Rangkaian komputer buku Samsung


SAMSUNG Electronics Malaysia (Samsung) melangkah setapak lagi dalam teknologi komputer riba dengan melancarkan satu rangkaian komputer riba yang mampu dimiliki.

Menerusi rangkaian berkenaan, Samsung menawarkan komputer riba berprestasi tinggi sehingga kepada yang sesuai bagi pengguna biasa.

Ini termasuk mini notebook bagi spektrum pengguna yang luas, kapasiti bateri sehingga 10 jam dan ringan tanpa meninggalkan kelebihannya.

Terdiri daripada rangkaian siri X dan R bagi notebook dan siri N bagi mini notebook untuk memenuhi keperluan enterpris, perniagaan kecil dan sederhana serta pelbagai keperluan pengguna.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics Malaysia, Yoon Ki Heung berkata, pelbagai model notebook daripada siri terbaru Samsung memberikan pengguna penyelesaian kepada pengkomputeran.

Notebook Samsung yang baru merupakan satu kelebihan di dalam pasaran dengan menawarkan pelbagai pilihan bagi pelanggan,” katanya.

Notebook Siri X dibina bagi keupayaan maksimum dengan model X360 dengan skrin 13.3 inci adalah yang ternipis dan ringan dalam kelasnya.

X360 dengan berat 1.29 kilogram (kg) dan boleh digunakan berterusan selama 10 jam serta menyokong paparan 300 nits SuperBright LED backlit dan sesuai untuk golongan profesional.

Model R470 dengan paparan LED 14.0 inci memaparkan inovatif kalis air pada sistem bagi menghalang kerosakan jika cecair tumpah pada permukaan notebook.

N110 pula adalah notebook paling kecil dan ringan serta mempunyai jangka hayat bateri selama 9.5 jam menjadikannya pilihan bagi mereka yang suka mengembara atau banyak tugasan di luar.

Rekaan ergonomik memudahkan penggunaan selain petak papan kekunci yang lebar bagi memudahkan dan mempercepatkan tugasan menaip.

Rangkaian komputer notebook Samsung telah berada di pasaran dan mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh melayari laman sesawang www.samsung.com




PIKOM PC FAIR (II) bermula…..

Nampaknya pameran komputer dan yang sewaktunya telah muncul kembali

Pastinya ramai peminat gadget dan produk mengenai komputer akan

berpusu-pusu pergi ke pameran tersebut.Sedikit maklumat mengenai

pameran tersebut yang diadakan di beberapa tempat pada bulan OGOS nanti….

31 July – 2 August 2009   (11:00am – 9:00pm)
· KL Convention Centre, Kuala Lumpur – Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
Map of Surrounding Car Parks

· Village Mall, Sungai Petani - Kedah
· Dewan Perbandaran Taiping – Perak
· Batu Pahat Mall, Batu Pahat – Johor
7 August – 9 August 2009  (11:00am – 9:00pm)
· Penang International Sports Arena, Penang – Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
· Mahkota Parade Melaka, Melaka – Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
· Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu – Sabah
· Berjaya Megamall, Kuantan – Pahang
13 August – 15 August 2009  (11:00am – 9:00pm)
· KB Mall, Kota Bharu – Kelantan
· Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu – Terengganu
14 August – 16 August 2009   (11:00am – 9:00pm)
· Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru – Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
· Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak – Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh

Video yang saya temui di youtube mengenai PC FAIR…