Bosan dengan kamus yang berat atau rimas menyelak helaian muka surat kamus? Kalau itu masalah anda, kamus elektronik Besta ialah jawapannya.



APAKAH hadiah yang lebih baik untuk anak anda jika bukan sebuah kamus elektronik bagi melancarkan kuasa perbendaharaan katanya? Ya, kamus elektronik Bahasa Melayu – Inggeris keluaran Besta ini hadir dengan beberapa rujukan kamus berpengaruh. Antaranya rujukan kamus Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay binaan dalam yang membolehkan pelajar memperoleh panduan penggunaan bahasa secara pantas dan tepat.

Selain itu, kamus ini juga diliputi maklumat kenegaraan seperti sejarah Malaysia setakat tahun 2007, tokoh-tokoh Islam, kamus Matematik dan Sains, cara sebutan dan Rukun Negara.

Kamus Matematik dan Sains ini turut dilengkapi istilah-istilah dalam bidang Fizik, Kimia dan Biologi.

Tidak seperti kamus tradisional yang lebih berat dan perlu dibelek helaian demi helaian, kamus elektronik ini hanya memerlukan sesaat untuk semakan menerusi fungsi rujuk silang.

Kamus elektronik dwibahasa ini turut merangkumi sukatan pelajaran Bahasa Melayu sebenar. Lebih menariknya, pelajar ada sebab untuk berpuas hati kerana kamus ini dilengkapi dengan rujukan tambahan kosa kata TOEFL.

Bagi mereka yang suka melancong, kamus elektronik ini juga boleh menjadi kawan baik. Pengguna boleh melancong dengan lega kerana kamus ini disertakan dengan dialog bahasa asing dalam pelbagai situasi pengembaraan.


KAMUS elektronik boleh membantu memudahkan pemahaman pelajar sekolah mahupun orang dewasa dalam dua bahasa.


Pengguna yang tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, Cina mahupun Jepun turut ditunjukkan dengan ciri sebutan bahasa asing yang betul.

Andainya terdapat perkataan baru yang anda kenali, ia boleh disimpan dalam kamus pengguna. Semua ini bertujuan memastikan pengetahuan pengguna seiring dengan perkembangan bahasa.

Bagi tidak terlalu statik dan membosankan minda, tujuh permainan interaktif juga disediakan dalam kamus elektronik ini. Sudah tentunya, permainan seperti teka-teki Jigsaw boleh membantu merehatkan minda.

Tambahan pula, pengurusan kira-kira pelajar boleh dipermudah dengan adanya kalkulator saintifik dan formula Matematik sebagai rujukan.

Fungsi pengurus informasi peribadi (PIM) pula membantu pengguna menyelaraskan aktiviti harian mengikut senarai, untuk dibuat, jadual kelas atau jadual. Bagi memudahkan rancangan harian, mingguan ataupun tahunan dibuat, fungsi jam, kalendar serta penggera membantu menyelesaikan tugasan anda dengan pantas.

-kosmo




Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis