Nokia menambah ahli keluarga baru siri E apabila menghasilkan E63. Apakah keistimewaan gajet terbaru ini?

TELEFON mudah alih daripada siri E keluaran Nokia yang direka khas untuk golongan profesional sentiasa mendapat sambutan luar biasa apabila membuat kemunculan di pasaran.
Selain E60, E61, E70 dan E71 yang diperkenalkan dalam siri E ini, model E63 juga tidak mengecewakan. Direka khas untuk memberi pengguna keseimbangan antara kehidupan profesional dan peribadi, E63 didatangkan dengan mod yang boleh ditukar.
Hanya dengan satu tekanan butang, pengguna boleh menukar mod korporat kepada mod peribadi sama ada untuk membaca e-mel korporat, memeriksa pelan temujanji atau sekadar melihat gambar.
![]() |
|
|
Didatangkan dengan kamera dua mega piksel beresolusi tinggi, pengguna boleh menikmati keseronokan melayari Internet, selain mengemas kini status mereka. Tidak lupa juga apa yang penting adalah keseronokan mengerjakan pelbagai tugasan tanpa sebarang masalah.
Nokia E63 didatangkan dengan perkhidmatan Files on Ovi yang membolehkan pengguna melayari fail-fail dalam komputer peribadi biarpun ketika komputer itu berada pada status offline.
Lebih menarik, pemilik gajet itu juga boleh mengakses stor simpanan fail dalam talian sebesar 1GB secara percuma.
Ia boleh didapati dalam warna Ruby Red atau Ultramarine Blue. Di samping itu, E63 juga memberi keseronokan memuat turun muzik daripada pelbagai sumber termasuk Stor Muzik Nokia menerusi peranti suai padan ataupun kemudahan audio jack 3.5 mm.
-kosmo

