Tips Temuduga KERJA KERAJAAN

Salam semua….

Sedikit tips untuk interview kerja kerajaan...

ANDA  perasan tak, banyak iklan kekosongan jawatan di sektor awam diiklankan baru-baru ini.

Contohnya, iklan temuduga terbuka, temuduga untuk jabatan-jabatan ataupun kementerian – kementerian dll. Dan temuduga SPA seperti biasa, pasti ada.

Mengapa begitu banyak kekosongan jawatan pada masa ini? Jawapannya adalah Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan
oleh Perdana Menteri kita yang khusus untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di zaman kemelesetan ekonomi ini.

Dengan pengumuman oleh PM ini, ianya telah membuka peluang pekerjaan yang besar di sektor swasta dan juga kerajaan. Dan peluang ini
diharapkan dapat membantu para penganggur / graduan universiti/mereka yang telah diberhentikan kerja untuk menyara hidup mereka.

Bagi kekosongan jawatan di sektor awam, banyak calon telah dipanggil temuduga. Yang dipanggil temuduga memanglah amat ramai jika dibandingkan dengan kekosongan yang ada. Walaupun jawatan yang ditawarkan bersifat kontrak atau sementara, tetapi ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Tidak kiralah mereka penganggur ke, pekerja yang diberhenti ke, malah mereka yang sudah bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan(kontrak) tetap datang ke temuduga tersebut.

Tetapi adakah mereka berjaya? Hanya panel penemuduga yang tahu…

Pssst…saya ada rahsia sebenarnya nak bagitahu ANDA pasal kriteria pemilihan calon temuduga yang akan berjaya dipilih bagi pakej rangsangan ekonomi ini.

Yang mereka nilai adalah…..

1.    Status kerja calon
————————————
Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini,calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Mengapa? Kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri bertujuan membantu mereka yang hilang/tiada sumber pendapatan mendapatkan sumber  mata pencarian mereka.

Tetapi adakah 100% golongan yang tiada kerja ini diambil? Tidak sama sekali. Seperti yang saya beritahu tadi, golongan ini adalah yang diutamakan! Mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi yang memang penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudahnya akan berjaya dalam temuduga tersebut.
Persaingan di kalangan mereka juga sangat tinggi. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.

2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan….
———————————————————-
Sudah pasti sifat inilah yang dicari-cari oleh penemuduga. Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka,
penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek
dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.

Berkeyakinan? Apa yang dimaksudkan dengannya?
Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.

Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan yang ditanya.

3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai
—————————————————————–
Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang ada SPM  saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja  kerajaan, betul tak?

Saya bukannya melarang anda berbuat sebegitu.Tapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.

Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM,hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidak adilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh apply jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah,dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan..Ada caranya, iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan caraini, cuma berkongsi cerita sedikit. Tipsnya:

1.Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda

2.Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita

3.Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga

Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Jika saya, saya lebih suka berterus-terang. Supaya hati saya lebih tenang dan yakin semasa menjawab soalan temuduga. Saya rasakan ianya adalah lebih baik dari ”berbohong”.

Itu sahaja tips untuk kali ini….nantikan panduan mengenai tips kerja kerajaan di masa akan datang secara PERCUMA

468X60 Tips Temuduga KERJA KERAJAAN

197 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam