Flickr dan PicasaWeb merupakan portal himpunan gambar yang popular hari ini. Laman ini membenarkan ahlinya menyimpan serta mencoretkan nota pada setiap keping gambar yang terpapar.

Secara umumnya laman seperti ini mendapat keuntungan menerusi cetakan gambar, kad serta cenderahati seperti kalendar yang dicetak dengan gambar pilihan kita. Ahli pula boleh berkongsi gambar dengan teman dan keluarga dengan memberikan pautan kepada laman foto mereka.

Sesetengah laman menawarkan ciri keselamatan dengan menghendaki pelawat memasukkan kata nama berserta kata laluan sebelum dibenarkan melihat gambar di dalamnya. Pelawat juga boleh meninggalkan komen pada mana-mana gambar yang mereka rasakan menarik.

Ketika ramai yang ghairah memaparkan gambar mereka secara dalam talian, ada yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasinya. Wujud kes di mana pemilik album gambar ini diekori oleh seseorang yang tidak dikenali – yang berpunca daripada perkongsian gambarnya sendiri.

Lebih mengerikan, terdapat juga kes pembunuhan dan penculikan di Amerika Syarikat yang berpunca daripada perkongsian gambar. Pada Disember tahun 2004, Lisa Montgomery telah ditahan dan dituduh membunuh Bobbie Jo Stinnett yang ketika itu sedang hamil lapan bulan.

Hasil penyiasatan polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati Montgomery mengetahui Stinnett hamil melalui laman web yang memaparkan gambar Stinnett bersama anjingnya. Kemudian penjenayah kejam ini menghubungi Stinnett kononnya hendak membeli salah seekor daripada anjingnya. Tanpa sebarang syak, ibu malang tersebut memberikan alamat rumahnya. Perjumpaan kemudian diatur dan berakhir dengan tragedi memilukan itu.

Apabila maklumat peribadi dihantar ke internet, pastinya anda melakukannya dengan tujuan tertentu seperti berkongsi gambar dengan teman dan keluarga atau mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan anda. Namun, apabila maklumat peribadi didapati secara bebasnya di internet, anda kehilangan kawalan tentang siapa yang akan menggunakan maklumat tersebut dan bagaimana ia akan digunakan.


Terdapat banyak maklumat yang terdapat daripada album foto di internet daripada gambar hinggalah nota-nota ringkas. Seperti slogan Fotopages, ‘Kerana sekeping gambar melambangkan ribuan perkataan’, gambar peribadi boleh membawa pelbagai maklumat kepada mereka yang rapat dengan anda, tetapi sekiranya tidak dihadkan, ia juga boleh digunakan oleh mereka yang tidak sepatutnya.

-kosmo