PRODUK terkini…

CERIAKAN hidup anda dengan produk-produk elektronik terbaru di pasaran yang Kosmo! paparkan pada minggu ini.

Pengering rambut Revlon RV544



RINGAN dan mampu milik. Pengering rambut Revlon RV544 Tourmaline Ionic ini menggabungkan dua ciri-ciri penting pengering rambut iaitu permata tourmalin dan teknologi ionik. Kedua-dua teknologi ini membantu mempercepatkan proses pengeringan rambut sambil mengurangkan kadar kerosakan rambut yang biasanya disebabkan oleh produk pengering.

Tambahan pula, RV544 juga menawarkan proses pengeringan rambut yang lebih senyap berbanding dengan pengering rambut lain.

Mesin pembuat kopi Kenwood



MESIN pembuat kopi Kenwood model CM485 ini memiliki penampilan yang cukup menarik. Dengan tubuh keluli tahan karat dan tampil sofistikated, CM485 juga hadir bersama beberapa ciri menarik.

Dengan berat 3.1 kilogram, mesin pembuat kopi ini mempunyai ruang kapasiti air sebanyak 1.5 liter manakala kapasiti untuk kopi pula sebanyak 12 cawan. Selain itu, CM485 ini juga dilengkapi dengan sebuah bekas air yang boleh ditanggalkan, ciri antititis, indikator air serta jaminan selama setahun.

Mesin jus Philips HR1858



DILENGKAPI dengan enjin berkuasa tinggi 650W dan penapis jaringan mikro yang unik, mesin jus Philips HR1858 ini memudahkan kerja-kerja anda. Tidak perlu lagi memotong sayuran ataupun buah-buahan, HR1858 dengan mudahnya ‘menelan’ buah-buahan dan sayuran sepenuhnya sebelum diperah jusnya. Menerusi tiub makanan seluas 75 mm, HR1858 menawarkan kapasiti lebih besar dan jumlah yang diekstrak juga lebih banyak berbanding dengan kebanyakan mesin jus Philips yang lain.

HR1858 yang didatangkan dengan dua kawalan kelajuan mesin jus ini membolehkan pengguna memilih kadar kelajuan dan kuasa mengikut jenis buah-buahan serta sayuran. Selain itu, kesemua bahagian mesin jus ini juga mudah dibersihkan. Produk ini hadir bersama pengapit yang bercirikan unsur-unsur keselamatan dan mesin jus Philips ini pastinya menambat hati mana-mana pengguna.

-kosmo