Sherawat dapat undangan Twitter

 Sherawat dapat undangan Twitter

Aktres temui peminat, pekerja web sosial

CALIFORNIA: Bintang Bollywood, Mallika Sherawat menjadi aktres pertama India yang diundang melawat ibu pejabat rangkaian sosial percuma dan perkhidmatan blogmikro, Twitter, di San Francisco, California, esok.

Pelakon yang terkenal dengan imej seksi itu amat popular di Twitter melalui halamannya ‘@MallikaLA’. Beliau juga menjadi selebriti Bollywood yang paling banyak ‘diekori’ di Twitter dengan lebih 2,500 peminat yang sentiasa mahu tahu perkembangan terbarunya.

Dalam kunjungannya itu, Mallika akan menemui peminat, melawat pejabat dan memberi ceramah kepada pekerja Twitter pada waktu makan tengah hari.

Mallika sebelum ini menggunakan perkhidmatan Twitter untuk berhubung dengan peminatnya dan mencatatkan pengalaman beliau di Hollywood.

Sejak tiba di Hollywood, Mallika sering mendapat perhatian media. Kumpulan pertama rakan selebriti Hollywood dan minuman susu Hollywood, dinamakan mengambil sempena nama beliau.

“Satu perkara paling sukar ketika menghabiskan masa di Amerika ialah saya berada terlalu jauh daripada peminat di India,” katanya.

Dengan mencatatkan pengalaman beliau di Amerika melalui Twitter, Mallika berharap dapat terus mengeratkan hubungan antara Hollywood dan Bollywood.

Aktres berkenaan kerap mengirimkan catatan pengalamannya di Hollywood bersama petua untuk lelaki mengenai bagaimana menarik perhatian wanita.

“Ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghubungkan seseorang dengan individu lain. Pelbagai perkara hebat boleh berlaku,” katanya.

Filem terbaru lakonan Mallika, Hissss diarahkan pengarah Hollywood, Jennifer Lynch kini berada pada peringkat akhir penggambaran. ? Agensi

P/S : Ada tak artis atau selebriti kat MALAYSIA yang guna TWITTER




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam