Pengalaman muzik dan hiburan unik

Nokia 5530 XpressMusic menyediakan capaian aplikasi multimedia pada paparan skrin utama.


SELEPAS cemerlang dalam perkhidmatan telefon bimbit 5800 XpressMusic, Nokia baru-baru ini tampil dengan model 5530 menerusi portfolio yang sama.

Peranti komunikasi kompak yang masih mengekalkan antara muka sesentuh itu kini ditampilkan dalam rekaan yang lebih segar dan kemas pada bingkai keluli tahan karat.

Menarik mengenai telefon bimbit berkenaan, ia mengetengahkan ciri kandungan pintar pada skrin utama seperti pemilihan nombor kontak, pengemaskinian media serta akses secara terus dengan 20 orang terakhir yang membuat perbualan.

Ciri lain yang ditampilkan pada skrin adalah capaian pantas kepada laman web rangkaian sosial seperti Facebook dan juga MySpace.

Bagi penggemar muzik dan hiburan, telefon bimbit ini tentunya merupakan pilihan yang ideal kerana ia menawarkan akses cepat kepada gabungan dan perkongsian pelbagai media.

Ia dibuktikan menerusi kemampuan permainan muzik sehingga 27 jam, kualiti audio mengkagumkan serta ruang penstoran empat gigabait (GB) pada kad memori.

Menerusi kelebihan skrin pintar luas 2.9 inci pula, pengguna akan dapat menikmati paparan video dengan lebih jelas sama ada video yang dirakam sendiri atau capaian daripada Youtube.

Sesuai dengan penekanan kepada fungsi hiburan, pengurusan koleksi muziknya juga mudah untuk diselaraskan bersama komputer selain pembelian muzik boleh dilakukan secara terus daripada Stor Muzik Nokia.

Merancakkan lagi pengalaman muzik pengguna, model berkenaan didatangkan dengan set kepala stereo WH-205 dengan susunan wayar kemas.

Kelebihan ciri multimedianya ditampilkan dalam bentuk bar media di mana muzik, foto, video dan perkongsian aplikasi dalam talian seperti Ovi Share dan Flickr dapat diakses hanya melalui sentuhan mudah.

Dari segi rangkaian pula, ia turut menyokong capaian GSM dan EDGE selain diintegrasikan bersama perkhidmatan wayarles LAN.

-UTUSANMALAYSIA

Click here http://tinyurl.com/l78k24 to get a free, cool and sexy animated avatar of yourself!