Sebat cara ISLAM vs Sebat cara SEKULAR

Nampaknya berita dan cerita mengenai hukuman sebat sedang hangat diperkatakan dan menjadi TAJUK UTAMA muka hadapan di kebanyakan akhbar utama tempatan.

Dan secara kebetulan semalam saya mendapat email yang menarik tentang kes tersebut … ia lebih menceritakan mengenai hukuman sebat tersebut…Dilampirkan email tersebut :

============================================

Akhirnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara tidak langsung mengakui sebat cara sekular zalim manakala sebat cara Islam adalah adil.

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SEKULAR
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar

Sila baca kenyataan akhbar di bawah dari Menteri , Mufti Perak, Majlis Peguam Syarie dan kajian Jabatan Penjara :

********************
Jabatan Penjara tiada pakar sebat syariah

PUTRAJAYA 25 Ogos – Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor terpaksa ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai pengalaman, kemahiran dan pakar bertauliah yang mampu melaksanakan hukuman syariah atas kesalahan meminum arak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan kes pertama bagi Jabatan Penjara yang hanya berpengalaman luas dalam kesalahan dadah dan rogol.

”Dari segi tanggungjawab, saya difahamkan di bawah Akta Negara memang kita dipertanggungjawabkan tetapi tak mungkin saya benarkan hukuman dilaksanakan kalau kita tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran.

Beliau menambah, hukuman syariah bukan perkara biasa yang boleh dilaksanakan jika tiada pengalaman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

********************
Hukuman Sebat Kartika Ditangguh Hingga Ada Tukang Sebat Cara Syariah

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=435599

********************
22 JULAI 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H.

KENYATAAN MEDIA – ISU HUKUMAN ROTAN TERHADAP WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH

3. Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.

5. PGSM menegaskan bahawa pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Sivil. Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu.

Antara lain seksyen ini menyebut :-
i.  Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
viii. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

http://peguamsyarie.org/?p=1024

********************
Sebatan tidak ancam nyawa – Harussani

IPOH 25 Ogos – Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.

“Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

********************
Hukuman Sebat

Pelaksanaan hukuman dilaksanakan dengan pesalah akan menanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat, iaitu kain bertali yang diikat di penggang dan dua peha. kain tersebut hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja, sementara bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. Seorang pegawai penjara akan memegang atas tengkuk pesalah, mungkin untuk mengelakkan daripada meronta.

Rotan yang digunakan untuk menyebat terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap. Dikatakan sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar!

Hukuman sebatan yang dilaksanakan dipenjara-penjara di Malaysia kurang menepati hukum yang terdapat dalam hukum Islam. Perbezaan yang paling ketara adalah cara sebatan yang dilakukan, iaitu menyebat dengan sekuat hati mengikut undang-undang malaysia, manakala bagi undang-undang Islam keadaan tidak diangkat habis.

Dalam Islam pelaksanaan hukuman rotan lebih kepada mendidik orang yang disebat. disamping itu ia juga berkait dengan kesalahan dosa yang dilakukan oleh pesalah tersebut.

http://penjarakita.blogspot.com/2009/03/hukuman-sebat.html

=============================================

p/s : Sekadar sedikit perkongsian dengan anda semua….. pembaca setia blog saya ini.Kalau ade sebarang pendapat atau maklumbalas boleh diluahkan di ruangan komen yea…..




226 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam