Alhamdulillah….
Selesai sudah pembelajaran saya di seminar blogging bersama bro rohaizad pada 12 JULAI lepas yang bertempat di HOTEL STRAITS MERIDIAN.Dan telah terbukti bahawa pro blogger rohaizad mempunyai ciri-ciri jejaka yang romantik di mana semua peserta mendapat DOOR GIFT dengan menyertai seminar beliau….
Paperbag yang comey….
Okeylah serba sedikit kisah perjalanan saya …..
Saya bertolak dari ke melaka dengan menaiki bas dari stesen bas kajang…..Ia merupakan perjalanan saya yang pertama dengan bas di mana kali terakhir saya menaiki bas ekspress ialah sewaktu belajar di KEDAH…11 tahun yang lalu
Dengan tiket bas yang bernilai RM14 saya memulakan perjalanan dan bas yang tidak dipenuhi dengan penumpang membolehkan saya memilih tempat duduk sesuka hati ( FREE SEATING ) dan saya memilih tempat duduk belakang…
Setelah lebih kurang sejam setengah perjalanan suatu papan tanda telah menarik perhatian saya….
-Papan tanda dengan ‘jangka masa’
Lebih kurang pukul 7 malam saya pun sampai ke destinasi ….
Setelah sampai terus saya naik teksi terus ke HOTEL STRAIT MEREDIAN dan check in untuk 3hari 2 malam ( tapi tak berjalan ke mana je pun …banyak masa kat bilik jeee ).Hotel tu adalah berkonsepkan apartment house ….
Itulah antara kemudahan yang terdapat di bilik tempat saya menginap dan penyaman udaranya memang sejuk bangat…
Untuk seminar saya bangun awal pagi ( sebelum subuh dah terjaga ) dan terus bersarapan dalam pukul 7.30 pagi.Dan telah kelihatan bro shafik,bro nueman,boy reza dan bro ijad sedang menikmati breakfast.Saya join la sekali makan semeja ngan diorang.Tak lama lepas tu ketibaan bro hafreze dan bro syed ikhwan.
Majlis dimulakan dengan ummul kitab -AL FATIHAH dan bacaan doa oleh bro nueman bagi memberkati seminar/bengkel hari itu.Bro Alan yang gemar menjalankan aktiviti bawah tanah ( underground ) duduk di barisan hadapan sekali….khusyuk mendengar bagaimana kisah bro ijad di awal kemunculan dalam dunia blogging dan seterusnya memulakan kuliah ilmiahnya….
Kepetahan berkata-kata dan gaya penyampaian yang lebih santai oleh bro ijad mengenai blogging tidak dapat dinafikan sehinggakan ianya terbawa-bawa hingga ke setiap sessi menjamu selera ( minum pagi,makan tengahari dan minum petang )
Sessi pembelajaran yang berjalan lancar sehingga waktu yang ditetapkan dan bro shafik telah memberikan sedikit testimoni selaku protege bro ijad ketika beliau mengikuti personal coaching di johor tidak lama dulu.
Dalam seminar nie juga saya sempat gak berkenalan secara live dengan bro zool,bro life4hire,pcuserz, Suhaimy, Puan Salmi, Eli, Ahmad Sazmy, Hafifi, Rafedin, Hafiz, Azran, Sain dan blogger Kasimo.Dan sebelum para peserta pulang ke rahmatullah kediaman masing-masing saya berpeluang mendapat sessi fotografi secara in person secara eksklusif….
Dengan hadirnya di seminar blogging semoga saya dan peserta yang terlibat akan dipermudahkan urusan untuk meneruskan usaha menjadi problogger seperti bro rohaizad – MY INSPRIRATION…
" Baju jalur-jalur nie buatkan bro ijad lebih kurus "
Hahahahahah,,, itu namanya "skill". Habislah lepas nih aku beli semua baju berjalur menegak. Silap-silap selimut pun nak berjalur tegak… bukannya apa, biar sampai waktu tidur nampak kurus!!! *giler apa?
p/s: thanks Hazman untuk review ini… tapi kenapa tak masukkan sekali citer henpon ko yang hilang tuh? pembaca mesti nak tau … huhuhuhu
nak gak…. tapi internet slow skit time aku update post nie…. so just abiskan upload gambar jee….citer handphone tu maybe untuk post entry yang lain…..
p/s : memang dugaan dalam menuntut ilmu ……
hoho..rohaizad memang romatik. haha..
biasalaa…. tak banyak skit sure ader kan…
AKu pun nak beli baju jalur menegak laa.. tapi perut boleh sorok ke.. hehehe.. apapun semua yang menyertai seminar memang best.. kalau lepas ni buat gathering pun ok..
betul tu bro nueman…. sumernya best2x….. gathering adalah cadangan yang bagus….
baju jalur menegak nampak kurus dari pandangan hadapan sahaja.
dari pandangan sisi, macamana punye jalur pon mesti nampak "PJK" tu.
hehehehe
wahhhh aku suka la entry jalan2 mcm ni
mmg teruja nak pergi class ni tapi apakan daya aku tengah bercuti ke kuantan weekend lepas. hehe
first time aku pergi melaka….naik bas lagi…..harap2x aku dapat jumpa ko one fine day….
memang Best seminar ni ye….
kehadiran bro alan sememangnya memeriahkan seminar tu……harap2x kita dapat jumper lagi….
aku pun nak beli baju jalur2 menegak jugak laa…hahahahha
nampaknya jualan baju jalur2x akan femes la lepas nie…..ngeh3x….
PJK = 'perut jalan ke depan ……har3x…..
ak mau baju yang bergaris2.. hehehehe
boleh ajaaa…..
Seminar blogging bro rohaizad yang romantik.. Nifty