![]() |
|
|
BENQ meluaskan lagi rangkaian komputer riba Joybooknya dengan melancarkan komputer riba Joybook X31 baru-baru ini. Ia yang serba bergaya dan kontemporari direka cipta untuk membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya gaya hidup digital mereka.
Komputer riba ini memenuhi keperluan gaya hidup pengguna masa kini yang mengutamakan fesyen, baik kaki permainan komputer yang menghargai pengalaman visual terkini, profesional kerja yang bercita rasa mewah, ataupun pengguna yang mementingkan aspek ringkas tetapi anggun.
Joybook X31 dibina dengan aloi magnesium aluminium yang tahan lama tetapi cantik dipandang dengan kemasan metalik tinta gangsa yang tidak begitu menonjol di mata. Senipis kurang daripada satu inci, rangka salutan lembut ini bukan sahaja berpenampilan menarik, tetapi turut memaparkan spektrum warna yang bergantung kepada sudut penglihatan.
Dengan paparan LCD 13.3 inci yang cerah dan grafik diskret NVIDIA GeForce 8600M GT, Joybook X31 membolehkan permainan 3D yang kompleks dikendalikan dengan lancar menerusi paparan visual yang lebih jelas. Penyambung HDMI dan sensor cap jari biometrik melengkapkan pengalaman visual tiada tandingan. Ia dijual pada harga RM5,999.
